mencintai kehidupan dan menghargai kehidupan.. hakikat kehidupan adalah menuju kematian.
Wednesday, January 12, 2011
sedarkah dan tahukah kita akan maksud bacaan dalam solat kita?
MATA LEBAH VS MATA LALAT


Sunday, December 19, 2010
suka yang haram walau yang halal itu banyak..
Friday, December 10, 2010
Tarbiyyah Hati: bagaimana mahu kejar akhirat tanpa dunia tercicir?


Wednesday, December 8, 2010
DIKAU HADIR...

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
Kuterima segala
Apa yang diperduga
Kini ku bersedia
Hadapi hari muka
Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba
Tajuk Nasyid : Kau Hadir
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa
Godaan IBLIS

Ketika Rasulullah SAW keluar dari Masjid Nabawi setelah selesai menunaikan solat berjemaah, baginda melihat iblis sedang berdiri di pintu masjid.
“Wahai iblis! Ada apa yang kau datang ke masjidku?” tegur Rasulullah SAW.
“Aku datang kerana Allah semata-mata,” jawab iblis.
“Apa maksudmu?” kata baginda lagi.
“Supaya kau dapat bertanyakan soalan dan aku akan menjawabnya dengan baik,” kata iblis.
Rasulullah SAW berfikir sesaat. Inilah kesempatan untuk menanyakan beberapa hal kepada iblis mengenai umat Rasulullah SAW.
“Baiklah, akan ku ajukan beberapa pertanyaan. Pertama, mengapa kau selalu menghalangi umatku untuk melaksanakan solat berjamaah?” tanya Rasulullah SAW.
“Kerana setiap kali umatmu keluar dari rumah mereka untuk menunaikan solat berjamaah di masjid, aku berasa kekalahan besar dalam diriku,” jawab iblis.
“Lalu, mengapa kau tanamkan perasaan malas dan berat bagi kaumku untuk membaca al-Quran?” tanya Rasulullah SAW lagi.
“Ya, Muhammad! Setiap kali umatmu membaca al-Quran, aku merasakan tubuhku hancur luluh dan meleleh bagai besi dibakar api,” jawab iblis.
“Apa sebabnya kau selalu mwnghalangi umatku untuk berjihad di jalan Allah?” tanya Rasulullah SAW.
ASSALAMUALAIKUM,
NAK KONGSI SEDIKIT BACAAN YANG MENARIK:
“Setiap kali umatmu berjihad di jalan Allah, aku terpaksa membelengu kakiku sampai mereka kembali. Itu sebabnya selaluku halangi mereka yang akan berjihad di jalan Allah,” jawab iblis.
“Lalu, apa mahumu sehingga kau selalu menghalangi umatku yang akan menunaikan ibadat haji?” tanya Rasulullah SAW.
“Setiap kali umatmu berangkat menunaikan ibadat haji, aku merasakan tubuhku bagai dirantai dan dikurung. Selama perjalanan hingga mereka tiba kembali ke rumah masing-masing, aku merasa terseksa dalam kurungan,” jawab iblis.
“Kemudian, mengapa kau mengekang umatku untuk mengeluarkan infak dan sedekah dan sebahagian hartanya?” tanya Rasulullah SAW.
“Ya, Muhammad! Setiap kali umatmu mengeluarkan sebahagian hartanya untuk infak dan sedekah, aku merasakan tubuhku digergaji dan di siat-siat dengan pisau. Kerana itu, aku selalu berusaha menggalkan umatmu yang akan berinfak dan bersedekah,” jawab iblis.
nauzubillahiminzalikh...
Sunday, November 21, 2010
sa'adah: [kebahagiaan dalam islam; satu renungan peribadi]

Kita seperti biasa akan mudah terasa runsing, gelisah, takut, sedih dan seumpamanya. Perasaan lemah dalam diri akan menyelubungi kita, sekiranya tidak ada bekalan kerohanian disemat dalam diri. Bahkan, kadang kala perasaan lemah hadir kerana Allah Ta'ala memang mahu menguji kita, seperti terkandung dalam Quran,
Perasaan tidak ada 'mood' kadangkala boleh membantutkan tugas harian. Bagi pelajar, tidak ada 'mood', menyebabkan malas untuk menekuni pembelajaran. Orang bekerja akan hilang tumpuan kerja.Apabila mengalami kekusutan jiwa, biasanya saya akan mencari penawar yang boleh menyembuhkannya. Amalan kerohanian seperti Ma'thurat dan Hizib Bahr merupakan suatu yang tidak boleh ditinggalkan. Saya pergi ke ISTAC tengahari tadi untuk mencari buku- buku yang boleh menambah perisa ketenangan jiwa. Kadang kala kerja dengan 'penjara' masa pejabat 8.45 pg- 5.45 ptg boleh 'membunuh' jiwa yang memberontak. Sebab itu kebebasan sangat penting dalam Islam, apatah lagi dalam proses mencari kebenaran dan memantapkannya.
Memang, sesetengah orang lega apabila dapat 'bercanda' dengan buku. Bahkan, apabila dapat menerokai ilmu dan dikurniakan sebuah kefahaman yang hakiki dalam agama, boleh menambah ketenangan dalam jiwa kita. Itu juga yang dinamakan penambahbaikan dalam prestasi Iman kita.
Hampir 6 majalah Hikmah, 2 jurnal Shajarah dan 1 buku karya Prof Naquib, 'Prolegomena To The Metaphisics of Islam' saya kaut untuk koleksi bahan bacaan. Ternyata, dengan bacaan yang singkat tetapi tekun tentang tajuk 'Kebahagiaan dalam Islam, tulisan Dr Wan Azhar' menyuntik rasa lega dalam diri. Kebahagian dalam Islam bukan seperti yang difahami oleh kebudayaan Barat, iaitu kebahagiaan keduniaan.

Teori Hirarki Abraham Maslow ternyata sekadar tersekat kepada kepuasan 'self- actualization' sebagai maqam paling tinggi bagi kebahagian manusia. Bagi mereka, jika ada nilai kepuasan peribadi yang digambarkan melalui pencapaian keduniaan, seperti cemerlang peperiksaan, gaji naik, pangkat naik, berkahwin, dipuji dan puja, lalu menerbitkan kebahagiaan dalam jiwa. Kita mudah 'tenang' dan 'bahagia' jika memperoleh berita gembira. Namun, peringkat itu boleh musnah sekelip mata, jika tidak ada lagi 'berita gembira' tersebut.
Dalam Islam, kebahagiaan hakiki ialah yang bersifat ukhrawi. Yang dimaksudkan itu bukan sekadar melalui amalan ibadat kita boleh melihat wajah Allah kelak di syurga, bahkan elemen kebahagiaan juga apabila darjat keyakinan kita kepada kebenaran mutlak semakin kukuh dan bertambah yakin. Prinsip kebenaran mutlak tidak ada dalam kebudayaan Barat yang sekular.
Kita bertambah yakin jika kita tahu bahawa setiap ujian jiwa, kesedihan, malapetaka, tidak ada 'mood' dan seumpamanya adalah ujian dari Allah Ta'ala yang menguji hambanya. Jika dalam kebudayaan Barat, semua itu adalah 'tragedi' jiwa yang berpunca daripada kehampaan kalbu atas Iman, yang boleh diertikan Shawqah (keperitan jiwa) lawan bagi Sa'adah (kebahagiaan dalam Islam).
Kita semakin yakin apabila memahami lebih mendalam tentang erti kebenaran itu dan tahu akar permasalahan semasa. Kekeliruan berfikir kita boleh menyumbang kepada kekusutan jiwa dan menerbitkan kekalutan tindakan.
u.j.i.a.n


Ukhuwah kita ini kerana apa?

Monday, November 15, 2010
HABIL & QABIL




