Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua'laikum wbt,
Alhamdulillah3x... sudah agak lama tidak mencoretkan apa-apa ditinta perjalanan ini.
Hidup ini ada turun dan naiknya. Iman pun adakala naik, adakala turun. bak kata, iman akan naik bila bertambah ketaatan, iman akan turun tatkala kekurangnya ketaatan. Semoga diberi kekuatan dan kemudahan Allah untuk melakukan ketaatan. Ameen ya rabbal a'lamin.
Baiklah, kembali kepada niat asal. nak share satu gambar ni, gambar ni diberi oleh seorang sahabat bila tengah berborak-borak tentang rencah kehidupan. bagi saya, ia sangat berguna dan memberi peringatan dikala kita lupa, dan secara tidak langsung memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. tiada yang kekal, dan hak milik kita, kita hanya mengusahakan sahaja, hasilnya kita ambil diakhirat nanti. hadapi hidup dengan penuh kesabaran, bersyukur dan bahagia dengan apa yang dikurniakan Allah. bersyukur dengan keluarga kita, sahabat kita, guru-guru kita dan semuanyalah.^^
Yang paling utama bersyukur kita kepada Allah letakkan dalam Islam. semoga menjadi muslim yang sejati.. baiklah, banyak pulak bercelotehnya..
scatch ni adalah gambar tentang matlamat hidup kita.Matlamat sebagai seorang hamba Allah dan peranan sebagai seorang muslimah dimata Allah dan manusia.
matlamat hidup seorang muslim |
Penjelasan untuk gambar ni:
kita hidup dgn sumber Al-Quran dan AsSunnah. lepas Al Quran dan AsSunnah tu roda kehidupan kita (dgn peranan yg spatutnya). yang chicken2 pox tu adalah ujian yang melanda dalam usaha kita nak melaksanakan peranan berdasarkan quran dan sunnah, contoh-contoh ujian yg melanda tu dah tulis kat luar roda tu. then lepas tu kubur (kita mati). Ditunjukkan dalam kubur kita ni rehat or tunggu azab neraka .then hari kiamat semua dibangkitkan dipadang mahsyar, hisab semua, then lalu atas siraatul mustaqim. bulat-bulat tu manusia yg jatuh dalam neraka dan yang terbang-terbang tu yg amal soleh byk (mcm nabi2,sahabat n org soleh).ada yang jalan sikit terus jatuh, ada yg slow-slow dan mcm2 . then kalau yg tetap aqidah tapi banyak dosa (ada iman sebesar biji sawi), silalah masuk neraka bayar hutang dulu (bertahun-tahun), then masuk telaga kausar bersihkan diri baru leh masuk syurga.
bila baca dan hayati betul-betul gambar ni, rasa nak menangis, dah banyak perkara kita sia-siakan dalam hidup kita. bila sebut neraka pun dah gerun. tinggal disana bukan sekejap, apinya sangat panas, sampai berwarna hitam. Allahurabbi... semoga Allah mengampuni dosa-dosa dan kesalahan kita. Dan memandang kita dengan rahmatNya bukan kemurkaanNya..Ameen3x... T_T
maaf jika bahasa tidak menepati standard bahasa melayu yang betul, saya hanya membaiki ayat-ayat supaya tidak terlalu ringkas dan seperti sms. untuk ubah saya tidak mampu, kerana takut akan mengubah makna ayat.
kredit kepada yang memberi penjelasan ini. semoga ditimbang sebagai amalan yang bermanfaat.
semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua tentang matlamat hidup kita semua.
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment