Disuatu malam, ketika menunggu anak saudara keluar dari tempat kerja. saya dan kakak berhenti minum sekejap di suatu kedai makan. sekadar minum. sementara minum, sempat mata ini membelek dan menatap tangan-tangan kakak. spontan keluar pertanyaan ini.. 'tangan k.ngah ni nampak kasar dan keras, anak-anak k.ngah tak pernah tengok ka tangan k.ngah?. jika dilihat, tidak seperti tangan seorang wanita yang lembut dan mulus itu.
ya, saya ingin bercerita tentang seorang susuk ini, kakak saya. yang merupakan seorang anak, ibu, mertua dan saudara kandung saya. jika dilihat perjalanan hidupnya, bak kata 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya'. walaupun dahulu dia berkahwin dan mempunyai suami. selama melayari bahtera selama 20 tahun, dengan izin Allah. mereka bercerai. kerana sudah tiada persefahaman dan halatuju yang jelas ingin dibawa. seumpama seorang ingin ke timur dan seorang ingin ke barat. baiklah, bukan ingin mencerita perihal kisah perkahwinan mereka. tetapi akan kecekalan dan ketabahan seorang ibu membesarkan anak-anak. dengan titik peluhnya. pelbagai kerja dilakukan. kerja kedai makan, memasak, kerja menjahit baju, menjahit sulaman dan sehinggalah sekarang menoreh getah. bila ditanya, kenapa lakukan semua ini?, jawabnya 'demi anak-anak'... sebak hati ini. ya, tangannya sangat kasar. jika dilihat, umpama tangan lelaki.
apa jawapan kakak saya, bila ditanya ada anak-anak tengok tangan k.ngah?. jawabnya, tak dak pun, mana depa nak tengok tangan ni, yang tau nak itu nak ini.. hurmm.. wahai kakak, bersabarlah. mungkin mereka tidak berkata apa-apa, pastinya Allah sudah campakkan kesedaran dan Hidayah allah kepada anak-anak k.ngah. Alhamdulillah, sudah ada sedikit perubahan dalam hidup k.ngah. saya tumpang gembira. wahai k.ngah, Allah telah menilai segala amalan dan kebajikan k.ngah kepada anak-anak. semoga kita sama-sama menjaga amalan kita dengan terus ikhlas semata-mata kerana Allah dan menemui kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
wassalam,
dari adikmu yang hanya banyak memerhati dan mendoakan.
'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'
nota:
-maaf, saya sebenarnya sedikit negatif tentang perkahwinan, mungkin kerana realiti kehidupan yang dihadapi di depan mata-
-walaubagaimanapun, kepada sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan dan akan melangsungkan dalam masa terdekat. barakallah. semoga Allah menghimpunkan dalam keberkatan dan Rahmat.
Masyaallah.. rindunya dengan tangan arwah mak saya.. saya akui dia banyak bersusah payah buat macam2 kerja.. dulu boleh belek2 tangan kasar dia.. pernah sekali dia mengadu tercucuk selumbar, mintak tolong keluarkan sebab mata mak tak berapa nampak.. tapi sekarang tinggal kenangan aje.. terima kasih mak sebab lahirkan dan didik kami adik beradik, al-Fatihah buat mak saya Sarah Salim,
ReplyDelete