Monday, May 28, 2012

bingkisan dariku.. Kelate!

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt,  apa khabar sahabat-sahabat?..
semoga dalam redha Allah.. insya Allah..

baru-baru ini, berkesempatan ke negeri kelantan,
negeri yang dipimpin oleh Tok Guru.
sangat indah dan tenang kat sana.. serius memang best!
tujuan ke sana menghadiri kenduri walimah urus sahabat.
saya suka suasana sana, kampung dan damai.
orangnya baik-baik  dan peramah belaka.
yang paling best, kat sana banyak pondok pengajian!
dah pasang niat nak pi talaqqi  kat sana kalau panjang umur...
amin ya Rabb.. semoga diriku isitiqomah di jalan ini ya Allah..

sepanjang berada di sana, terpikir jugak apa yang islamik kat sana,
pada pengamatan saya, saya jumpa ini:

  • papan tanda  jalan, kedai, premis dll.. akan ada tulisan jawi! - wonderfull!
  • walaupun negeri kelate tak dapat royalti dan duit daripada kerajaan.,tetap ada pembangunan Mydin terbaru di kubang kerian memang marvelous macam pacific @ giant! - subhanallahh!
  • semasa pergi membeli barang untuk persiapan walimah, waktu itu waktu asar. tetiba ada pengumuman dari juruhebah mydin, - bahawa azan asar akan berkumandang sebentar lagi, kaunter akan ditutup sementara waktu  bagi menghormati azan dan waktu solat...ini memamng memberi peringatan kepada semua yang telah masuk waktu solat dan secara tidak langsung ini adalah dakwah!- Masya Allah! Negeri lain ? ada ?..nak dengar azan dalam shopping mall memang jauh api dari panggang la kan.. 
  • ada banyak lagi yang menarik hati ni untuk tinggal lama di sana. saya doakan sahabat-sahabat juga dapat ke sana dan melihat sendiri. kalau jadi ore kelate pun molek sangat.. [tetapi belum berniat nak tinggalkan negeri kelahiran sendiri lagi ]  (^_^)

seyes, saya sudah jatuh cinta dengan kelate!

Ada baca newspaper baru-baru ni, kerajaan negeri bawah pimpinan tok guru nak buat highway.
ini satu petunjuk yang sangat baik dan menjadi dakwah kepada negeri lain supaya tidak meninggalkan islam dalam sistem pentadbiran. kerana disitu ada banyak keberkatan dan rahmat dari Allah..
berita penuh kat sini:






Thursday, May 24, 2012

malam bagi 3 golongan

Bilamana malam menjelma, maka manusia akan terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertama mereka yang menghabiskan malamnya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Kedua mereka yang menjadikan malamnya waktu rehat dari kepenatan mencari rezeki di siang hari. Ketiga mereka yang menghabiskan malamnya dengan melakukan maksiat dan pendurhakaan terhadap Allah. Jadilah anda golongan pertama, kalau tidak mampu jadilah golongan kedua, dan jangan sesekali menjadi golongan ketiga, kerana malam bukan pelindung dari pengamatan Allah ke atas apa yang dilakukan. Allahumma jadikan kami hamba yang sentiasa mendekatkan diri kepada Mu dan mencari keredhaanMu. 
Amin ya rabb
Senyum jumaat yang barakah.



-kehidupan makkah-

Tuesday, May 22, 2012

mutiara kata imam hasan al-basri

Imam Hasan al-Basri Rahimahullah ditanya: "Apakah rahsia sikap kezuhudan kamu terhadap dunia?". Beliau menjawab: "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain kecuali diriku sendiri, maka aku sibuk melakukan amalan-amalan untukku. Aku tahu bahawa Allah memantau aku, maka aku malu menemuiNYA dengan dosa-dosa. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk bertemu Allah".

DOA RABITAH~ pengikat hati




Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan

Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal pada-Mu
Hidupkan dengan ma'rifat-Mu

Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah pelindung dan pembela



nota:

semoga terus thabat dalam perjuangan ini
jangan kita tertipu dengan dunia yang fana
peringatan buat diri dan sahabat-sahabat dunia akhirat

Sunday, May 20, 2012

hudud di Malaysia, bagaimana nak mulakan?


1. Di Malaysia, agama Islam diletakkan di bawah kuasa negeri. Sebab itu undang-undang di Mahkamah Syariah digubal melalui negeri melainkan Negeri yang tiada Sultan iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka. Ia diletakkan bawah kuasa Agong maka Parlimen yang akan gubal.

2. Undang-undang di Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa pada orang bukan Islam.

3. Jika orang Islam berkhalwat dengan orang bukan Islam, kalau ditangkap, yang akan dibicarakan di Mahkamah Syariah adalah orang Islam.

4. Oleh itu, orang bukan Islam tidak perlu takut pada Mahkamah Syariah. Ia tidak ada kena mengena dengan mereka.

5. Kalau mereka tolak hukuman mahkamah syariah sebenarnya, ia mainan politik mereka yang memang tidak mahu melihat Islam terdaulat di negara tercinta ini.

6. Di Malaysia juga, bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah sangat kecil iaitu 365 (3 tahun penjara, 6 kali sebatan dan 5 ribu denda). Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan hukum lebih dari itu kerana itu sahaja bidang kuasa maksimanya.

7. Untuk menjalankan hukum hudud di Malaysia, maka perlu dicadangkan kepada Parlimen agar meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

8. Ia boleh dimulakan dulu dengan meluaskan sebatan sehingga 100 (sekarang maksima hanyalah 6 sebatan). Ketika cadangan, tidak perlu pun kata “kita nak jalankan hudud”, kita cuma cadangkan meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

9. Kena wujudkan dua bahagian kajian, pertama kaedah sebatan kerana sebatan syariah tidak sama dengan dengan sebatan civil dan keduanya tempat sebatan kerana hukuman sebat perlu dibuat di hadapan ramai untuk iktibar.

10. Kala ini, parti yang paling sesuai untuk mencadangkan di Parlimen adalah parti UMNO kerana UMNO parti yang memerintah. Dan ketika mencadangkan, parti Melayu Islam lain seperti PAS kena menyokong. Jangan politikkan isu ini dan jangan buat komen popular untuk itu. Yang penting, langkah pertama meluaskan bidang mahkamah syariah telah dibuat.

11. Parti komponen Barisan Nasional mungkin ada yang tidak setuju. Ini cabarannya bagi UMNO untuk bertegas dan yakinkan mereka.

12. Bagi PAS, sudah tentu kompenan lain dalam Pakatan ada yang tidak setuju, tapi itu juga cabaran untuk bertegas dan yakinkan mereka.

13. Kena ada keyakinan dan ketegasan, kalau asyik nak tunggu semua orang kafir setuju, maka hak Allah hanyalah sebagai mainan politik sahaja.

14. Selepas hukuman 100 dapat diluluskan, kemudian, luaskan pada yang lain pula.

15. Modus operandinya ialah parti-parti Melayu Islam perlu bermuzakarah, kepentingan Islam perlu diutamakan. Cari persetujuan untuk kepentingan Islam dan Umatnya.

16. Biar orang lihat kita macam bergaduh tetapi kepentingan Islam satu persatu dapat di ketengahkan. Yang malangnya, satu persatu kepentingan Islam gugur dan hilang hasil pergaduhan ini.

17. Keduanya, kita kena selalu ingat, ketika penjajah keluar dari negara kita, dia bukan tetaskan UMNO, bukan tetaskan PAS seperti dakwaan orang-orang politik, sebenarnya mereka menetaskan sistem politik yang akan menjadikan kita berpecah dan tidak kuat.

18. Kita telah berada di dalam sejarah itu, tidak mungkin kita dapat kembali ke masa lampau, Cuma satu yang perlu kita ingat kembali, POLITIK HANYALAH ALAT BUKAN MATLAMAT, MATLAMAT KITA ADALAH ISLAM TERDAULAT DAN MENJADI CARA HIDUP.

19. Sebab itu, ambillah kepentingan Islam lebih atas dari segalanya. Inilah yang dijaga oleh datuk nenek kita terdahulu sehingga penjajah tidak dapat mengkafirkan anak Melayu selama 400 tahun mereka berada di sini.

20. Jika kita terlupa dengan perkara ini, maka orang kafir, penjajah dan siapa sahaja yang anti Islam tersenyum luas melihat sikap kita saling tak tumpah seperti mereka, akhlak kita lebih teruk dari akhlak mereka dan semakin lama, Islam semakin hilang dari dasar perjuangan dan sendi tanah air.

21. Mungkin kita tidak dapat melihat perkara ini berlaku sekarang, tetapi semoga generasi anak-anak muda yang lebih ikhlas akan memperjuangkannya nanti. Semoga Allah terus memelihara Islam dan Umat Islam di negara ini, amin..

“Sekilas Mengulas Peristiwa”’

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights


Ucapan Pertama Pemimpin yang dicintai seluruh ummat



Surah Al Baqarah [2] : [255]
.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Hadis : Dari Abdullah bin Salam r.a, dia berkata : ‘Pertama kali Rasulullah saw datang ke Madinah, orang ramai berkerumun kepadanya (dan) aku termasuk orang yang datang kepadanya manakala aku memperhatikan wajahnya dan menelitinya dengan seksama (beliau menilai wajah Rasulullah saw), aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah seorang pendusta.’

Abdullah bin Salam r.a berkata lagi, ‘Ucapan pertama yang aku dengar dari beliau (Nabi SAW) adalah, “Wahai manusia, sebarkanlah salamberikanlah makan , solatlah di waktu malam sementara orang-orang sedang tidur (dan) nescaya kalian masuk syurga dengan selamat’.” [0949] Sahih. Riwayat Al-Timidzi (Hasan Sahih), Ibnu Majah dan Al-Hakim.-At Targhib

Ringkasan mengenai Abdullah bin Salam (Husain bin Salam) r.a
1. Beliau adalah bekas pendeta Yahudi di Madinah dan terkenal sebagai orang yang baik hati dan jujur.
2. Beliau sentiasa berdoa (sebelum keislamannya) agar dapat bertemu dengan Nabi akhir zaman seperti yang dibacanya dalam kitab Taurat. Allah Subhana wa Ta’ala telah memperkenankan doanya.
Oleh kerana itu sebaik sahaja beliau mendengar persamaan atau ciri-ciri akan kedatangan Nabi Muhammad saw maka ia yakin akan kebenarannya melalui ciri-ciri tersebut seperti yang terdapat dalam kitab Taurat.
3. Apabila melihat saja wajah Rasulullah saw (sebaik hijrah Rasulullah saw ke Madinah) dan setelah mendengar perkataan pertama yang diucapkan oleh Rasulullah saw (hadis di atas), lalu Husain bin Salam menghampiri Rasulullah saw dan mengucapkan dua kalimah syahadat.
4. Rasulullah saw telah menukar namanya dari Husain bin Salam kepada Abdullah bin Salam setelah keislamannya dan sejak itu beliau sentiasa mengikuti seruan Rasulullah saw hingga dia mendapat berita paling gembira; iaitu sebagai penghuni ahli syurga.

Antara Pengajaran Hadis :
Ini adalah ucapan pertama Rasulullah saw di Madinah (sebagai pemimpin) iaitu;
(a). Sebarkanlah salam
(b). Berikanlah makan
(c). Solat malam
Tidak pernah kita (atau saya) dengar apabila seseorang yang apabila diangkat menjadi pemimpin mengucapkan perkara ini pada ucapan pertamanya (menegakkan sunnah Rasulullah saw).
Biasanya apabila seseorang yang diangkat menjadi pemimpin, mereka sentiasa menjanjikan akan keprihatinan kepada rakyat, meningkatkan pencapaian negara, bekerja bersama dan pelbagai lagi dan itulah antara perkara pertama yang diucapkannya.
Tetapi Rasulullah saw apabila sampai sahaja di Madinah, beliau mengucapkan tiga perkara penting ini selaku pemimpin di kota Madinah.
  • Apakah pentingnya tiga perkara tersebut hingga dapat melunakkan hati orang yahudi?
  • Apakah kesannya kepada negara dan rakyat atau orang yang dipimpin mengenai ketiga-tiga perkara itu?


Secara ringkasnya dapat kita lihat melalui hadis-hadis yang lain, antaranya;
(a). Sebarkanlah salam
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042) Sahih Muslim
Menyebarkan salam dapat mewujudkan keharmonian, meningkatkan rasa kasih sayang dan dapat menaikkan darjat dari muslim ke mukmin. Inilah perkara utama dalam masyarakat dan negara iaitu, keharmonian dan perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati sesama manusia terutamanya sesama umat Islam.
Maksud sebarkan salam ini bukan kepada orang yang dikenali sahaja, tetapi siapa sahaja yang bergelar Muslim. Mari kita mulakan di masjid dan surau dahulu. Sangat mengecewakan orang yang datang solat berjemaah dengan muka yang muram dan masam.
Senyum dan sebarkanlah salam terutama para ustaz yang memberi ceramah, pengerusi, imam, bilal, dan ahli jawantankuasa (masjid) dan anda merupakan contoh terbaik. Jangan sombong dengan pangkat dan ilmu yang ada dan bermuka manislah. Mulakanlah dengan memberi salam terlebih dahulu dan belajarlah cara memberi dan menjawab salam dengan betul.

(b). Berikanlah makan
Memberi makan kepada orang bermaksud berbuat baik kepada jiran tetangga dan orang-orang miskin. Ini dapat mengelakkan semangat berpuak-puak dan dengki khianat sesama mereka. Perkara ini nampak seperti remeh, tetapi sangat-sangat penting kerana masyarakat itu terdiri dari himpunan jiran-jiran.
Jika jiran tetangga saling hormat menghormati dan berkasih sayang maka akan terwujudlah masyarakat yang harmoni. Adakah zaman kita ini wujud kempen menghormati jiran dan memberi makan? Walaupun ada, sejauh mana ia diambil peduli atau ia hanya kempen sambil lewa sahaja?
Oleh itu, kenalilah jiran anda (bantulah mereka yang kesusahan) dan berilah mereka makan tidak kira apa agama dan kefahaman mereka. Umat Islam tidak perlu tunggu kempen dari sesiapa pun untuk mengikuti sunnah yang sangat penting ini. Antaranya lebihkanlah kuah dalam masakan dan berilah kepada jiran-jiran.
Hadis : Dari Jabir bin Abdillah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Semua perbuatan baik adalah sedekah." [165] Sahih Bukhari - Adabul Mufrad
Hadis : Dari Hamzah bin Shuaib r.a dari bapanya : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang memberi makan.” [0948] Hasan Sahih. Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Hakim - At-Targhib
Hadis : Dari Abu Dzar r.a katanya : Kekasih ku (Rasulullah saw) berwasiat kepada ku : “Jika kamu memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah jiran mu.” [Sahih Muslim dan lain-lain. Dinukil dari; Adab-Adab Berjiran, tulisan Syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid] dan dengan lafaz yang sedikit berbeza dari Sahih Ibnu Majah [2726] dimana perkataan kuah itu adalah air (perbanyakkanlah airnya) dan tambahan makna ‘berikanlah sedikit pada tetanggamu’.
Boleh juga melihat hadis-hadis lain mengenai kejiranan di sini. (http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2010/11/adab-adab-berjiran-jiran-dikhususkan.html )

(c). Solat Malam
Solat malam membawa banyak kebaikan antaranya menguatkan pemikiran (mudah fokus, cerdas), menguatkan jasmani, menghilangkan rasa malas (perkara yang menyebabkan rasa bosan, tak tahu nak buat apa (rasa ‘blank’), perasaan tak tentu arah dan sebagainya). Apakah kesannya kepada masyarakat dan negara?

Antara kesannya ialah mewujudkan rasa takut kepada musuh-musuh Islam apabila melihat umat Islam yang sentiasa kuat dan bertenaga baik dari segi jasmani (fizikal) mahupun kekuatan psikologi, emosi (rohani) dan seumpamanya. Ini diisyaratkan dalam beberapa hadis, antaranya;
Hadis : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.
(Mereka yang bersolat malam ) Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas.” [0599] Sahih Bukhari
Selain itu orang yang solat malam doanya tidak tertolak, insyaAllah;


Hadis : Dari ‘Uqbah bin ‘Amir Al-Juhni r.a : (Diringkaskan) Nabi saw bersabda, “Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada mereka yang berada di sebalik hijab (iaitu para malaikat) : ‘Kamu lihatlah kepada hamba-Ku ini. Beliau melawan keinginan nafsunya (untuk terus tidur dan bangun solat malam), lalu meminta (berdoa) dari-Ku.Oleh itu, apa sahaja yang dipinta oleh hamba-Ku maka itulah miliknya (doanya dimakbulkan oleh Allah yang Maha Tinggi).” [045] Sahih Imam Ahmad dan Ibnu Hibban dalam Kitab Hadis Al-Qudsi

Oleh itu kepada para pemimpin atau bakal pemimpin-pemimpin akan datang, kembalilah kepada ajaran Rasulullah saw jika kamu benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya dan menginginkan kemenangan dunia dan akhirat. Mulakanlah dengan tiga perkara ini.
Pemimpin dan bakal pemimpin itu bukan hanya sultan, perdana menteri, menteri dan sebagainya, tetapi ia merangkumi; suami yang memimpin isteri, ibu bapa yang memimpin anak-anaknya, guru yang memimpin anak murid, majikan yang memimpin pekerjanya dan sesiapa sahaja dan semuanya terlibat.
Wallahu’alam


nota: 

sunnah nabi terchenta kita,

(a). Sebarkanlah salam- bagi salam kepada orang yang kita kenal dan tidak kenal.
(b). Berikanlah makan- berbuat baik kepada sesiapa sahaja
(c). Solat malam- banyakkan taqarrub (dekat) kepada Allah

Allahumma solli a'la Muhammad wa 'ala alihi wasallam 100x..  

Saturday, May 19, 2012

mahalnya nilai tawfeeq dan hidayah



Bismillahirrahmanirrahim,
Ingin berkongsi salah satu artikel yang menarik untuk kita faham dan amalkan.
semoga dalam Redha Allah.. insya Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasa sedih mencengkam akhir-akhir ini. Pedih menyucuk-nyucuk. Ada sesuatu yang telah hilang.
Kehilangan yang membuatkan hidup terasa ada compang campingnya.

Kesedihan Terbesar.

Bukan kehilangan wang. Bukan kematian orang tersayang. Bukan pemergian sahabat. Bukan. Malah sesuatu yang lebih besar dan tidak ternilai dari semuanya itu.

Kesedihan terbesar bagi seorang muslim.
Kesedihan apabila air mata tidak mampu dititiskan saat membisikkan bicara dalam solat.
Ya. Itulah kesedihan terbesar. Sungguh.

Masakan tidak, solat adalah suatu bukti hubungan hati dan keterikatan jiwa kita dengan Allah sepanjang seluruh perjalanan harian kita. Jika Allah tidak mampu dihadirkan dalam solat, manakan mampu untuk Allah dihadirkan dalam keadaan kita sedang bermain, bercanda dan berbual.

Jika kita tidak mampu merasakan bahawa Allah itu ada memerhatikan kita dan kita sedang memerhatikanNya dalam solat, bagaimana mungkin kita merasakan perkara yang sama dalam rutin yang lain?

Bahkan solat itu seharusnya adalah suatu oksigen yang menghidupkan hati yang membuatkan kita menjadikan takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah antara jarak waktu solat yang seterusnya.
Maka, bukankah kehilangan air mata lantaran lenyap cinta berbicara dengan Sang Pencipta adalah sesuatu yang memedihkan?

وقال صلى الله عليه وسلم : " لا ينظر الله إلى صلاة لا يُحضر الرجل فيها قلبه مع بدنه

"Allah tidak memandang kepada solat seseorang yang tidak dihadirkan dalamnya hati ke dalam jasadnya (pergerakan)."
*walaupun taraf hadis ini dhoif, tetapi cukup untuk menakutkan kita dan membuat kita lebih berhati-hati.

Cinta Kita Pada Kecintaan Dia.



عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم - إن اللهتعالى قال : من عادي لي وليا فقد آذنته بالحرب ، وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه ، و لا يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه ، فإذا أحببته كنت سمعه الذي سمع به و بصره الذي يبصر به ، و يده استعاذني لأعيذنه -التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها و لئن سألني لأعطينه ، و لئن رواه البخاري

"HambaKu mendekatiKu dengan (mengerjakan) sesuatu yang amat Aku sukai, iaitu apa saja yang Aku wajibkan kepadanya, HambaKu senantiasa mendekatiKu dengan (mengerjakan) ibadah-ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi telinga yang ia pakai untuk mendengar, matanya yang ia pakai untuk melihat, tangannya yang ia pakai untuk berbuat, dan kakinya yang ia pakai untuk berjalan. Jika ia meminta kepadaKu maka Aku pasti memberinya jika ia meminta perlindungan dariKu, maka Aku pasti melindunginya". 
(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)

Kita seorang muslim. Kita baik. Kita tidak melakukan kemaksiatan. Kita tidak terfikir untuk mencuri. Jauh sekali untuk membunuh orang. Kita mampu bangun tahajjud saat orang lain dibuai mimpi. Kita mampu menangisi dosa-dosa kita. Kita mampu melaksanakan semua ibadah yang dituntut Allah. Kita mampu berbuat itu ini. Kita mampu melakukan itu ini.

Ya. Kita melakukannya. Tetapi kita terlupa 'apa' yang menggerakkan untuk kita melaksanakan semua itu.
-Kita mampu mencintaiNya HANYAlah kerana Dia mencintai kita.

-Kita mampu menjadi muslim kerana Dia mencintai kita.Kita mampu bangun di akhir malam kerana Dia mengejutkan kita lantaran cintaNya.

-Kita mampu khusyuk dalam solat bersama air mata kerana Dia menghadiahkan itu kepada kita lantaran cintaNya.

-Kita mampu berakhlak baik dan masyarakat senang dengan kita kerana Dia membaluti keaiban kita dan memancarkan kebaikan itu lantaran cintaNya.

-Kita mampu menangis kerana menyesali dosa-dosa kemaksiatan kita kerana Dia mencampakkan rasa takut lantaran cintaNya.

Bukan kerana kita. Bukan kerana iman kita yang sudah cukup cantik dan terbaik.

Tetapi semuanya kerana tawfeeq Sang Pemilik Cinta.



Mahalnya Kekuatan Tawfeeq Itu.
Kita selalu mengucapkan, "semoga kita dikurniakan tawfeeq dan hidayah..".
Tetapi apa makna sebenarnya 2 kalimah yang mahal nilainya ini?
Hidayah adalah petunjuk dari Allah hasil proses pendidikan. Dan tawfeeq adalah benih tanaman yang dicampakkan Allah untuk menggerakkan kita kuat dalam bergerak memenuhi petunjuk itu.

Bermakna, saatnya kita lesu dalam melaksanakan ibadah bersama cinta, itu adalah pertanda bahawa Tawfeeq telah semakin LENYAP..! Dan itu adalah sesuatu yang menakutkan. Sungguh.

Meski Hidayah tidak kurang mahalnya, tetapi hidayah boleh dicari dengan pembacaan, persekitaran dan pembelajaran. Namun Tawfeeq adalah anugerah yang dicampakkan Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Tawfeeq adalah nilai cinta Allah kepada kita hasil dari kesungguhan kita mencari hidayah.

Bermakna, bila-bila masa sahaja tawfeeq itu boleh ditarik jika kita tidak menghargainya.

Allah.. T_T

Penutup: Minta, Pinta, Rayu, Adu, Tagih Dan Mengharap Untuk Tawfeeq Allah.
"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa"
(Ali Imran: 133)

Kita tahu syurga Allah itu mahal. Dan kita sedar bahawa kita perlu berlari sungguh-sungguh ke arahnya. Berlumba-lumba dan berebut-rebut. Lantaran takut syurga telah penuh dan tidak layak untuk kita menghuni bersama mereka yang lebih mulia.

Namun apa kekuatan untuk kita berlari dan berlumba itu?

Tidaklah lain dan tidaklah bukan melainkan kekuatan yang datang dari Allah, Pencipta kita, Penyusun atur kehidupan kita, Pemilik hati dan kelemahan kita serta tempat kita akan dikembalikan dan dihisab.

Menangislah jika kita tidak mampu menangis..!



"Allahumma (Ya Allah), Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Illah melainkan Engkau, Engkau menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku. Dan aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau"

dari sini: http://lurv4allahthealmighty.blogspot.com/

Monday, May 14, 2012

ujian, dugaan, tanda kasih sayang Allah


 "Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman...


Setiap org menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..." la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran. Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji..Oleh itu, sbagai hamba Allah yg beriman mmg akan selalu diuji..Ujian yg Allah turunkan kepada kita semua adalah satu peringatan kpd kita supaya kembali semula mengingati Allah yang maha agong..Jangan sesekali bermegah-megah, riak ataupun nampak alim di sisi manusia tetapi hina di sisi Allah...nauzubillahi min zalik..ya Allah jauhkanlah aku dari semua itu..tetapkanlah hatiku ini dengan keimanan yg teguh terhadapmu.."Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan ketaatan kepadamu.." Amin..

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir.]

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. ( QS. Al-Baqarah: 286)

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)

Ganjaran menanti bagi yang diuji
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (QS. Al-Baqarah: 214)

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji
Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Bala’ dalam konteks semasa
Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman
Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Kaedah Bersabar
Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]
Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]



Wallahu 'aklam bissowaf....



nukilan daripada: http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com/2011/04/ujian-dugaan-tanda-allah-sayang.html

nota:

'mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.'
Allah sebaik-baik sandaran..

ya Rabb,
lapangkan dadaku,
jernihkan fikiranku,
kurniakan hatiku yang sentiasa lembut mengingatiMu,
lisan yang basah berzikir kepadaMu..
mudahkanlah segala urusanku dan muslimin muslimat.

ya Rabb,
Engkaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu..

amin ya rabbal alamin...

T_T

Menutup Pintu Maksiat~


Pintu taubat selalu terbuka seperti yang yang di sebut dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-NYA.”(Riwayat Al-Tarmizi)

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip dibawah diharap dapat membantu,Insya-Allah.

Ikhlas & menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH
Inilah perkara yang paling utama. Jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana ALLAH, ALLAH pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerana ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.
Apabila hati seorang hamba telah bersih & ikhlas dalam beribadah kepada-NYA, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkitpada hati mereka yang kosong.

Mujahadah (Bersungguh-sungguh)
Nafsu ialah makhluk ALLAH yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlulah berterusan kerana ALLAH. Apabila sesorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan kerberkatan akan datang kepadanya.

Banyak Mengingati Akhirat
Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam syurga serta azab dan derita di neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengganti semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.

Sibuk Dengan Hal yang Bermanafaat
Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanafaat, maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

Menjauhi Punca Kembali Semula Kepada Maksiat
Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan yang tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di Facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

Menundukkan Pandangan
Dari mata turun ke hati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditindukkan pandangan, hati juga mampun menundukkan syahwatnya.

Bergaul Dengan Orang Baik
Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada ALLAH. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada ALLAH. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat oleh ALLAH.

Banyak Berdoa
Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada ALLAH supaya diberi kesempatan untuk bertaubat NASUHA, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamat dan sebagainya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails