Wednesday, April 25, 2012

indahnya Syurga.. Allahurabbi...



"Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (berupa) syurga dan (pakaian) sutera.
Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin berlebihan.
Dan naungan (pepohonan)nya dekat di atas mereka dan dimudahkan semudah-mudahnya untuk memetik (buah)nya.
Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kristal.
Kristal yang jernih yang diperbuat dari perak, mereka tentukan ukurannya yang sesuai (dengan kehendak mereka).
Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe.
Yang didatangkan dari sebuah mata air (di syurga) yang dinamakan Salsabil.
Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda-pemuda yang tetap muda.
Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan.
Dan apabila engkau melihat (keadaan) di sana (syurga), nescaya engkau akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.
Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang terbuat dari perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci).
Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu diterima dan diakui (Allah).”
(Al-Insan: 12-22)

nota:

salam perjuangan!, 
biar rebah jangan berubah dari jalan mujahadah mencari Redha Allah
kuatkan iman dan terus melangkah kehidupan fana ini,
dengan penuh hikmah dan kesabaran, 
Allah tidak pernah meninggalkan kita 
walaupun kita sering melupakanNya.. Allahurabbi... 
Asma' Husna... 



Wajibat 38

Bismillahirrahmanirrahim,
just kopi dan gam dari blog sahabat2 maya.. 
peringatan untuk diri, cuba praktikkan dalam diri.. 
insya Allah. Amin ya rabb 11X.. 


Wajibat 38

1.Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
2.Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
3.Jagalah kesihatan.
4.Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
5.Sentiasa berada dalam kebersihan.
6.Jangan bercakap bohong.
7.Jangan memungkiri janji.
8.Jadilah seorang yang berani.
9.Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
10.Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11.Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
12.Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13.Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14.Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
15.Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
16.Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
17.Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18.Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19.Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20.Jauhi riba.
21.Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22.Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
23.Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24.Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
25.Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26.Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27.Sentiasa dalam keadaan bersuci.
28.Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
29.Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
30.Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31.Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32.Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33.Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34.Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35.Tinggalkan sikap berfoya-foya dan bermewah-mewah.
36.Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
37.Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38.Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.

Sunday, April 22, 2012

Menuju Perubahan, Berubah Untuk Masa Depan


" Di antara perkara yang boleh membawa kepada dosa adalah kelalaian.
Ia adalah titik penghalang untuk memacu perubahan pada diri."
-------------------------------------------------------------------------

“ Menuju Perubahan”
“ Bergerak Memacu Perubahan.”
“ Berubah Untuk Masa Hadapan.”
Banyak benar slogan, motto dan laungan berkisar “perubahan” sejak akhir-akhir ini. Jauh disudut hati, saya juga ingin sentiasa berubah ke arah lebih baik. Fitrah manusia, dalam dirinya pasti cenderung untuk melakukan anjakan, paradigma dan kelainan dengan meningkat lebih baik, maju dan berwawasan. Semua kita, ingin dan berhajat untuk berubah. Namun – di sana ada benteng-benteng penghalang yang menjarakan antara kita dengan pintu perubahan.

Justeru itu, apa yang perlu kita buat?

Saya masih ingat, seorang murabbi saya menyebut tentang perubahan. Jika kita ingin melakukan perubahan, kita perlu jelas dan fahami akan hakikat perubahan itu sendiri. Hampir semua orang ingin berubah, namun setelah masa berlalu mereka masih di tahap yang sama. Oleh itu, kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang perlu kita lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula.

Inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya benar-benar ingin berubah.

Titik mula melakukan perubahan, kata murabbi saya ialah :

“ Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.”

Itu asasnya. Sedarkah kita bahawa kita ini sebenarnya insan yang lemah, kerdil lagi hina ?

Sekali sekala air mata ini berguguran jua. Sekuat mana kita, sekental mana fizikal luaran kita dan segagah mana daya tahan perasaan yang ada, akhirnya kita bagaikan “terpaksa” - akur bahawa kita sebenarnya insan yang sangat – sangat kerdil, hina dan lemah.

Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan serta musibah yang bersilih ganti hadir mengusik setiap sanubari kita. Apabila musibah itu tiba, maka sedarlah diri kita bahawa sesungguhnya, kita sangat-sangat berhajatkan kepada Allah SWT. Ya, dalam segala hal, tindakan dan peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ (Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

( Al- Fatir 35 : 15)

Inilah tandanya dan signalnya : kita sangat-sangat perlukan Allah SWT. Kita ini sangat-sangat lemah!

Justeru, berhentilah seketika. Saat itu, kita perhatikan insan-insan di sekeliling kita dan amatilah setiap wajah mereka. Ketika itu, rehatkan juga minda kita. Dan – koreksi diri kita sedalam-dalamnya. Lihatlah hati kita yang berada di dada kita. Bersihkah ia? Jernihkah ia? Atau sebaliknya? Semua ini adalah titik mula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang tercalit pada diri kita.

Pengalaman Untuk Berubah

Sejak akhir-akhir ini , saya mulai berlawan dengan suatu perkara yang begitu dekat dengan diri saya. Saya mulai perasaan akan beberapa perkara yang menganggu dan menyekat diri saya untuk meningkat. Apabila saya berbincang dengan zaujati, salah satu yang melalaikan saya ialah memiliki akaun muka buka atau facebook. - Laman sosial yang digilai ramai saat ini. Lama saya berfikir & bermuhasabah, jujurnya saya telah dilalaikan oleh facebook. Saya tidak kuat untuk mengendalikanfacebook dalam kehidupan saya.

Walaupun, jarang mengemas kini status, melayari ke akuan rakan-rakan lain dan sebagainya. Bagi saya, - diri ini telah dilanda ketagihan bermuka buka yang belum pernah saya alami sebelum ini. Banyak kesan burukfacebook kepada saya. Dan paling mengesani saya ialah, saya terbaca dan terambil tahu tentang berita-berita, status-status dan perkara-perkara yang tidak perlu saya tahu dan virus-virus facebook yang melanda suatu masa dahulu sehingga memaparkan imej-imej yang tidak senonoh! Luka hati saya.

Banyak rakan-rakan & adik-adik, mulai kongsikan permasalahan mereka dengan keburukan facebook dan perangkap-perangkapnya. – Salah memahami maksud status yang membawa perselisihan faham, tercetusnya hubungan percintaan terlarang, penggunaan yang merosakan dan sebagainya. Ada juga terperangkap dengan kononnya – saling menasihati kawan-kawan – tetapi terselindung maksud yang buruk di sebaliknya.

Setiap hari saya akan melayarinya, sehingga mengganggu dan merencatkan tugasan harian saya yang lebih utama. Saya kata bahawa saya lalai dengan facebook apabila saya menggunakannya lebih daripada 1 jam sehari. Bagi saya, itu terlalu membazirkan masa!

Apa kesan kelalaian ini?

Saya mulai rasa lain ketika solat, - hilang kekhusyukan. Membaca Al-Quran tidak lagi manis. Ibadah di awal Subuh mulai suam-suam sejuk. Masa menatap Al-Quran, berzikir dan tadabur ayat-ayat Al-Quran kian kurang dalam kehidupan.

Justeru, saya berbisik kepada diri - saya ingin berubah kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan. Masya-Allah, ketahuilah betapa sukarnya untuk mengurangkan masa saya bersama facebook. Saya menjadualkan semula kehidupan dengan hanya membuka akaun facebook hanya di sebelah malam dengan peruntukan masa hanya sejam sahaja. Tetapi saya gagal.

Lalu hujung bulan lepas, - Bulan Mac- saya mulakan dengan deactivekan akaun facebook sehingga kini. Pada peringkat awalnya, ia kelihatan drastik – saya tumpang juga untuk lihat apa maklumat berkaitan dengan menggunakan akaun zaujati saya & lama-kelamaan jarang-jarang membukannya. Dan, alhamdulillah ia menunjukan kesan yang sangat positif!

Mungkin, menutup akuan itu adalah jalan yang terbaik buat saya.

Bagi saya, walaupun ianya kelihatan kelakar, simple dan melucukan. Tetapi, itu realiti kehidupan. Itulah lemahnya saya.

Saya semakin tenang tanpa facebook, dikeliling status-status yang tidak perlu saya tahu, dan apa-apa yang berhubung kait dengannya. Maaf, bagi saya inilah titik kelemahan yang menyebabkan saya sukar meningkat selama ini.

Kelemahan saya ialah : Kelalaian!

Hakikatnya, bukannya salah itu pada facebook. Tetapi diri saya, gagal menguasai hati, jiwa dan diri untuk bertindak mengikuti keimanan, ketaqwaan dan kefahaman yang benar. Justeru, setakat ini – inilah jalan yang terbaik buat saya.

Andai bagaimana? Inilah salah satu pengalaman saya dalam titian perjalanan untuk berubah dan terus meningkat. Berubah meninggalkan perkara yang boleh merosakan dan merencatkan pembangunan diri saya. Dan – terima kasih buat zaujati yang sentiasa memberikan nasihat dan peringatan. Alhamdulillah, zaujati mampu mengendalikan diri dengan baik dalam berfacebook. Kagum saya!^^

“ Dalam hidup kita, banyak perkara yang kita perlu korbankan untuk meningkat. Terutamanya, meninggalkan perkara-perkara yang kita sayangi. Apatah lagi, jika ia adalah sesuatu yang aib,” Nasihat murabbi saya suatu masa dahulu.

“ Kita semua memiliki keaiban-keaiban yang sangat kita sayangi kerana hawa nafsu. Justeru, tinggalkan ia secara berperingkat-peringkat. Mungkin, setiap kita tidak sama kekuatan dan kudratnya. Tetapi, berusahalah dengan mengikis kelemahan-kelemahan yang ada,” Ujar murabbi lagi.

Bagi yang memiliki facebook, saya tidak menyatakan kalian bersalah atau apa-apa. Tidak sama sekali, itu hanya secebis pengalaman saya yang lemah dan kerdil yang gagal menguasai diri serta berdisiplin dalam mengemudi alat teknologi untuk manfaat diri. Itu sahaja.

Kalian, mungkin bijak serta cermat menggunakan facebook. Maka teruskan memanfaatkannya, serta menggunakannya untuk kebaikan dan kebenaran. Saya hanya berkongsi akan “gagal”nya saya dalam hal ini. Teringat akan artikel saya berkaitan facebook pada tahun lepas, hari ini Allah SWT uji akan apa yang saya catat dan tulis dahulu. Allah!

Saya masih berjuang, dan akan terus berjuang untuk berubah serta mengekalkan momentum perubahan buat diri kerana saya hajat ingin meningkat dalam perjalanan menuju Allah SWT. Dan, mohon maaf atas kekurangan, kelemahan dan kekerdilan hamba Allah ini.

BroHamzah
20 April 2012
Menerima Teguran Dengan Jiwa Yang Lapang
Ingin Pulang Sebagai Hamba Allah SWT,
Dengan Penuh Kasih Sayang



nota: 
sungguh, 
saya kagum kepada insan-insan yang mampu mengawal dirinya, 
tetapi saya tidak mampu, 
maka saya perlu ambil tindakan untuk berubah 
sebelum ia menjadi barah.. 

Allah, 
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, 
Cukuplah Allah bagiku.. 
semoga saudara-saudara seIslamku juga 
ditetapkan iman dan dijauhkan dari azabNya.. 
amin ya rabbal alamin.. 

Monday, April 16, 2012

Syuur yang berlebihan- virus ukhwah


Bismillahirrahmanirrahim, 
saya ingin berkongsi dari blogwalking petang tadi,.. selamat membaca dan menghayati~ 

tadi tetiba kembali satu post dari pada blog akhwatmedic iaitu 'cemburu yang memakan diri'.sudah setahun saya membacanya, tetapi belum faham sepenuhnya. tapi hari ini, terasa nak mengulas isu ini. saya amat menyokong post itu bagi memperingatkan diri saya dan akhwat sekalian.baru-baru ini saya berdiskusi dengan beberapa akhwat ttg masalah ini. yang kelakarnya, ada seorang akhwat masih tidak percaya masalah ini wujud dalam kalangan aktivis sendiri mengulas isu ini,

isu syuur berlebihan sememangnya wujud

ukhwah yang hambar bakal meretakkan hubungan sesama akhwat
tetapi jgn kita sangka ukhwah yang berlebihan tiada sebarang masalah
ia juga bakal mwjudkan konflik bagi siapa yang gagal mengawalnya

Bagaimana ia berlaku?

kebiasaannya, manusia memang cenderung untuk dikasihi, disayangi itu memang tidak dapat dinafikan lagi

insyaAllah, mana-mana aktivis dalam gerakan islam,
Allah mngurniakan keinginan berukhwah kepada mereka
Allah telah mempersatukan hati kita dengan yang lain
untuk menguatkan satu sama yang lain dalam bergerakkerja untuk Allah

saling memberi tausyi'ah, itu semestinya
saling mengingati, itu pasti saling mengasihi dan menyayangi kerana ALLAH juga benar

jadi kadangkala kita larut dalam kesempurnaan itu...
kita rakus dalam kepentingan diri sendiri...
kita mula tamak untuk memiliki rasa dikasihi oleh orang lain

niat kita berukhwah kerana Allah tersasar
kita letakkan Allah sebagi no 2 kerana mengharapkan kasih akhwat lain daripada cinta Allah yang lebih aula
kita mula cemburu jika akhwat yang kita rapat, bergaul dengan akhwat lain melebihi diri kita
kita tidak senang dengan cara akhwat yang kita kasihi itu

maka, jika keadaan di atas berlaku. berhati-hatilah, virus ukhwah mula menular. kita bakal mengidapi penyakit 'syu'ur yang berlebihan'

Andai penyakit ini terkena kita, ayuh ukhti kareemah, kita rawati segera!
letakkan Allah no 1 di hati kerana DIA yang wajib kita cemburu kalau DIA mencintai atau mengasihi orang lain

Bahana jika Allah bukan yang pertama

akhwat yang dirahmati,
cuba kita lihat apa yang terjadi pada Nabi Yaakub A.S kerana terlalu mengasihi Nabi Yusuf A.S. Allah memisahkan mereka dalam tempoh puluhan tahun. dan akhirnya setelah berapa lama kedua-duanya menderita, baru Allah mempersatukan mereka kembali

begitu juga Nabi Ibrahim yang terlalu kasihkan Nabi Ismail sehinggakan Allah memerintahkan agar Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang dikasihi itu

jadi ukhti sekalian, kita tidak sekuat para Anbia untuk menanggung mehnah dari Allah S.W.T.
kita perlu takut apa yang bakal Allah tentukan seandainya kita mencintai sesuatu lebih daripadaNYA sendiri..

dari pengalaman saya, saya juga pernah cemburukan akhwat saya kerana rapat dengan akhwat yang saya kasihi. sy rasa tidak selesa jika ada akhwat lain rapat dengan akhwat yang saya kasihi itu. dan akhirnya, Allah telah memisahkan kami. dia sudah tidak bersama saya lagi.

satu je khilaf saya yang InsyaAllah yang saya sedar dan menyesal sehingga sekarang iaitu, terlalu mengharapkan kasih orang lain daripada YANG MAHA AGUNG..mgkin itu balasan untuk saya kerana gagal meletakkan Allah no 1 di hati

Solusi cemburu itu

jadi ukhti kareemah
jgn lupa untuk meletakkan Allah di hati. DIA lebih utama untuk ruang dihati kita. bukannnya orang lain..

ingin saya kongsikan 1 tips untuk mengelakkan syuur yang berlebihan itu
kalau dalam post saya sebelum ni 'mengharap cinta seisi langit dan bumi', saya ada berkongsikan satu hadis iaitu


Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNYA, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, " Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia." maka Jibril pun mencintainya, lalu ia Jibril menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia" Maka penduduk langit pun mencintaiNYA, sehingga ia pun dijadikan nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi" (HR Bukhari dan Muslim)

formula ini yang saya gunakan untuk menghapuskan syu'ur itu. Sesungguhnya janji Allah benar dan Allah tidak pernah menyalahi janji

cintai Allah. itu kuncinya..
insyaAllah Allah cinta pada kita juga..bahkan malaikat, penduduk langit dan bumi juga cintakan kita. kasihkan kita. ingatlah Allah, Allah juga ingat pada kita seperti dalm firmannya dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 152.

nak mengharapkan orang cintai kita, kasihi kita, rindui kita, cintailah Allah dahulu. nescaya penduduk bumi cintai kita patah lagi akhwat kita. yang penting bersihkan niat kita.







InsyaAllah, daripada hadis ini saya cuba aplikasikan dalam hidup. 
suatu hari saya sgt merindui seorang akhwat. jadi apa yang saya buat, cuba untuk meletakkan cinta pada Allah dahulu dan terus berdoa untuk akhwat itu kerana sy rinduinya kerana Allah. Alhamdulillah, hari itu juga saya menerima mesej dari akhwat itu dahulu mengatakan dia juga rindukan sy kerana Allah. Terima Kasih Allah....



INNAWA'DALLAHIHAQ!!!

WA. 



nota: 

sungguh, 
Mari Cintai Allah dulu, 
pasti dicintai selain Allah. 
jika tidak, berbelanjalah berjuta-juta wang pun
orang yang kita sayang tidak akan nampak kita, 
kerana kita tidak CINTA KEPADA YANG MAHA PEMILIK HATI terlebih dahulu. 

sungguh, 
saya rindukan akhwat itu, 
tetapi saya mahu cari cinta Allah dahulu supaya Allah redha dengan ukhwah ini. 
ya Rabb..amin ya rabbal alamin.. 

jika berukhwah kerana Allah, 
bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. 

Hargai Apa Yang Kita Miliki


Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?     Macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput PALING cantik sekali,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, makanya saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik".

Cikgu: Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

HARGAILAH SAHABAT YANG KITA MILIKI SEBELUM KEHILANGANNYA....

WA.

Tuesday, April 3, 2012

Sampaikanlah ayat-ayat Allah walaupun satu ayat.

Bismillahirahmanirrahim, 

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. [Ar-Ra'd: 28]

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [Ar-Ra'd: 11}

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. [Al-Baqarah: 177]

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. [Az-Zumar: 33-35]

nota:
sampaikanlah ayat-ayat Allah walaupun satu ayat.

himmah: Dimana Mencari Ketenangan?


Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt, 

Kita semua berhajat kepada ketenangan. Kadang-kadang seharian disibukkan dengan pekerjaan, pelajaran dan sebagainya, maka ketenangan adalah ubat kepada semua kekalutan yang telah kita hadapi sepanjang hari.

Tetapi, bagaimanakah mendapatkan ketenangan?

Ada orang mencari ketenangan dengan dengan berhibur di disko-disko dan di kelab malam. Ada orang mencari ketenangan dengan dadah.

Disangkanya dengan dadah, mampu memberi ketenangan hakiki kepada dia.

Bahkan, kalau kita perhatikan, bagaimanakah ‘mat saleh’ dan ‘minah saleh’ mendapatkan ketenangan untuk diri mereka?

Mereka akan mencari dan menjelajah hutan-hutan yang ada pokok-pokok hijau. Kenapa?

Kerana di situ, mereka dapatkan ketenangan yang mereka hajati. Jauh dari hiruk-pikuk kesibukan dunia, serta jauh dari segala kesibukan pekerjaan dan kehidupan.



KETENANGAN YANG SEBENAR, DI MANAKAH?

Mereka yang mencari ketenangan dari alam, berjumpakah mereka dengan apa yang mereka inginkan?

Mereka yang mencari ketenangan dari sudut negatif, melalui dadah dan kelab-kelab hiburan, adakah bertemu dengan apa yang mereka mahukan?

Ya. Memang mereka akan bertemu ketenangan.
Tetapi, itu adalah ketenangan yang sementara sahaja.

Mereka keluar dari hiruk-pikuk kesibukan, untuk mendapatkan ketenangan buat seketika. Nanti, mereka akan kembali semula ke tempat yang penuh dengan kekalutan dan kesibukan itu, dan akan berhadapan semula dengan semua itu.

Maka, ketika itu, berhasilkah ketenangan yang mereka dapatkan dari semua tempat-tempat itu?

Tidak. Waktu itu, ketenangan yang mereka dapatkan sewaktu di tempat-tempat begitu sudah tidak mampu menenangkan mereka lagi ketika mereka dilanda keserabutan dan kekalutan di tempat-tempat kerja dan belajar mereka.

Lalu, di manakah kita akan dapatkan ketenangan yang hakiki?


HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MENJADI TENANG
Tidak perlu pergi jauh. Ketenangan sebenarnya sudah ada terlalu begitu dekat dengan kita. Di manakah?

Renunglah firman Allah s.w.t. :

“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”[Ar-Ra’d : 28]

Ketenangan hakiki itu sebenarnya ada pada Allah s.w.t. Dan Allah itu, terlalu hampir dengan kita. Bahkan, terlalu hampirnya Allah s.w.t. sehingga digambarkan dalam satu lagi firman-Nya :

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”[Qaf : 16]

Maka, kenapa kita mencari ketenangan dari selain Dia? Alam ini dan segala isinya, bukankah semuanya itu adalah ciptaan dari Allah s.w.t.

Lalu, kenapa kita perlu mencari ketenangan dari makhluk-Nya ketika Dia sendiri mampu untuk menenangkan dan membahagiakan kita?


KAJIAN SAINTIFIK BAHKAN TELAH MEMBUKTIKAN
Kalau kita masih ingat, ada satu kajian sains pernah dilakukan suatu ketika dahulu terhadap kesan bacaan di mulut kita kepada zarah-zarah dalam air.

Dilakukan perbandingan antara dua bacaan terhadap air yang sama jenisnya. Orang yang pertama adalah orang Islam membacakan ayat kursi, ayat yang ada nama Allah pada air itu. Manakala orang kedua adalah orang Cina yang membacakan mantera-manteranya pada air itu.

Setelah dikaji, didapati air yang dibacakan dengan ayat kursi tadi itu, zarah-zarahnya berubah menjadi bentuk sepeti batu permata yang begitu cantik dan bersinar. Tetapi, air yang dibacakan dengan mantera-mantera itu tadi, zarah-zarahnya berubah menjadi begitu hodoh sekali.

Maka, di sini kita dapat melihat kesannya, bahawa kalau dengan mengingati Allah sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati air itu berubah molekulnya menjadi cantik, maka hati kita lebih lagilah daripada itu.

Kita mencari ketenangan selain Dia, sebenarnya bukan menambah tenang pada hati kita, bahkan kita sebenarnya telah menambahkan lagi keserabutan pada jiwa kita.


PENUTUP : REBUTLAH KETENANGAN YANG KEKAL DI MANA DAN BILA-BILA PUN
Sentiasa ingat kepada Allah itu, adalah ubat kepada segala kesibukan dan keserabutan yang melanda kita. Bila kita ingat kepada-Nya, maka ia akan memberi kita ketenangan yang tidak ada tandingannya.

Lihatlah para sahabat Nabi s.a.w. Ada satu peristiwa, ketika mana seorang sahabat telah dipanah semasa ia sedang solat. Tetapi, dalam keadaan telah dipanah itupun, kaki telah luka dan berdarah, ia tetap teruskan solat seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kenapa? Kerana ia telah berjumpa dengan ketenangan yang sebenar.

Mencari ketenangan daripada selain Dia, semuanya cuma bersifat sementara. Hari ini, mungkin tenang. Hari esok, kita tidak tahu apakah kita akan menghadapi hari dengan baik.

Tetapi, bila kita mencari ketenangan daripada Dia, maka kita sangat-sangat pasti, kita akan dapat menghadapi hari-hari esok dengan lebih baik kerana kita tahu, Allah sentiasa menemani kita.

Kalau hendakkan ketenangan dalam segala kesibukan yang kita ada, maka segeralah merapat kepada-Nya.

Sudahkah anda merapat kepada-Nya hari ini?


nota:

indeed~
sesungguhnya mengingati Allah itu membuat hati akan jadi tenang~

perlu diingatkan selalu pada hati ini, 
perlu dilatih selalu... 
hakikat insan, kita selalu lalai dan lupa.. 


Daripada buku 'Aura Iman' -- [1]

Bismillahirrahmanirrahim,


bila fikiran tepu dengan tugasan
ingin di rehatkan sedikit minda ini
dibaca buku 'aura iman'
penuh dengan peringatan 
dan kata-kata perangsang untuk meniti kehidupan ini.


Antaranya 
kata pepatah Parsi (Iran), 'berfikir adalah sesuatu yang bijak, merancang adalah lebih bijak, tetapi melakukan yang terbaik adalah yang paling bijak antara kesemuanya'

kata Mahatma Gandhi, 'kebahagiaan bergantung pada apa yang anda sumbangkan, bukannya apa yang anda dapat'
wahai anakku, ingatllah Allah SWT banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingatiNya.Anakku,ingatlah dosa-dosa yang telah dilakukan dan perbuatan-perbuatanmu. Larilah kepada Allah daripada dosa-dosa dan janganlah kamu menganggap amalan baikmu sudah banyak. Taatilah Allah SWT kerana barang siapa yang mentaatiNya, Allah akan selesaikan setiap urusannya dan melindunginya daripada makhluk-makhlukNya. (wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya).


hadith riwayat muslim:
'Allah SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus) kepada jin, manusia dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas kasihan dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas anak-anaknya. Dan Allah SWT menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti' 

nota:

ada pelbagai cara untuk rehatkan minda, 
semoga apa yang kita buat Allah redha
kerana bila Allah redha, 
kerja kita akan dipermudahkan insya Allah..
sukar bukan bermaksud kita tidak diredha,
mungkin Allah hanya ingin menguji kesabaran kita, 
Allah dengan hikmahNya, 

senyum selalu, 
jom sambung buat kerja! 
kerana Allah 

(^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails