Thursday, September 23, 2010

MANA MILIK KITA?

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya


Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

~rabbani - mana milik kita


Sunday, August 15, 2010

Bingkisan doa buat hatiku yang resah tiada penghujung


Sekiranya kita cinta kepada manusia,

Tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,

Nescaya cinta allah tiada penghujungnya.


Sekiranya kita cinta kepada manusia,

Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai

Orang yang kita cintai,


Tetapi sekiranya kita cinta kepada allah,

Kita akan turut mencintai

Orang yang melabuhkan cintanya kepada allah juga.


Ya allah,

Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan Oleh-mu kepadaku,

Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah Kerana-mu,

Dan campakkanlah dalam hatinya,

Cinta kepadaku adalah kerana-mu.


Namun,

Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,

Berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,

Yang kau berikan kepadaku.


Ya allah,

Jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-mu.


Ya muhaimin,

Jika aku jatuh cinta,

Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-mu.


Ya rabbana,

Jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-mu.


Ya rabbul izzati,

Jika aku rindu,

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.


Ya allah,

Jika aku rindu,

Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-mu.


Ya allah,

Jika aku menikmati cinta kekasih-mu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-mu


Ya allah,

Jika aku jatuh hati pada kekasih-mu,

Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-mu.


Ya allah,

Jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-mu.

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

Mari kita study sikit tentang puasa ni:
Buat revision sikit, kot-kot ada yang terlupa atau tertinggal..
boleh buka kat link ni:
silakan...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa

KERUGIAN MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN
Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Tuesday, July 27, 2010

DOA PENAWAR HATI DUKA

"Ya Allah! Sessungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu dan anak hamba perempuanMu. Ubun ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.Aku mohon kepadaMu dengan setiap Nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, Engkau jadikanlah Al-Qur'an sebagai penenang hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihankanku."

(HR Ahmad)

Friday, July 16, 2010

B.E.L.I.E.F












sayu hati.. kenapa?



RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya. Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

Ibadat tidak berkualiti.

Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah. Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

Hati yang tidak khusyuk.

Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat. Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

Berlebihan dengan perkara yang mubah.

Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala. Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

Tidak menghadiri majlis ilmu.

Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya? Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan.

Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.

Sunday, February 28, 2010

..SILATURRAHIM..


Sejenak merenung usia insan, senantiasa kehidupan insan ditemani manusia disekelilingnya, bergelar keluarga,teman,jiran dan orang ramai.

Apabila merenung lebih dekat pada hakikat insan, kita selalu berdepan dengan 'silaturrahim'. Ramai orang melafazkan kalimah ini, tetapi tidak pernah mendalami maksud yang tersirat disebalik perkataan mulia ini. Sebenarnya perkataan 'silaturrahim' berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ikatan kasih(perhubungan).

Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.
(Shahih Muslim No.4635)
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : "Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antar mereka terdapat garis nasab (keturunan), baik berhak mewarisi atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak".
Hati mana yang tidak suka apabila berselisihan atau bertemu, empunya diri disapa dan didoakan dengan kebaikan? Sekalipun daripada individu yang tidak dikenali, sapaan salam dengan wajah manis pastinya mendamaikan jiwa, malah boleh menjadi pencetus untuk bermulanya satu ikatan persaudaraan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidaklah kalian akan masuk syurga hingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya niscaya kalian akan saling mencintai? iaitu sebarkan salam di antara kalian. [Sahih Muslim – no:54]

Usaha menghubungkan silaturrahim bermula dari ucapan salam seterusnya kepada tanggungjawab kita keatas saudara kita.

Bagaimanakah ikatan hubungan kita dengan ahli keluarga kita, rakan-rakan, jiran kita dan manusia disekeliling kita?

Hakikatnya manusia hidup saling bergantung dalam menjayakan proses yang dinamakan kehidupan. Benarlah ungkapan 'Rakyat yang baik terhasil dari pemimpin yang mulia'. Lihatlah kehebatan kepimpinan terbaik oleh Rasul s.a.w, yang masyhur, hinggakan seluruh dunia mengaguminya dan mengenalinya. Apakah rahsia kejayaan baginda?

Bukan dengan pedang atau hiburan, tetapi senjata yang bernama Aqidah. Payung yang melindungi mereka dari panas neraka dan kejahatan syaitan. Aqidah yang suci meneduhkan setiap orang yang berteduh dibawahnya.

Ketahuilah Aqidah adalah ikatan yang paling teguh dalam menghubungkan jiwa2 manusia.

Dari Abu Musa ra. dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bahagiannya saling menguatkan bahagian yang lain.
(Shahih Muslim No.4684)

Percayalah, kekuatan mukmin akan lahir selepas kecintaan dipupuk dan silaturrahim ditiikat.

Dari Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam.
(Shahih Muslim No.4685)

Oleh itu:-

Jika hari ini, Negara Islam seperti Palestin ditindas, tidak cukup hanya kita bersedih deminya. Ibarat jika tubuh kita terluka, tidak cukup hanya menangis kesakitan, tetapi bertindak menyembuhkannya.Ungkapan yg dirasakan jelas.

Jangan tengggelam dalam kesibukan dunia lantaran melupakan penderitaan saudara kita. Ingatlah kita diibaratkan satu anggota. Saling bergantung utk hidup.

Jika hari ini Agama kita dicabar, maka bangunlah menentang pencabar dan hapusakan kemaraan mereka. Bina tembok silaturrahim dikalangan umat Islam. Kita bersatu bukan diatas bendera Politik, tetapi kita bersatu diatas kalimah Tauhid~ لااله الا اله محمد الرسول الله~
Seandainya kita berlumba-lumba utk membela kaum kita, nescaya tidak terbela. Kerana terbelanya suatu kaum tak semestinya terbelanya Islam, tetapi jika terbelanya Islam, maka pasti kaum kita akan dibela.
Bersatunya umat Islam adalah atas dasar keimanan. Jalinan yg dibina atas dasar kasih sayang hanya dikecapi sesama umat Islam dan tidak dikongsikan dengan orang-orang kafir.
Allah berfirman:-

"Artinya : Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ayah-ayah, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka". [Al-Mujadillah : 22].

Maksud ayat yang mulia ini -sebagaimana disebutkan oleh Imam Ar-Razi- adalah bahwasanya tidak akan bertemu antara iman dengan kecintaan kepada musuh-musuh Allah iaitu (kafir). Kerana jika seseorang mencintai orang lain, maka tidak mungkin ia akan mencintai musuh orang tersebut (maksudnya,jika kita mencintai Allah, nescaya kita pasti akan memusuhi orang-orang kafir) [At-Tafsirul Kabir, 29/276. Lihat pula, Fathul Qadir, 5/272]
Ketahuilah~ Dunia hanya persinggahan sementara. Namun kasih sayang yang terjalin dan ikatan yang dibina atas dasar Iman,akan kekal selamanya.
" Disini boleh kita simpulkan bahawa Silaturrahim hanya wujud dikalangan mukmin. Diatas alasan tauhid menjadi titik pertemuan suatu hubungan. Ketahuilah bahawa Silaturrahim adalah satu hubungan yg sgt bermakna didalam Islam.
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abdullah bin Ahmad, Al-Bazzar dan Ath-Thabrani dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:

"Ertinya :Barangsiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rizkinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim"
Dalil lain adalah riwayat Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu ia berkata:-

Ertinya : Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, niscaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rizkinya dan dicintai oleh keluarganya"

Monday, February 22, 2010

..:KEMBARA '10::..



MAULIDUR RASUL


..KEMBALI KE MADRASAH RASULULLAH S.A.W..
KEMBARA'10 @ UMP
25 - 28 FEBRUARI 2010
JOM..JOM... PAKAT2 Pi & IKUT SERTA...
RUGI KLU X Pi...
*ADA... KONSERT,
*ADA... PERTANDINGAN SEPANDUK,
ADA...
*PERTANDINGAN KHUTBAH, HAFAZAN, TILAWAH, KUIZ SIRAH PUN ADA,
ADA... AMAZING RACE,
ADA... AKTIVITI SEMALAM BERSAMA MASJID,
MAI..MAI.. PAKAT Pi..
KLU MINAT NK JOIN,
BOLEH CONTACT AJK KT DALAM FLYERS NI...
APA LAGI...
MACAM-MACAM ADA...















Wednesday, February 3, 2010

RISALAH TA'LIM (SIRI 1)

Risalah Ta’lim Oleh Imam Hasan Al Banna :: (Ringkasan)

Wahai akh yang benar dalam dakwahnya:
Keimanan kamu dengan bai'ah ini mewajibkan agar kamu menunaikan
beberapa kewajipan di bawah sehinggalah kamu menjadi satu sudut
yang kukuh dalam binaan Islam ini. Kewajipan itu adalah:

1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak
kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu
menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak
kurang dari tiga hari.

2. Hendaklah kamu perelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan
mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu
dengan mempelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf,
paling kurang bacalah kitab `Humatul Islam'. Hendaklah juga kamu
banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang
empat puluh hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh
pilihan an-Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul akidah dan
cabang-cabang fekah.

3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan
setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur
kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur
pembawa penyakit.

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain
minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Janganlah sekali-kali merokok.

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada
dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat
kerja. Agama dibina atas asas kebersihan.

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata.
Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung
kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang
dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui
kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika
marah.

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Kewarakan kamu
tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun suka dalam
senyuman.

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat
terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan
yang pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua
(keburukan). Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam
perkara yang bukan mendatang kehinaan, ketundukan dan pendustaan.
Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji sebenarnya agar kamu
dapat sampai kepada darjat tawadhuk.

Thursday, January 28, 2010

SEBAB APER???

SESEORANG PEMIMPIN ITU DI IKUTI KERANA BEBERAPA SEBAB:
1.KERANA KEBENARANNYA

2. KERANA KUASANYA

3. KERANA ADA SESUATU YANG ORANG HARAPKAN DARINYA

4. KERANA ORANG FANATIK DENGANNYA

5. KERANA KEJAHILAN ORANG YANG MENGIKUTINYA

6. KERANA ORANG TERHUTANG BUDI KEPADANYA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails