Sunday, December 19, 2010

suka yang haram walau yang halal itu banyak..


Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepasmembaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolakpermintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidakbermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian.Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-videoyang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamudan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yangtidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abangberkata kepada adiknya,“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kitadengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya danmemujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas darioven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu salingberpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayahdah lembut hati,” bisik hati mereka.“Itulah sebabnya ayah membuatbrownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yangpaling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itumenjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahanistimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpaioleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakangrumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahajabahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamutak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri ituialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalampinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahianjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalaudibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Iasudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan bolehperasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lainmenjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”
“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berduapergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidakbermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu?

Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kitamenonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri,fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudahitu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Allahu 'Alam.

sumber: rakan facebook

Friday, December 10, 2010

Tarbiyyah Hati: bagaimana mahu kejar akhirat tanpa dunia tercicir?


Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar

hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya,

maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.”


Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya.

Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.

Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk ALLAH Ta’ala dan tidak ada selain DIA yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.
Nikmat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Seluruh urusan hidupnya lancar

Allah SWT memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yg tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapapun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.

2. Kaya hati

Nikmat yang paling agung adalah kaya hati, sebab Rasulullah SAW bersabda dalam hadith sahih, yang ertinya;

“ Kekayaan hakiki bukan bererti harta melimpah. Tapi, kekayaan ialah kekayaan hati” (HR. Muslim)

Imam Al Manawi berkata; maksudnya, kekayaan terpuji itu bukan banyak harta dan kebendaan. Ini kerana banyak sekali manusia dijadikan kaya oleh Allah, namun kekayaannya yang banyak itu tidak bermanfaat baginya dan ia bercita-cita menambah kekayaannya, tanpa peduli dari mana sumbernya.

Ia seperti orang miskin, kerana begitu kuat keinginannya. Orang seperti itu miskin selama-lamanya. Tapi, kekayaan terpuji dan ideal menurut orang-orang sempurna adalah kekayaan hati.

Di riwayat lain disebutkan kekayaan jiwa. Maksudnya, orang yang punya kekayaan jiwa merasa tidak bimbang akan rezekinya, menerimanya dengan lapang dada, dan redha dengannya, tanpa memburu dan memintanya dengan menekan.

Barangsiapa di jaga jiwanya dari kerakusan, maka jiwanya tenteram, agung, mendapatkan kebersihan, kemuliaan, dan pujian. Itu semua jauh lebih baik dari kekayaan yang diterima orang yang miskin hatinya. Kekayaan membuat orang yang miskin hati terperosok dalam hal-hal hina dan perbuatan-perbuatan murahan, kerana kecilnya obsesi yang ia miliki. Akibatnya, ia menjadi orang kerdil di mata orang, hina di jiwa mereka, dan menjadi orang paling hina.

Jika seseorang punya harta yang berlimpah, namun ia tidak qana’ah (merasa cukup) dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya, maka ia hidup terengah-engah seperti binatang buas dan menjadikan hartanya sebagai tuhan baru. Sungguh, ia orang miskin sejati, kerana orang miskin ialah orang yang selalu tidak punya harta dan senantiasa merasa tidak cukup.

Dikisahkan, seseorang berkata kepada orang zuhud, Ibrahim bin Adham, lalu berkata,

“Saya ingin anda menerima jubah ini dariku.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau Anda kaya, saya mahu menerima hadiah ini. Jika anda miskin, saya tidak mahu menerimanya.” Orang itu berkata, ”saya orang kaya.”

Ibrahim bin Adham berkata, ”Anda punya jubah berapa?” Orang itu menjawab,”Dua ribu jubah.” Ibrahim bin Adham berkata,”Apakah Anda ingin punya empat ribu jubah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau begitu anda miskin (kerana masih memerlukan jubah lebih banyak lagi). Saya tidak mahu menerima hadiah jubah ini darimu.”

3. Dunia datang kepadanya

Saat ia lari dari dunia, justru dunia mengejarnya dalam keadaan tunduk. Seperti yang dikatakan Ibnu Al-jauzi,

” Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindar darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang (rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.”

Sedang orang yang dunia menjadi obsesinya, ia hanya memikirkan dunia, bekerja kerananya, peduli kepadanya, tidak bahagia kecuali kerananya, tidak berteman dan memusuhi orang kerananya. Akibatnya, ia dihukum Allah dengan tiga hukuman;

1. Urusannya kacau

Allah SWT mengacaukan semua urusannya. Hatinya menjadi gundah tidak tenang, fikirannya kacau, jiwanya goncang dan kalut dalam pelbagai hal. Allah SWT mengacaukan hartanya, mengacaukan anak-anak dan pasangannya. Allah SWT membuat manusia antipati kepadanya. Tidak ada seorangpun yang mencintainya sebab Allah SWT menentukannya dibenci orang di bumi.

2. Selalu miskin

Hukuman ini membuatnya selalu tidak puas, padahal memiliki harta banyak. Ia senantiasa merasa miskin. Dan itu menjadikannya lari hingga terengah-engah di belakang harta.

3. Dunia lari darinya

Dunia selalu lari darinya. Ia memburu dunia namun dijauhi dan ia berlari dibelakangnya, persis seperti orang yang mengira fatamorgana itu air. Ketika ia tiba di fatamorgana, ia tidak mendapatkan apa-apa.

Inilah yang membuat Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu berkata, “Obsesi dunia itu kegelapan di hati, sedang obsesi kepada akhirat itu cahaya di hati.”

Bagaimana karakteristik dari orang-orang yang terobsesi pada akhirat?

Kita dapat mengukur dengan membandingkannya pada diri kita.
Sebelumnya mengenai hal ini, ada tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:

1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.
Mereka mebuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan digenggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.

2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat
Mereka begitu cinta dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka

3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.
Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.


Tentunya kita tidak ingin masuk ke dalam kelompok kedua dan ketiga, kerananya kita perlu mengetahui karakteristik kelompok pertama iaitu orang-orang yang berjaya.

Karakteristik dari kelompok pertama antara lain:

1. Sedih kerana akhirat
Sedih kerana akhirat membuatkan seseorang memiliki perasaan takut kepada Allah Ta’ala m
enghisab dirinya pada Hari Kiamat, lalu ia menghisab dirinya sebelum ia dihisab kelak di akhirat.

2. Selalu mengadakan Muhasabah (evaluasi diri)
Umar bin Khattab ra berkata “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab. Timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Dan, bersiap-siaplah menghadapi Hari Kiamat.”

3. Selalu beramal untuk akhirat
Amal soleh bukan hanya solat, puasa, membaca Al-qur’an dan dzikir, tapi amal soleh adalah apa saja yang dicintai Allah Ta’ala.

4. Tersentuh dan sensitif melihat pemandangan kematian
Seorang tabi’in Ibrahim An Nakhai berkata, “Jika kami datang ke rumah orang yang meninggal dunia atau mendengar ada orang yang meninggal dunia, hal itu membekas pada kami hingga berhari-hari, kerana kami tahu ada sesuatu (ajal) datang pada orang tersebut, lalu membawanya ke syurga atau neraka”

Itulah pengingat bagi kita semua, bahawa sesungguhnya kehidupan ini adalah jalan untuk kembali kepada Allah, sekolah yang laporannya nanti akan diserahkan di akhirat. Mari kita sama-sama mengevaluasi diri kita, selalu meluruskan niat kita hanya kepada Allah dan berdoa kepada-Nya memohon ketetapan ima
n di hati sampai pada hari penutup kita nanti.

“Yaa muqollibalquluub tsabbit qolbiy alaa diinika” Wahai Dzat yang membolak-balik hati, kukuhkan hatiku tetap berada di atas agamamu

Sumber: Halaqah Muntijah

Wednesday, December 8, 2010

DIKAU HADIR...


Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Kini ku bersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Tajuk Nasyid : Kau Hadir
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa

Godaan IBLIS


Ketika Rasulullah SAW keluar dari Masjid Nabawi setelah selesai menunaikan solat berjemaah, baginda melihat iblis sedang berdiri di pintu masjid.

“Wahai iblis! Ada apa yang kau datang ke masjidku?” tegur Rasulullah SAW.

“Aku datang kerana Allah semata-mata,” jawab iblis.

“Apa maksudmu?” kata baginda lagi.

“Supaya kau dapat bertanyakan soalan dan aku akan menjawabnya dengan baik,” kata iblis.

Rasulullah SAW berfikir sesaat. Inilah kesempatan untuk menanyakan beberapa hal kepada iblis mengenai umat Rasulullah SAW.

“Baiklah, akan ku ajukan beberapa pertanyaan. Pertama, mengapa kau selalu menghalangi umatku untuk melaksanakan solat berjamaah?” tanya Rasulullah SAW.

“Kerana setiap kali umatmu keluar dari rumah mereka untuk menunaikan solat berjamaah di masjid, aku berasa kekalahan besar dalam diriku,” jawab iblis.

“Lalu, mengapa kau tanamkan perasaan malas dan berat bagi kaumku untuk membaca al-Quran?” tanya Rasulullah SAW lagi.

“Ya, Muhammad! Setiap kali umatmu membaca al-Quran, aku merasakan tubuhku hancur luluh dan meleleh bagai besi dibakar api,” jawab iblis.

“Apa sebabnya kau selalu mwnghalangi umatku untuk berjihad di jalan Allah?” tanya Rasulullah SAW.

ASSALAMUALAIKUM,

NAK KONGSI SEDIKIT BACAAN YANG MENARIK:


“Setiap kali umatmu berjihad di jalan Allah, aku terpaksa membelengu kakiku sampai mereka kembali. Itu sebabnya selaluku halangi mereka yang akan berjihad di jalan Allah,” jawab iblis.

“Lalu, apa mahumu sehingga kau selalu menghalangi umatku yang akan menunaikan ibadat haji?” tanya Rasulullah SAW.

“Setiap kali umatmu berangkat menunaikan ibadat haji, aku merasakan tubuhku bagai dirantai dan dikurung. Selama perjalanan hingga mereka tiba kembali ke rumah masing-masing, aku merasa terseksa dalam kurungan,” jawab iblis.

“Kemudian, mengapa kau mengekang umatku untuk mengeluarkan infak dan sedekah dan sebahagian hartanya?” tanya Rasulullah SAW.

“Ya, Muhammad! Setiap kali umatmu mengeluarkan sebahagian hartanya untuk infak dan sedekah, aku merasakan tubuhku digergaji dan di siat-siat dengan pisau. Kerana itu, aku selalu berusaha menggalkan umatmu yang akan berinfak dan bersedekah,” jawab iblis.

nauzubillahiminzalikh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails