Showing posts with label akhlak islam. Show all posts
Showing posts with label akhlak islam. Show all posts

Monday, June 18, 2012

tutuplah aib diri sendiri dan orang lain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap perbuatan maksiat dan dosa besar yang dilakukan oleh manusia boleh mendatangkan  kemurkaan Allah SWT. Kadangkala didatangkan musibah oleh Allah SWT keatas manusia berupa kemarau, banjir, jerebu, tsunami, gempa bumi dan tanah runtuh. Semua ini sebagai peringakat agar manusia memikirkan balik apakan kesalahan dan dosa yang telah mereka lakukan.

Bagi orang-orang yang beiman setiap kejadian alam berupa musibah akan dijadikan sebagai pengajaran supaya mereka boleh bermuhasabah diatas kelemaham diri sendiri,(banyak melakukan dosa) tetapi bagi orang kafir atau mereka yang lemah imannya semua peristiwa hanya dikaitkan dengan bencana alam tanpa dihubungkan dengan kemurkaan Allah SWT.

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada para hamba-Nya masih menerima dan membuka pintu taubat bagi hamba-hambaNya yang ingin kembali bertaubat walaupun puluhan tahun melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Dalam masa yang lama Allah SWT masih menutup aib hamba-Nya dan diberi peluang untuk bertaubat.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dia tidak pernah dia meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.
Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.

Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa a.s. : "Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan."

Maka Nabi Musa a.s. pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama : "Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."

Hujan masih jua belum turun. Nabi Musa a.s.selanjutnya berbicara dengan Allah : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"

Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : "Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yg telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku menahan hujan dari turun."

Maka Nabi Musa berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"

Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."

Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"

Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.

Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah : "Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."

Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.
Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."

Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."

Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."
Kata Allah SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"

Sahabat yang dikasihi,
Jika Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ? Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain walaupun kita mengetahui mendedahkan aib adalah satu dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Mungkin orang yang memiliki aib itu telah bertaubat kepada Allah SWT tetapi kita masih seronok mengaibkannya.
Allah SWT tidak suka kita membuka aib orang lain dan juga membuka aib kita sendiri . Ada dikalangan kita suka menceritakan kejahatan-kejahatannya dimasa yang lampau dan merasa megah pula dengan perbuatan maksiat tersebut.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sekiranya kita sendiri melakukan kesalahan atau maksiat, sesuatu yang aib kerana kelalaian, maka sembunyikanlah dan jangan membicarakannya pada orang lain. Membicarakannya kepada orang lain juga merupakan suatu perkara yang dosa. Apatah lagi jika ia membuat diri ini menjadi popular kerana kesalahan itu. Yang demikian itu akan menjadi penghalang pintu menuju Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Semua umatku (yang bersalah) pasti dimaafkan, kecuali orang-orang yang membeberkan (menceritakan kesalahannya kepada masyarakat tanpa perasaan bersalah). Orang yang membeberkan kesalahannya adalah orang yang melakukan satu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian masuk pagi hari dan Allah menutupi kesalahannya. Namun kemudian dia bercerita kepada orang lain, ‘Wahai Fulan, aku telah melkukan ini dan itu tadi malam.’ Allah menutupi perbuatannya itu dan dia membuka tutup itu di pagi hari.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berhati-hatilah bila kalian berbicara jangan sampai bicara kalian boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan boleh mencampakkan diri kalian ke neraka. Displinkanlah diri kalian dan lidah kalian supaya tidak mudah membicarakan sesuatu yang boleh membuka aib orang lain hatta aib diri sendiri . Jika tidak perlu berkata-kata maka lebih baik diam (berzikir di hati) dan bersikap tawaduklah kerana sifat tawaduk adalah ciri-ciri orang bertakwa.


sumber: abubasyer.blospot.com

Saturday, March 31, 2012

Mutiara Hikmah Sufi Haraki~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Assalamua'laikum wbt,
Alhamdulillah11x.. Allah masih memberi nikmatNya yang sangat tidak terhitung. 
petang ini nak kongsikan kata-kata yang berisi nasihat dan penuh hikmah 
dari page FB Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ancaman terbesar pd Islam sebenarnya adalah dari dalaman iaitu pemimpin dan pengikut Islam sendiri mengajar fahaman yg tidak betul, tidak menunjukkan tauladan yg baik drpd ajaran Allah kepada mereka yg ingin belajar dan masih mentah.

Ini pula ditambah dgn pemimpin Islam yg suka memesong ajaran Allah dgn fahaman Asabiyah yg tebal dan menyebabkan pengikut-pengikut terikut-ikut dgn fahaman tersebut tanpa memikirkan soal keadilan.

Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Sekiranya ini dapat diperbaiki, tiada ancaman luar yg akan dilihat sebagai ancaman kpd Islam kerana jamaah kukuh, rajin, berdisiplin, berkelakuan baik dan tinggi taqwanya kpd Allah.

Bak kata, utk menjaga kesihatan diri sendiri, usah bimbang dan jgn bazir masa dgn kuman, virus, bakteria yg ada di luar sana, berusahalah dan fokus menguatkan badan dgn gaya hidup dan makanan yg sihat.

Itulah benteng kekuatan manusia sebenar bukannya menjadikan virus, kuman, bakteria sbg musuh yg digeruni setiap masa.

Ingatlah Allah tidak pernah mengajar kita bermusuh dan mencari musuh. Lebih-lebih lagi dalam hal menjaga Islam.

Quran 41:34
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Ingatlah kata-kata ini:
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Menjaga Islam bermula drpd diri sendiri - praktikan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian bermula dari membuka mata iaitu ketika bangun dari tidur di waktu pagi sehinggalah menutup mata tidur di waktu malam. Jagalah perangai dan kata-kata kita sebagai umat Islam senantiasa utk menjaga maruah Allah dan kehebatan ajarannya.

Sekadar renungan utk semua di pagi Jumaat yg ceria ini. SENYUM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minda yg suram akan melihat segala dalam bentuk kegelapan dan mengerikan...
Minda yg suram menjadikan seseorang tidak dpt melihat benda lain selain kesilapan org lain.
Minda yg suram terus mengganggap hari ini adalah hari yg malang semata-mata pennya patah atau tukang masak terlebih letak garam dlm makanan yg dipesannya.
Disebabkan itu, seseorang itu berasa marah, dan mudah marah sehingga satu keluarga terkena api kemarahannya.
Minda yg suram ini juga membiarkan segala yg terjadi mengganggu emosinya walaupun kecil. Apa-apa perkataan yg didengarnya, seseorang yg mindanya suram akan menafsirkannya dgn tanggapan yg terburuk.
Segala yg kecil masalah akan diperbesarkan sehingga bagaikan satu malapetaka bg minda yg suram.
Minda yg suram ini melihat segalanya gelap, dan lebih teruk lagi ia menggelapkan seluruh yg disekilingnya.
Minda yg ceria akn dapat melihat dan menghayati kecantikan dunia ciptaan Allah ini.
Bila hadapi masalah, manusia ini bersenyum dan cara penyelesaian akan muncul di depannya seolah masalah tersebut membalas senyumannya.
Jauhilah minda suram - bukannya susah, yg perlu hanya SENYUM senantiasa.
Apabila anda senyum dari hati, anda akan dpt minda yg ceria. Yakni minda akan berhenti melayang, minda yg hidup pd masa kini tanpa ditakutkan dgn bayangan-bayangan masa depan yg seram akibat minda yg suram.

Sekadar perkongsian utk malam ini. Jgn lupa SENYUM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi A....
1. Hari ini janji nak membersih rumah, tapi minda memberitahu rumah tak kotor sebenarnya.
2. Janji nak ke perpustakaan lepas Zohor, tapi minda memberitahu tak perlu, boleh buat di rumah aje.
3. Janji nak berpuasa sunat besok, tapi bangun terlewat, minda memberitahu batalkan sj kerana ia bukan wajib.
4. Janji nak siapkan assignment/tulisan/kerja penting, minda mengklik di laman Facebook, kejap-kejap balik ke Facebook melihat ada tak org respon apa yg kita taip...
5. Ada azam nak berniaga, tapi sebelum mula, minda mula menakutkan hasrat itu dgn persoalan - 'apa kata kalau tak de bisnes?' - 'kalau tak dpt bayar pinjaman macammana?' - 'kalau keluarga tiba-tiba perlukan duit?'
6. Janji nak sembahyang subuh di masjid, minda berkata nampak nak hujan dan pelbagai jenis alasan lain utk sembahyang di rumah...
7. Janji nak bersenam, rasanya ini tak perlu hurai...

Situasi B....
Janji nak pergi
a. tgk wayang
b. karaoke
c. kedai kopi mengumpat
d. aktiviti yg mendekati maksiat,

ia selalu menjadi, dan minda tidak lupa, bahkan segala jenis halangan tak dpt hindarkan seseorang itu tiba di tempat sepatutnya.

Apabila anda terfikir nak buat sesuatu kebaikan, syaitan akan selalu membisik dan menangguhkan dgn perkara remeh.

Apabila anda terfikir hendak melakukan perkara yg membuang masa dan maksiat, syaitan akan membisik utk menggalakkannya.

Org yg kuat imannya dan taqwa kpd Allah apabila di situasi B, akan timbul perasaan bersalah, jiwanya akan melawan bisikan syaitan.

Org yg kuat imannya dan taqwa kpd Allah apabila di situasi A, jiwanya akan memberitahunya usah melayan bisikan syaitan yg menggalakkan kemalasan dan membazir waktu, dan menggalakkannya menjadi seorg yg rajin.

Org yg tidak kuat imannya dan mentalnya akan mengalah pd bisikan syaitan, akhirnya menjadi umat yg malas, suka membazir masa dan mudah terjebak dalam maksiat.

Sedarlah tentang peranan syaitan dan kuatkan ibadah dan rapatkan diri dgn Allah utk melawan bisikan syaitan ini. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Banyakkan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

Rajin, disiplin, konsisten, sabar dan SENYUM senantiasa adalah nilai yg sentiasa kelihatan pd mereka yg beriman. Sekadar perkongsian utk pagi ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nota: 

-indeed-
apa yang menjadi sunnah Rasulullah SAWada hikmahnya.. 
hatta senyum.. 
fitrah manusia, suka senyum... 

otot muka untuk menjadikan muka masam lebih banyak digunakan 
berbanding otot muka untuk senyum adalah lebih sedikit dan mudah!
kenapa perlu membazir guna otot2 muka saudaraku.. 

hari ini, 
mulalah kita senyum setiap masa,
paling penting senyum untuk diri sendiri.. 
hargailah senyuman yang ada pada diri.. 
jika manusia tidak senyum padamu, tak perlu susah hati..
kita bersangka baik sahaja...
senyum itu terapi minda.. 
senyum itu sedekah.. Alhamdulillah... 

(^_^)

Tuesday, January 17, 2012

Muslim yang paling baik

Bismillahirrahmanirrahim,

Abu Musa al-Asy’ari berkata,”Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?’ Baginda menjawab “Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan (kata-kata) ataupun dengan tangan (tindakannya)” (Riwayat Bukhari).

Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)

Muslim yang paling baik tidak menyusahkan orang lain melalui tangannya iaitu tindakannya. Dia tidak akan meletakkan kenderaannya hingga menggangu lalulintas. Dia tidak akan membunyikan honnya dengan kuat sehingga menyebabkan orang lain terkejut.

Muslim yang paling baik tidak mencela muslim yang lain melalui lisannya. Dia tidak akan memfitnah sesama Islam. Muslim yang baik juga tidak mempunyai hasad dengki sesama sendiri.

Islam melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor dan menggunakan anggota lain untuk menyakiti orang Islam yang lain.

Berakhlaklah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam AlQuran. Akhlak Muslim yang mulia itu berat timbangannya. Amalan yang dilakukan beserta akhlak yang baik, walaupun sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.

Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda“Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).

Akhlak adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), yang tidak boleh ditimbang secara zahirnya. Namun Allah boleh menimbang perkara yang abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut.

Amalan yang banyak tetapi disertai dengan akhlak yang buruk pula mengurangkan pahala. Pernah Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa siang hari dan di malam harinya sembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.

artikel asal- http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/01/16/muslim-yang-paling-baik/

nota:

Saudaraku,
ku sedari, ku bukan muslim yang baik,
maafkan daku bilaku menyakitimu dengan lisan atau perbuatan.

maafkan daku...
Ya Allah, ampuni dosa-dosa ku,
ku insan yang lemah,
kalah dengan  nafsu dan iman yang lemah..
namun ku yakin, keampunan dan rahmatMu..
jadikan ku hamba yang sebenar hamba,
Amin allahumma amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails