Monday, June 10, 2013

Maryam:96



Ameen allahumma ameen.
senyum.


sunnah seorang pejuang - Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

nota:
kebetulan dengar di radio. Alhamdulillah masih diberi nikmat mendengar dan penghayatan akan lirik lagu ini. semoga menjadi inspirasi saya dan yang lain. semoga bermanfaat. 

Thursday, June 6, 2013

Jewels of The Qur'an - Inspirations From Those Nearest to Allah - Yasmin Mogahed



my comment:
nice, many beneficial input. may Allah give the strength from day to day. 'bismillahi tawakkal tua'lallah'.

Saturday, June 1, 2013

kasih seorang ibu - tangan yang berbicara

Disuatu malam, ketika menunggu anak saudara keluar dari tempat kerja. saya dan kakak berhenti minum sekejap di suatu kedai makan. sekadar minum. sementara minum, sempat mata ini membelek dan menatap tangan-tangan kakak. spontan keluar pertanyaan ini.. 'tangan k.ngah ni nampak kasar dan keras, anak-anak k.ngah tak pernah tengok ka tangan k.ngah?. jika dilihat, tidak seperti tangan seorang wanita yang lembut dan mulus itu. 

ya, saya ingin bercerita tentang seorang susuk ini, kakak saya. yang merupakan seorang anak, ibu, mertua dan saudara kandung saya. jika dilihat perjalanan hidupnya, bak kata 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya'. walaupun dahulu dia berkahwin dan mempunyai suami. selama melayari bahtera selama 20 tahun, dengan izin Allah. mereka bercerai. kerana sudah tiada persefahaman dan halatuju yang jelas ingin dibawa. seumpama seorang ingin ke timur dan seorang ingin ke barat. baiklah, bukan ingin mencerita perihal kisah perkahwinan mereka.  tetapi akan kecekalan dan ketabahan seorang ibu membesarkan anak-anak. dengan titik peluhnya. pelbagai kerja dilakukan. kerja kedai makan, memasak, kerja menjahit baju, menjahit sulaman dan sehinggalah sekarang menoreh getah. bila ditanya, kenapa lakukan semua ini?, jawabnya 'demi anak-anak'... sebak hati ini. ya, tangannya sangat kasar. jika dilihat, umpama tangan lelaki. 

apa jawapan kakak saya, bila ditanya ada anak-anak tengok tangan k.ngah?. jawabnya, tak dak pun, mana depa nak tengok tangan ni, yang tau nak itu nak ini.. hurmm.. wahai kakak, bersabarlah. mungkin mereka tidak berkata apa-apa, pastinya Allah sudah campakkan kesedaran dan Hidayah allah kepada anak-anak k.ngah. Alhamdulillah, sudah ada sedikit perubahan dalam hidup k.ngah. saya tumpang gembira. wahai k.ngah, Allah telah menilai segala amalan dan kebajikan k.ngah kepada anak-anak. semoga kita sama-sama menjaga amalan kita dengan terus ikhlas semata-mata kerana Allah dan menemui kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 

wassalam, 
dari adikmu yang hanya banyak memerhati dan mendoakan.
'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' 

nota:
-maaf, saya sebenarnya sedikit negatif tentang perkahwinan, mungkin kerana realiti kehidupan yang dihadapi di depan mata-

-walaubagaimanapun, kepada sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan dan akan melangsungkan dalam masa terdekat. barakallah. semoga Allah menghimpunkan dalam keberkatan dan Rahmat. 

perasaan itu sering meyulam rasa

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

dikala ini ,
tika sinar menyinsing,
perasaan itu datang kembali,
pada titik kelemahan,
dan ia juga titik kekuatan,
tiada dayaku,
ya Rabb,

lahawla walla quwwata illa billah
tiada kekuatan melainkan
kekuatan dari yang maha Penyayang dan Maha Kuat
T_T

i prayed for peace today....

Thursday, May 30, 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails