Sunday, February 28, 2010

..SILATURRAHIM..


Sejenak merenung usia insan, senantiasa kehidupan insan ditemani manusia disekelilingnya, bergelar keluarga,teman,jiran dan orang ramai.

Apabila merenung lebih dekat pada hakikat insan, kita selalu berdepan dengan 'silaturrahim'. Ramai orang melafazkan kalimah ini, tetapi tidak pernah mendalami maksud yang tersirat disebalik perkataan mulia ini. Sebenarnya perkataan 'silaturrahim' berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud ikatan kasih(perhubungan).

Dari Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada arsy, ia berkata: Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.
(Shahih Muslim No.4635)
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : "Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antar mereka terdapat garis nasab (keturunan), baik berhak mewarisi atau tidak, dan sebagai mahram atau tidak".
Hati mana yang tidak suka apabila berselisihan atau bertemu, empunya diri disapa dan didoakan dengan kebaikan? Sekalipun daripada individu yang tidak dikenali, sapaan salam dengan wajah manis pastinya mendamaikan jiwa, malah boleh menjadi pencetus untuk bermulanya satu ikatan persaudaraan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidaklah kalian akan masuk syurga hingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya niscaya kalian akan saling mencintai? iaitu sebarkan salam di antara kalian. [Sahih Muslim – no:54]

Usaha menghubungkan silaturrahim bermula dari ucapan salam seterusnya kepada tanggungjawab kita keatas saudara kita.

Bagaimanakah ikatan hubungan kita dengan ahli keluarga kita, rakan-rakan, jiran kita dan manusia disekeliling kita?

Hakikatnya manusia hidup saling bergantung dalam menjayakan proses yang dinamakan kehidupan. Benarlah ungkapan 'Rakyat yang baik terhasil dari pemimpin yang mulia'. Lihatlah kehebatan kepimpinan terbaik oleh Rasul s.a.w, yang masyhur, hinggakan seluruh dunia mengaguminya dan mengenalinya. Apakah rahsia kejayaan baginda?

Bukan dengan pedang atau hiburan, tetapi senjata yang bernama Aqidah. Payung yang melindungi mereka dari panas neraka dan kejahatan syaitan. Aqidah yang suci meneduhkan setiap orang yang berteduh dibawahnya.

Ketahuilah Aqidah adalah ikatan yang paling teguh dalam menghubungkan jiwa2 manusia.

Dari Abu Musa ra. dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bahagiannya saling menguatkan bahagian yang lain.
(Shahih Muslim No.4684)

Percayalah, kekuatan mukmin akan lahir selepas kecintaan dipupuk dan silaturrahim ditiikat.

Dari Nukman bin Basyir ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam.
(Shahih Muslim No.4685)

Oleh itu:-

Jika hari ini, Negara Islam seperti Palestin ditindas, tidak cukup hanya kita bersedih deminya. Ibarat jika tubuh kita terluka, tidak cukup hanya menangis kesakitan, tetapi bertindak menyembuhkannya.Ungkapan yg dirasakan jelas.

Jangan tengggelam dalam kesibukan dunia lantaran melupakan penderitaan saudara kita. Ingatlah kita diibaratkan satu anggota. Saling bergantung utk hidup.

Jika hari ini Agama kita dicabar, maka bangunlah menentang pencabar dan hapusakan kemaraan mereka. Bina tembok silaturrahim dikalangan umat Islam. Kita bersatu bukan diatas bendera Politik, tetapi kita bersatu diatas kalimah Tauhid~ لااله الا اله محمد الرسول الله~
Seandainya kita berlumba-lumba utk membela kaum kita, nescaya tidak terbela. Kerana terbelanya suatu kaum tak semestinya terbelanya Islam, tetapi jika terbelanya Islam, maka pasti kaum kita akan dibela.
Bersatunya umat Islam adalah atas dasar keimanan. Jalinan yg dibina atas dasar kasih sayang hanya dikecapi sesama umat Islam dan tidak dikongsikan dengan orang-orang kafir.
Allah berfirman:-

"Artinya : Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ayah-ayah, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka". [Al-Mujadillah : 22].

Maksud ayat yang mulia ini -sebagaimana disebutkan oleh Imam Ar-Razi- adalah bahwasanya tidak akan bertemu antara iman dengan kecintaan kepada musuh-musuh Allah iaitu (kafir). Kerana jika seseorang mencintai orang lain, maka tidak mungkin ia akan mencintai musuh orang tersebut (maksudnya,jika kita mencintai Allah, nescaya kita pasti akan memusuhi orang-orang kafir) [At-Tafsirul Kabir, 29/276. Lihat pula, Fathul Qadir, 5/272]
Ketahuilah~ Dunia hanya persinggahan sementara. Namun kasih sayang yang terjalin dan ikatan yang dibina atas dasar Iman,akan kekal selamanya.
" Disini boleh kita simpulkan bahawa Silaturrahim hanya wujud dikalangan mukmin. Diatas alasan tauhid menjadi titik pertemuan suatu hubungan. Ketahuilah bahawa Silaturrahim adalah satu hubungan yg sgt bermakna didalam Islam.
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abdullah bin Ahmad, Al-Bazzar dan Ath-Thabrani dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:

"Ertinya :Barangsiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rizkinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim"
Dalil lain adalah riwayat Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu ia berkata:-

Ertinya : Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, niscaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rizkinya dan dicintai oleh keluarganya"

Monday, February 22, 2010

..:KEMBARA '10::..



MAULIDUR RASUL


..KEMBALI KE MADRASAH RASULULLAH S.A.W..
KEMBARA'10 @ UMP
25 - 28 FEBRUARI 2010
JOM..JOM... PAKAT2 Pi & IKUT SERTA...
RUGI KLU X Pi...
*ADA... KONSERT,
*ADA... PERTANDINGAN SEPANDUK,
ADA...
*PERTANDINGAN KHUTBAH, HAFAZAN, TILAWAH, KUIZ SIRAH PUN ADA,
ADA... AMAZING RACE,
ADA... AKTIVITI SEMALAM BERSAMA MASJID,
MAI..MAI.. PAKAT Pi..
KLU MINAT NK JOIN,
BOLEH CONTACT AJK KT DALAM FLYERS NI...
APA LAGI...
MACAM-MACAM ADA...















Wednesday, February 3, 2010

RISALAH TA'LIM (SIRI 1)

Risalah Ta’lim Oleh Imam Hasan Al Banna :: (Ringkasan)

Wahai akh yang benar dalam dakwahnya:
Keimanan kamu dengan bai'ah ini mewajibkan agar kamu menunaikan
beberapa kewajipan di bawah sehinggalah kamu menjadi satu sudut
yang kukuh dalam binaan Islam ini. Kewajipan itu adalah:

1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak
kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu
menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak
kurang dari tiga hari.

2. Hendaklah kamu perelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan
mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu
dengan mempelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf,
paling kurang bacalah kitab `Humatul Islam'. Hendaklah juga kamu
banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang
empat puluh hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh
pilihan an-Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul akidah dan
cabang-cabang fekah.

3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan
setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur
kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur
pembawa penyakit.

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain
minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Janganlah sekali-kali merokok.

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada
dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat
kerja. Agama dibina atas asas kebersihan.

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata.
Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung
kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang
dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui
kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika
marah.

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Kewarakan kamu
tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun suka dalam
senyuman.

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat
terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan
yang pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua
(keburukan). Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam
perkara yang bukan mendatang kehinaan, ketundukan dan pendustaan.
Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji sebenarnya agar kamu
dapat sampai kepada darjat tawadhuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails