Tuesday, April 12, 2011

Belajar daripada orang bisu

Assalamualaikum wbt,

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang,

Sekadar berkongsi cerita ketika pulang ke kampus tempatku bekerja dan future belajar dengan menaiki bas. ketika dalam bas tu, suasana hening dan senyap sahaja. masing-masing dengan fikiran sendiri. saya ditakdirkan duduk didepan kerusi dua orang gadis yang masih muda dan biasa saja, seperti pelajar politeknik atau dari institusi pengajian berdekatan rumah saya. tiba-tiba...

baru saya sedar bahawa mereka adalah golongan orang kurang upaya, [bisu]. bukan dua orang, tetapi 5 orang. pertama kali saya berdepan dengan situasi ini dan saya teruja!.

mungkin mereka jarang melalui/menaiki bas ini. mereka seperti teruja dengan keadaan sekeliling, seperti sawah, ladang, penjara yang sedang di bina, masuk Uitm (nak ambil student uitm yang mahu ke kangar)... mereka berborak sesama mereka! serius, mmg mereka berborak.. dengan bahasa isyarat. riak wajah mereka sungguh gembira.

yang mampu diungkapkan ketika itu.. subhanallah... masya Allah...

bila kita melihat orang yang lebih tinggi [samada pencapaiannya, sahsiahnya, kelebihannya n etc] kadang-kadang membuatkan kita terleka dan kurang bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.. nikmat yang paling berharga bagi kita adalah nikmat iman, dan Islam..

pepatah mengatakan, jika kita mahu menjadi orang yg bersyukur, pandanglah orang yang tidak mempunyai apa yang kita ada. mudah-mudahan akan mendidik diri dan hati menjadi orang yang bersyukur.

astaghfirullahal 'azhim... Ya Allah, jauhkanku dari penyakit Riak dan Takbur..amin ya Rabb

Alhamdulillah.. Engkau masih memberikanku nikmat hidup agarku dapat beribadat dan memperbaiki diriku ini..

Thursday, April 7, 2011

IBADAH AHLI SYURGA

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’i, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang dialaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah s.a.w.

Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda yang bermaksud : “Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga”

Seketika kemudian muncul lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya. Keesokan hari, Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataan yang sama:”Akan datang seorang lelaki penghuni syurga.”Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulanginya sehingga tiga kali.

Seusai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin Al Ash ra. mengikut lelaki yang disebut Nabi itu. Beliau mencari helah untuk tinggal bersamanya. Diringkaskan cerita, beliau berjaya tinggal bersama lelaki itu selama tiga malam. Tetapi selama itu juga beliau tidak menyaksikan sesuatu yang istimewa dalam amalannnya.

Diringkaskan cerita beliau bertanya kepada lelaki tersebut apakah amalannya sehingga Rasulullah s.a.w. berkata tentang dirimu sebanyak tiga kali, “Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga.”

Berkata lelaki itu : Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan. Ketika aku mahu pulang dia memanggilku dan berkata:'’Demi Allah, amalku tidak lebih dari apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka.”

Lalu aku berkata:” Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan.”(Hayat al-Shahabah,jil.2, hlm.520-521)

Hati yang tidak menyimpan dengki dan prasangka terhadap sesama Muslim pada zahirnya nampak sederhana, tetapi ia adalah akhlak yang mulia, maka kedudukannya amat tinggi disisi Allah.

Petikan dari majalah SOLUSI isu ke-28 terbitan Telaga Biru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails