Sunday, January 30, 2011

rusuhan di TUNISIA

Di Tunisia sekarang,telah berlaku rusuhan oleh semua rakyat mereka. Setakat ini,angka rasmi yang ditembak mati oleh polis dan askar yang melawan rusuhan ini adalah 23 orang. Antara sebab mengapa mereka merusuh adalah:

  • Mahasiswa sukar mendapat kerja
  • Semua harta dikumpul oleh kroni-kroni presiden
  • Semua projek mesti melalui isteri presiden
  • Akhbar-akhbar dan media massa dikawal oleh kerajaan
  • TV dan radio berat sebelah kepada kerajaan
  • Pembodek kerajaan pasti dapat kerja dan projek pembangunan kerajaan
  • Internet dikawal
  • Kesatuan sekerja dikawal dan ditutup suara mereka
  • Pelajar dan Universiti dikawal oleh akta universiti yang menyekat pengaruh mahasiswa.
Namun,kemuncak demonstrasi tidak puas hati oleh rakyat Tunisia ini adalah pada 17 Disember lalu,seorang mahasiswa yang menjual sayur menggunakan kedai penjaja ditarik dan dirampas oleh polis di pusat daerah Sidi Bouzid.

Lalu,mahasiswa yang tidak puas hati kerana tidak mendapat penjelasan yang kukuh mengapa gerainya ditarik,dia membakar diri di hadapan pejabat Kerajaan. Lalu, dia pun meninggal dunia.

Protes ini tidak menjadi bualan hangat kerana dikatakan masalah dalaman negara. Tetapi barang diingat,Malaysia juga harus berhati-hati dengan perkara yang boleh berlaku. Seperti Tunisia,rakyatnya yang kurang outspoken berganding bahu untuk menyerang kerajaan mereka.

Tidak kira kerajaan di negeri mana sekalipun,haruslah menjaga kebajikan rakyat dan adil dalam pemerintahan. Jika tidak,kuasa anda akan dilenyapkan sehina-hinanya.

Kepada pembaca blog sekalian,haruslah kita mengikuti perkembangan senario ini. Kerana sesiapa yang melupai sejarah,pasti akan mengulanginya.

Conquest of Constantinople 1453


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Friday, January 28, 2011

Maher Zain InsyaAllah (Malay Version)


Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang


Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Ada ketika
Kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah
Penuh keliru dan tersalah keputusan
Membelenggu penyesalan dalam minda

Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu

Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya

Kembalilah,
Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya
Pohonkan doa, bertawakkallah

Oh ya Allah
Pimpinlah hamba dari kesesatan
Kau Yang Maha Esa
Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang

Sunday, January 23, 2011

Luahan rindu




Assalamualaikum...

beberapa hari lepas, adik dedicatekan lagu ni kepada saya ..
terima kasih banyak-banyak yer adik...

semoga apa yang disampaikan dalam lirik lagu ni menjadi kenyataan buat adik dan akak..
semoga kita menjadi insan yang menghargai kasih sayang orang lain terhadap kita.
Kasih sayang Allah lagi lah,.. kita sentiasa bersyuk
ur dengan nikmatNya, amar makruf nahi mungkar.. never loose hope...

ni la lagu yang adik bagi tu.. terharu sangat.. bila la dapat bertemu lagi yer..

Rindu Bersama

Album :
Munsyid : Amar

Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama iniNamun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda
Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agama setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu
Akanku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakanDulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu


ni pulak lagu tentang kasih sayang oleh kumpulan Raihan:

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana


wassalam...

Thursday, January 20, 2011

pulangkan tangan adik.. adik janji tak buat lagi...

Assalamualaikum wbt,petang tadi semasa drive balik ke rumah, sempat mendengar tazkirah ringkas di radio IKIM.fm. selepas dengar cerita dalam tazkirah tu, rasa terpanggil nak sampai di sini pula.

cerita ini dipetik dari sebuah buku motivasi bertajuk 'U-Turn ke Jalan Lurus' oleh Zul Ramli M. Razali. Hayatilah sebagai pengajaran untuk kita semua.

Perjalanan pulang dari showroom dengan memandu kereta baru memberi satu pengalaman sangat menguja. Bau dalaman dan bungkusan plastik masih ada., sudah cukup menceritakan bahawa impian bertahun-tahun untuk memiliki sebuah kereta hebat telah menjadi kenyataan.
Sesampai di rumah, kereta diparkir di garaj dengann berhati-hati, sudah tentu sedikit calar akan mengguris dalam kegembiraan yang sedang dinikmati kini. Isteri, anak termasuk pembantu rumahnya entah berapa kali berkeliling melihat dari pelbagai sudut
dan memuji serta menyebut hal-hal yang sama berulang kali. Anak kecilnya berumur tiga tahun nampak lebih teruja dengan tak habis-habis keluar masuk kereta.

Malam itu sebelum tidur juga duduk-duduk di tempat pemandu dan melihat lagi keretanya sebelum ke katil. Mungkin tidurnya juga bermimpikan kereta baru dengan warna merelit.

Hari esok, dia bangun penuh ceria, bergegas menghadap sarapan lalu mencapai beg bimbit untuk ke pejabat. Kawan-kawan sudah maklum dan hari ini: Surprise! Begitu rancangannya.

Tetapi apabila dia menghampiri keretanya ada sesuatu yang sungguh memeranjatkan. Dia mendapati sekeliling keretanya terdapat calar-calar dengan goresan yang ketara. Beberapa saat terpinga dia hanya terpaku berdiri kekejangan.

Beg bimbit terlepas daripada genggaman kemudian muka terasa panas tersimbah dan kem
arahan membakar dada. Spontan datang dalam mindanya wajah anak kecil yang memang suke menconteng serata dinding. Baru kelmarin dia belikan kotak pensil warna dan kertas lukisan bagi mengatasi tabiat menconteng tersebut.

"Adik, mari sini!" Jeritnya kuat memanggil anaknya, nafasnya tertahan-tahan dalam membuak api kemarahan."Budak ini kena ajar," getus hatinya, berani benar anaknya menggores kereta barunya.

Si anak penuh ketakutan seperti seekor burung ciak yang menggigil dibasahi hujan. Tanpa berlengah bersama arus kemarahan yang sukar dibendung si ayah memukul anaknya di serata badan sambil mulutnya tak sudah-sudah menghamburkan kemarahan. Anak kecil ini hanya meraung dan menangis tetapi dalam hati rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan.

Kemarahan ayah masih belum reda lantas mengambil pembaris besi nipis dan dipegangnya tangan anak. Pembaris tersebut diracik-racikkan ke tangan si anak sambil ayahnya berkata, "Ini ayah nak ajar kamu!"

Ia terus mengherdiknya berulang kali. Kalaulah tidak disabarkan oleh isterinya mungkin jadi lebih teruk lagi anaknya. Anaknya tersepuk dalam dakapan pembantu rumah dengan sedu-sedan serta air mata terurai.
"Mana pensel warna yang ayah belikan semalam?" bentak ayahsambil mencari pensel warna yang baru dibelikan itu. Si ayah merampasnya dan mencampakkannya ke dalam kereta.

Pagi tersebut sangat murung buat anak, sangat perit buat ayah. Ayah masuk ke dalam kereta, menghempas pintu, menekan pedal minyak dan berlalu pergi tanpa menoleh. Ibunya pula hanya punya masa sebentar kerana terpaksa bergegas untuk urusan jauh ke luar daerah.

Tinggallah anak ini dengan air mata berlinangan, sedu, tangis dan kesakitan.

Ayah yang masih marah dan tidak dapat memaafkan anaknya terus menghantar kereta ke bengkel dan dia hanya di luar sepanjang hari. Buat sementara tertutup hati untuk balik ke rumah.

Lewat petang, telefon bimbitnya berbunyi, dengan malas dia mengangkat kerana dia tahu itu panggilan dari rumahnya.

"Bapak, apa saya perlu buat? Adik asyik menangis dan demamnya kuat sekali." Adu pembantu rumah di hujung talian dalam butir bicara keliru.
'Biarkan dia, saya nak ajar dia cukup-cukup!" Dengan marah dia terus mematikan telefon bimbitnya.

Malam itu, ayah tidak pulang ke rumah. Namun ketika lewat malam telefon bimbit berbunyi bertalu-talu daripada nombor yang dia tidak tahu. Dia mengangkatnya. Amat mengejutkan panggilan tersebut dari sebuah hospital meminta dia datang dengan segera. Tanpa berlengah, dia terus ke hospital.

Dia mendapati isterinya turut berada di sana. Pembantu rumah yang bergegas membawa anak ini ke hospital juga turut bersama dengan wajah sugul bercampur rasa bersalah. Dia terus meluru masuk ebrjumpa doktor bagi mengetahui kondisi anaknya. Alangkah pilunya apabila ia diminta menandatangani akuan bagi melakukan pembedahan bagi memotong pergelangan tangan anaknya..

"Seluruh sarafnya telah dan bakteria telah masuk ke dalam sum-sum tulang, kami tidak ada pilihan melainkan terpaksa memotongnya untuk menyelamatkan nyawa anak ini." Jelas doktor dengan gambar x-ray dan analisis lain penuh di atas meja.
Dengan hati yang berat dia menurunkan tandatangannya.

"Hari malang apakah ini..." tangis hatinya dengan rasa sesal yang tidak dapat dibendung mengenang nasib anaknya.

Si ayah melihat dengan penuh simpati pada wajah comel anaknya yang telah terbaring setelah melalui pembedahan yang panjang. Dia tidak pasti apa perasaan sepatutnya ketika itu. Berulang-alik rasa bersalah, kasihankan si kecil, bodohnya tindakan, menyesal, simpati dan semuanya tidak jelas tapi satu yang jelas ialah tangan anaknya telah kudung.

Apabila si anak sedar, dia melihat ayah dan ibunya berada di sisi. Dia menangis sambil memohon kemaafan.

"Ayah... Maafkan adik, adik janji tidak akan gores kereta ayah lagi."

"Ayah tolong pulangkan pensel warna adik ... Adik nak melukis," rayu anak kecil itu dalam esakan meninggi mengemis simpati ayahnya.

Kelu lidah ayahnya, hanya air mata hangat mengalir dan di dalam dada sarat tergumpa
l rasa sesal. Dia hanya mampu menatap wajah anaknya yang masih menangis.

Tapi kemudian apabila anak ini tersedar tentang tangannya yang kudung, saat itu dia meraung kesayuan, "Ayah, tolonglah adik... Pulangkan tangan adik, adi nak melukis, besar nanti adik nak jadi pelukis. adik janji takkan gores kereta ayah lagi, ayah... Pulangkan tangan adik."

Tangisan adik terlalu kuat, sangat menyayat hati. Ayah hanya mapu menangis semahu-mahunya. Apakah yang mampu dia perbetulkan kini? Dia merangkul anaknya dengan pandangan kosong melihat
anak bersama cita-citanya yang berkecai dan berderai.

Marilah kita meneroka ke dalam hati si ayah dan bertanya terus kepada keyakinannya:

Tidak bernilai

"Bukankah anak ini harta yang paling berharga?"

Ya

"Bukankah anak permata hati?"

Benar.

"Bukankah anak ini ditunggu sejak kelahirannya, digomol penuh manja masa kecilnya, apabila berjauhan anda merinduinya, dia memanggil ayah dan menjadikan hidup anda bahagia?"

Benar, benar dan benar.

"Kalau begitu, samakah nilainya dengan warna kereta baru anda?

Tidak sama sekali.

"Jadi, kenapa anda sanggup memusnahkan cita-citanya dengan amarahmu itu?"

Errr.. (tiada jawapan).

Sampai di sini kita sedar ada perselisihan ketara antara keyakinannya dengan apa yang dia buat. Dia mungkin tidak dapai mencari jawapan kenapa, tetapi telah mengetahui akibatnya.

Justeru itu bagi kita, sekiranya keyakinan tidak dapat memperkuat amal, tambahkan satu lagi kayakinan bahawa:

Kebinasaan pasti menunggu mereka yang gagal beramal mengikut keyakinannya!

"May our songs be true to what we see on the horizon."

*Pengajaran:

-kemarahan akan membawa padah. dan kita perlu bahawa apa yang kita lakukan akan ada kesan. kerana kita adalah tergolong dalam sistem alam ini.. nak x nak, kita akan dapat balasan apa yang kita kerjakan... perkara yang kita boleh ubah adalah SEBAB, tetapi kesan daripada SEBAB kita tidak boleh ubah.

-maka, berfikirlah sebelum bertindak

-kawallah amarahmu, kerana apabila kita amarah, Allah tidak bersama kita, tetapi Syaitan yang bersama dengan kita.

-tingkatkan kesabaran, hidup ini adalah ujian Allah.

-jadikan Rasulullah S.A.W adalah idola kita. Akhlak RASULULLAH S.A.W adalah ALQURAN.

Tuesday, January 18, 2011

kisah semut dan madu


situasi pertama
Keluar dekat dengan rumah je. Rasanya pakai T-shirt pun takpe.
Tengok orang lain, ramai je pakai lengan pendek ni. Lagipun tengah panas ni. Malas pula nak tukar baju lain.

Tudung pun dah lengkap, dah tutup rambut yang aurat ni. Selempangkan aje atas bahu pun ok dah.

Baju ni kalau pakai dengan jean ok juga. Ketat sikit jela. Takpe kot, yang penting dah tutup seluruh kaki ni.

situasi kedua
Eh, boleh ke pakai tudung fesyen macam ni. Rasanya dah pernah dengar tentang bonggol unta ni.

Tapi, kalau takde sanggul tinggi ni, tak cantikla, sebab tudung ni 'match' pakai dengan gaya macam ni je.

Pakai jela, nak cuba juga.

situasi ketiga
Baju ni dan panjang sampai lutut. Dah tutup aurat pun.. Cuma ada 'cutting' sikit. Ah, takpela nanti pakai tudung tutuplah bahagian dada ni.

Alamak, dah sarung ke badan baru rasa ketat baju ni. Sikit je kot, takpela. Nak mencuba fesyen ni la.

situasi keempat
Cantiknya artis tu pakai tudung macam tu, baju yang tu, seluar gitu, tu...tu...tu..
Dia dah tutup aurat ape.. rambut tak nampak, lengan panjang, seluar sampai bawah..emm, nak ikutla.

Tudung pusing-pusing macam ni.. (sampai ternampak dada)
Seluar 'legging', tapi takpe sebab dah pakai baju panjang sampai lutut.

................................................................................

Sahabatku..
Saudariku..
Ukhtiku..
Kaumku..

Apabila kita sudah menutup aurat, Alhamdulillah. Apabila kita sudah tahu mana aurat mana bukan, Alhamdulillah.

Tetapi, sayang sekali apabila ada segelintir kita yang TAHU tetapi MAHU buat juga kerana permintaan nafsu untuk cantik itu lebih diutamakan.

Untuk cantik itu memang sudah ada dalam diri wanita. Untuk berhias itu memang ada dalam diri wanita. Untuk itu, untuk ini, segalanya ada dalam diri wanita.

Kita sudah tahu akan kewajipan. Ianya perintah ALLAH SWT. Ada sebabnya. Ada hikmahnya. Kenapa perlu tutup setutupnya. Ada garis panduannya.

satu kisah
Kenapa madu ni bersemut, rasa dah tutup ketat penutupnya. Dah basuh pun botol ni biar hilang sisa madu dekat luar ni. Semut ni pun, tau-tau je ada madu dekat sini. Padahal dah nyorok belakang sekali pun. Hish!

Macam mana nak buat ye. Letak dalam bekas ni la. Eh, tak muat pula. Botol air ni tinggi mesti boleh muat . Emm,esok kalau semut tu jumpa lagi botol madu ni, habiskan aje madu ni, lepas tu buang botol dia.. hehe.

Keesokannya...
Alhamdulillah, takde semut pun. Mesti diorang penat cari madu ni :) . Bersih je botol madu ni, tak macam semalam. yela, dah diorang tak nampak, mestilah diorang takkan hurung botol madu ni.. Hehe, berjaya misi kali ni.

Ada siratan
Bagi yang mahu berfikir,ada siratan disebalik kisah semut dan botol madu di atas. Sangat dekat dengan diri kita sebagai wanita.Kalau tak dilihatkan bentuk tubuh badan,warna kulit kita, kecantikan yang ada pada diri, tak mungkin boleh memancing mata 'semut-semut' tadi.

Jangan pula kata 'baru syok if ada yang nak tengok,mean I ni cantik la'...

Monday, January 17, 2011

KeRaNa KaU sAhABaTkU


Apabila kau ingin berteman,

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya....


Andai kau ingin berteman,

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya....


Andai kau inginkan sahabat yang satu,

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya....


Andai kau inginkan seorang teman,

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya....


Andai kau ingin bersahabat,

Terimalah dia seadanya,

Kerana dia seorang sahabat,

Yang hanya manusia biasa....


Jangan diharapkan sempurna,

Kerana kau juga tidak sempurna,

Tiada siapa yang sempurna...

Allah Sahaja Maha Sempurna…

Para Rasul-Nya sahaja yang sempurna…


Maka…

Bersahabatlah kerana Allah…

Kelak… Bahagia hakiki kan hadir menjelma di jiwa…



Sunday, January 16, 2011

6 perkara Allah sembunyikan, sangat beruntung kepada yang mengetahui dan beramal kpd Allah



Bismillahirrahmanirrahim,

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap Itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as
berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaa
t yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Thursday, January 13, 2011

solat sunat yang lebih lebih baik dari unta merah



Assalamua'laikum,

mlm tadi sy sempat mengikuti kuliah maghrib di kampung. sudah lama sy tidak mengikuti kuliah di masjid. kesibukan dan ujian kemalasan utk kemana-mana melanda-landa sejak dua menjak ni. Astaghfirullah... bagaimanapun masih belum terlambat utk kembali kpd fitrah iaitu mahu belajar, dan beramal... okla, sy nk share apa yg sy dpt dari kuliah maghrib tu, bak kata pepatah [ sampaikan walau sebaris ayat]

apa itu solat witir?

SOLAT witir ialah solat yang ganjil bilangan rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.
Hukumnya adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama tetapi menjadi wajib di sisi mazhab Hanafi.

Antara kelebihan solat sunat witir ialah Allah mengasihinya. Sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah melaksanakan apa yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a berkata: Solat sunat witir tidak wajib

sebagaimana solat fardu tetapi ia adalah sunat. Kenyataan tersebut sebagai hujah dan dalil bahawa witir bukanlah wajib seperti solat fardu yang lima.

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu ganjil dan suka kepada yang ganjil-ganjil. Oleh itu, witirlah kamu wahai ahli al-Quran. (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa`ie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa eratnya ahli al-Quran dengan solat witir kerana al-Quran merupakan kitab Allah dan witir itu merupakan ketunggalan Allah. Justeru digabungkan antara al-Quran dan witir. Kemungkinan juga kerana al-Quran kebiasaannya dibaca pada waktu malam dan ketika solat. Justeru amat sinonim hubung kait dan ikatan antara solat witir dengan pembaca al-Quran.


Hadis seterusnya yang bermaksud: Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).
Ini menggambarkan kedudukan sebenar solat witir yang begitu tinggi di sisi Allah. Sehingga Rasulullah s.a.w membandingkan kelebihannya lebih daripada unta merah yang amat bernilai di sisi pengembala unta dan orang-orang Arab yang kaya.

Demikian juga Rasulullah s.a.w menegur dan berlepas diri daripadanya orang yang meninggalkannya dengan sabdanya yang bermaksud: Solat sunat witir adalah benar melaksanakannya justeru sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami, Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).


Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh memelihara solat sunat witir sehingga baginda menyeru agar sesiapa yang khuatir tidak dapat mendirikannya pada lewat malam supaya mendirikannya pada awal malam.


Hal ini sebagaimana hadis daripada Jabir r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang bimbang tidak dapat mendirikannya pada tengah malam maka berwitirlah pada awal malam, tetapi siapa yang mampu mendirikannya pada tengah malam itu dipersaksikan dan yang demikian itu adalah lebih baik.

Bilangan rakaat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh melakukan satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat. Iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan.

Namun, yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak 11 rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.


Adapun waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hingga masuknya waktu solat Subuh. Solat witir boleh dilakukan secara berjemaah dan menjadi sunat pada bulan Ramadan dilakukannya bersama imam selepas terawih.


Solat witir tidak boleh dilakukan dua kali pada satu malam. Ini kerana apabila diwitirkan dua kali nescaya menjadi genap. Seterusnya, witir amat digalakkan perlaksanaannya pada akhir malam dan penutup bagi segala solat sunat. Walaupun begitu jika seseorang sudah berwitir dan ingin solat sunat yang lain juga dibolehkan. Disebabkan arahan pada hadis tersebut ditafsir dengan maksud seelok-eloknya bukan sebagai satu kewajipan. Ini berdasarkan kepada perbuatan Nabi yang solat selepas solat witir dan inilah juga yang difatwakan oleh Syeikh Abd al-Aziz bin Baz.


Bagi yang melakukan solat witir diberi pilihan sama ada melakukan pada awal malam selepas solat Isyak jika dibimbangi tidak bangun pada malam tersebut atau pada akhir malam jika diyakini dapat bangun pada malam tersebut. Ini lebih baik dan afdal. Hal ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti di atas.


Semoga kita menjadi ahli witir dan qiamullail bukan hanya terbatas pada bulan Ramadan sahaja tetapi terus berlangsung selagi hayat dikandung badan.

Sumber: Utusan Malaysia 17 Okt. 2006


Wednesday, January 12, 2011

kusyukkah solat??




Bismillahirrahmanirrahim..

sekadar perkongsian dan untuk muhasabah diri kita sama-sama..

Ramai ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru sering menekankan peri pentingnya kusyuk di dalam solat. Banyak cerita-cerita tentang betapa kusyuknya sahabat-sahabat nabi zaman dahulu. Saidina Ali kalau tak salah pernah diceritakan dipanah dan panah itu terlekat di salah satu anggota badannya. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat, panah itu tidak dapat dikeluarkan dari badannya pada ketika biasa. Jadi, Saidina Ali bangunmengerjakan solat. Oleh kerana kusyuknya beliau dalam solatnya, anak panah tersebut telah berjaya dikeluarkan ketika dia sedang mengerjakan solat tersebut.

Adakah tahap sebegini boleh dicapai di zaman sebegini? Jauh di sudut hati, mungkin ada yang mengatakan cerita sebegini semacam mitos. Mana mungkin manusia mampu melakukan demikian. Akan tetapi, kita akur minda manusia mampu melakukan banyak perkara yang mustahil dan tak masuk akal, di zaman sekarang pun kita boleh melihatnya.

Sebagai seorang yang hidup di zaman ini, saya ingin cuba mendekati permasalahan dengan cara analisa logistik kerana itulah yang saya tahu sedikit sebanyak pun. Kalau dari pandangan teologi, memang saya tak pandai. Dari pandangan saya yang tak begitu berilmu ini, kusyuk dalam solat memerlukan beberapa faktor, seperti:

i) konsentrasi yang tak berbelah bagi terhadap perbuatan dan bacaan dalam solat.
ii) rasa rendah diri yang tak berbelah bagi ketika berhadapan Allah ketika solat.
iii) hidayah dan rahmat dari Allah. (Boleh tambah lagi kalau anda lebih berilmu)

Faktor ketiga adalah satu perkara yang di luar kawalan kita, faktor kedua menarik tetapi tetapi marilah kita memfokus kepada faktor pertama yang mana akan secara tak langsung akan membawa faktor kedua.

Faktor pertama adalah faktor yang melibatkan konsentrasi. Minda manusia adalah amat kreatif. Ianya selalu merayau-rayau jika manusia tersebut tidak menumpukan perhatian.

Solat boleh jadi sesuatu yang begitu rutin dalam hidup, jadi untuk memberi penumpuan 100% amat mencabar. Bacaan-bacaan dalam solat secara umum adalah dihafal, jadi secara semula jadi, ianya tidak perlu banyak perhatian dan tumpuan.

Perbuatan dalam solat bukanlah seperti mengukir, bermain badminton dsbgnya. Ianya pergerakan mudah duduk bangun dan tunduk.Ianya tidak memerlukan konsentrasi seperti mengawal bola dengan kaki sambil berlari. Malah anda boleh sembahyang 100% sempurna dari segi fizikal dan bacaan sedang minda anda mungkin 90% berada di tempat lain. Itu amat susah dilakukan kalau anda bermain badminton, terutama kalau anda mahu menang.

Jadi secara realitinya jelaslah amat susah untuk melakukan konsentrasi ketika bersolat, walaupun itu bukan bermaksud ianya mustahil, kerana ianya telah berjaya dilakukan ramai orang zaman silam dan mungkin zaman sekarang juga.

Jadi adalah wajar bagi para pendidik agama kita, ulama hadhari atau tidak, untuk memberi panduan-panduan yang lebih spesifik & praktikal kepada para penuntut dan pencari ilmu, bukan sekadar gambaran-gambaran kabur tentang cara mendapatkan kusyuk dalam sembahyang ini atau cuma saranan-saranan kosong..

Kajian-kajian baru juga harus juga dijalankan, kerana umum mengetahui cabaran zaman moden ini dengan pengaruh media elektronik dsbgnya adalah lebih daripada zaman dahulu, jadi mungkin kalau kita menggunakan pedoman ulamak silam, ianya tidak begitu berkesan lagi. Jika dengan kaedah iqrak, kanak-kanak kecil sudahpun boleh membaca al quran dengan lancar, kenapa tidak kita perkenal kaedah untuk menguatkan minda mengasah konsentrasi semasa solat? Sediakan program latih tubi minda untuk latihan peningkatan konsentrasi secara sedikit sedikit sehingga mencapai total concentration atau satu tahap yang optimum.

Sediakan cara-cara atau tentukur untuk menilai tahap konsentrasi dalam solat agar para pencari ilmu dapat gunakan untuk menilai progress masing-masing. Setup milestones dsgbnya. Adakah ini impossible? Allah menjanjikan bahawa solat yang bermutu akan mencegah dari melakukan kemungkaran. Tidakkah ini satu insentif untuk kita melabur dalam bidang solat education.

Para pakar harus menggubal Quality Solat Policy untuk panduan orang ramai. Kalau lebih ramai individu islam mengerjakan solat yang berkualiti, ianya pasti akan menyumbang ke arah kesejahteraan negara, kerana rakyat muslim yang berkualiti solatnya tidak akan mendekatkan diri dengan zina, dadah, minum arak, pecah amanah, rasuah dsgbnya dan akan mengurangkan masalah negara.

Kempen Solat Berkualiti Negara? Malah Allah berkata dalam al Quran, orang yang solat tapi lalai akan dihumban ke dalam neraka wail. Bagi saya, mereka yang lalai dalam solatnya di dunia inipun seperti dalam neraka juga kerana dia bersolat secara cincai dan tidak dapat menikmati keindahan solatnya, yang merupakan anugerah besar dari Allah kepada setiap individu muslim. Bagaimana nak menilai solat anda berkualiti? Susah tu. Biar saya cuba.

Mungkin satu cara menilai kualiti solat anda adalah :

jika anda bersolat tanpa perlu memaksa diri, malah tak sabar-sabar mahu mengerjakan solat dan terbayang-bayang hendak melakukan solat yang akan datang (macam nak pergi dating dengan makwe)

Apa pendapat anda?
sumber: sahabat forum

sedarkah dan tahukah kita akan maksud bacaan dalam solat kita?

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

MATA LEBAH VS MATA LALAT

Alhamdulillah... syukur kepadaMu ya Allah.. masih diberi nikmat Islam, Iman dan Ihsan dalam diriku ini.. Insya Allah.. ptg td semasa balik dari meeting nisa, ku sempat mendengar tazkirah pagi di IKIM.fm. walaupun siaran ulangan, xpa kan.. asalkan memberi input berguna...

pentazkirah ku tak ingat namanya.. [x penting siapa yang berikan tazkirah tu, yg penting apa isi kandungan tazkirah tu..]

pentazkirah tu bercakap tentang MATA LALAT VS MATA LEBAH ..


MATA LALAT

Mata seperti ini cuma melihat yang buruk dan busuk sahaja. Yang baik dan wangi adalah musuh utamanya. Bangkai dan tempat tempat kotor adalah tempat tinggal yang sungguh selesa bagi mereka. Cuba fikirkan, lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada makanan ... dia tinggalkan najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut "kentut lalat". Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kitaboleh sakit. Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif.


MATA LEBAH

Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik. Maka, janganlah kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit kerana bijak memilih. Berfikir secara positif, mengambil tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. sekali lebah sengat kita, boleh membawa maut taw.. mata lebah jugak memberi hasil yang baik dan manis.. iaitu..madu..

p/s: mari sama-sama menjadi mata lebah. walaupun lalu ditempat yang busuk dan kotor, ia tetap mencari yang baik.

Pengajarannya : Mari membina pemikiran yang positif. Sentiasa bersangka baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails