Tuesday, April 3, 2012

Daripada buku 'Aura Iman' -- [1]

Bismillahirrahmanirrahim,


bila fikiran tepu dengan tugasan
ingin di rehatkan sedikit minda ini
dibaca buku 'aura iman'
penuh dengan peringatan 
dan kata-kata perangsang untuk meniti kehidupan ini.


Antaranya 
kata pepatah Parsi (Iran), 'berfikir adalah sesuatu yang bijak, merancang adalah lebih bijak, tetapi melakukan yang terbaik adalah yang paling bijak antara kesemuanya'

kata Mahatma Gandhi, 'kebahagiaan bergantung pada apa yang anda sumbangkan, bukannya apa yang anda dapat'
wahai anakku, ingatllah Allah SWT banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingatiNya.Anakku,ingatlah dosa-dosa yang telah dilakukan dan perbuatan-perbuatanmu. Larilah kepada Allah daripada dosa-dosa dan janganlah kamu menganggap amalan baikmu sudah banyak. Taatilah Allah SWT kerana barang siapa yang mentaatiNya, Allah akan selesaikan setiap urusannya dan melindunginya daripada makhluk-makhlukNya. (wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya).


hadith riwayat muslim:
'Allah SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus) kepada jin, manusia dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas kasihan dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas anak-anaknya. Dan Allah SWT menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti' 

nota:

ada pelbagai cara untuk rehatkan minda, 
semoga apa yang kita buat Allah redha
kerana bila Allah redha, 
kerja kita akan dipermudahkan insya Allah..
sukar bukan bermaksud kita tidak diredha,
mungkin Allah hanya ingin menguji kesabaran kita, 
Allah dengan hikmahNya, 

senyum selalu, 
jom sambung buat kerja! 
kerana Allah 

(^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails