Sunday, March 31, 2013

JUST THOUGHT--> ACCEPTANCE AND HOPE


DUA'  UMMU SALAMAH IN HARDSHIP 
.. JUST HUMAN..
STRUGGLE, THANKFUL, STRONGER
IHDINAS SIROTHOL MUSTAQIM
INDEED.. THAT TRUE! Allah test my heart.

Indeed, dunya is nothing. no justice. be nice always.

THE TRUTH GUIDANCE, AL-QURANUL KARIM

Tuesday, March 12, 2013

advices from my superb supervisor

Bismillahirrahmanirrahim,
sekadar perkongsian, semoga bermanfaat dan memberikan semangat untuk kita menjadi muslim yang lebih baik dari semalam. Ameen3x.
 
nasihat daripada penyelia (bagi saya, dia seorang yang sangat-sangat positif dalam apa jua keadaan):

 -jika kita bersama orang yang positif, kita akan positif. jika kita bersama dengan orang yang negatif, kita akan negatif juga.

-dalam melakukan kerja apapun, kata kuncinya FOKUS/KHUSYUK.tak dapat datangkan fokus, cuba datangkan fokus, insya Allah semua akan berjaya.

-percaya pada diri sendiri. lakukan mana yang sesuai dengan kemampuan sebagai seorang pelajar perempuan.

-niatkan apa yang dibuat ini adalah untuk Agama, bangsa, negara dan keluarga. Apapun buat untuk mak ayah. balas jasa mereka yang tidak pernah harapkan apa-apa balasan.

-penuhkan masa yang diberikan Allah dengan mengejar cita-cita dan ilmu yang bermanfaat.

-masa 1 jam sebelum subuh adalah masa untuk kita bangun, bukan masih dikamar tidur. masa untuk mendekatkkan diri kepada Allah [solat tahajud, baca Al-quran, dll]. mungkin kita tidak mampu untuk istiqamah perkara-perkara sunat yang lain seperti puasa isnin khamis. paling tidak cuba istiqamah untuk berpagi-pagi. [mujahadah!]

-dan banyak lagi, biarlah saya simpan buat penguat semangat sendiri.. biarkan diri yang berkata ini melakukan apa yang dikatakan.

-LIFE MUST BE GO ON before ITS TIME UP!

mission and vision of life

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua'laikum wbt,
 
Alhamdulillah3x... sudah agak lama tidak mencoretkan apa-apa ditinta perjalanan ini.
 
Hidup ini ada turun dan naiknya. Iman pun adakala naik, adakala turun. bak kata, iman akan naik bila bertambah ketaatan, iman akan turun tatkala kekurangnya ketaatan. Semoga diberi kekuatan dan kemudahan Allah untuk melakukan ketaatan. Ameen ya rabbal a'lamin.
 
Baiklah, kembali kepada niat asal. nak share satu gambar ni, gambar ni diberi oleh seorang sahabat bila tengah berborak-borak tentang rencah kehidupan. bagi saya, ia sangat berguna dan memberi peringatan dikala kita lupa, dan secara tidak langsung memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. tiada yang kekal, dan hak milik kita, kita hanya mengusahakan sahaja, hasilnya kita ambil diakhirat nanti. hadapi hidup dengan penuh kesabaran, bersyukur dan bahagia dengan apa yang dikurniakan Allah. bersyukur dengan keluarga kita, sahabat kita, guru-guru kita dan semuanyalah.^^
 
Yang paling utama bersyukur kita kepada Allah letakkan dalam Islam. semoga menjadi muslim yang sejati.. baiklah, banyak pulak bercelotehnya..
 
scatch ni adalah gambar tentang matlamat hidup kita.Matlamat sebagai seorang hamba Allah dan peranan sebagai seorang muslimah dimata Allah dan manusia.
 
matlamat hidup seorang muslim

Penjelasan untuk gambar ni:
 
kita hidup dgn sumber Al-Quran dan AsSunnah. lepas Al Quran dan AsSunnah tu roda kehidupan kita (dgn peranan yg spatutnya). yang chicken2 pox tu adalah ujian yang melanda dalam usaha kita nak melaksanakan peranan berdasarkan quran dan sunnah, contoh-contoh ujian yg melanda tu  dah tulis kat luar roda tu. then lepas tu kubur (kita mati). Ditunjukkan dalam kubur kita ni rehat or tunggu azab neraka .then hari kiamat semua dibangkitkan dipadang mahsyar, hisab semua, then lalu atas siraatul mustaqim. bulat-bulat tu manusia yg jatuh dalam neraka dan yang terbang-terbang tu yg amal soleh byk (mcm nabi2,sahabat n org soleh).ada yang jalan sikit terus jatuh, ada yg slow-slow dan mcm2 . then kalau yg tetap aqidah tapi banyak dosa (ada iman sebesar biji sawi), silalah masuk neraka bayar hutang dulu (bertahun-tahun), then masuk telaga kausar bersihkan diri baru leh masuk syurga.
 
bila baca dan hayati betul-betul gambar ni, rasa nak menangis, dah banyak perkara kita sia-siakan dalam hidup kita. bila sebut neraka pun dah gerun. tinggal disana bukan sekejap, apinya sangat panas, sampai berwarna hitam. Allahurabbi... semoga Allah mengampuni dosa-dosa dan kesalahan kita. Dan memandang kita dengan rahmatNya bukan kemurkaanNya..Ameen3x... T_T
 
maaf jika bahasa tidak menepati standard bahasa melayu yang betul, saya hanya membaiki ayat-ayat supaya tidak terlalu ringkas dan seperti sms. untuk ubah saya tidak mampu, kerana takut akan mengubah makna ayat.
  
kredit kepada yang memberi penjelasan ini. semoga ditimbang sebagai amalan yang bermanfaat.
semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua tentang matlamat hidup kita semua.
 
wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails