Monday, April 16, 2012

Hargai Apa Yang Kita Miliki


Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?     Macam mana pula kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput PALING cantik sekali,bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, makanya saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik".

Cikgu: Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang telah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

HARGAILAH SAHABAT YANG KITA MILIKI SEBELUM KEHILANGANNYA....

WA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails