Showing posts with label penyucian hati. Show all posts
Showing posts with label penyucian hati. Show all posts

Monday, June 18, 2012

tutuplah aib diri sendiri dan orang lain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap perbuatan maksiat dan dosa besar yang dilakukan oleh manusia boleh mendatangkan  kemurkaan Allah SWT. Kadangkala didatangkan musibah oleh Allah SWT keatas manusia berupa kemarau, banjir, jerebu, tsunami, gempa bumi dan tanah runtuh. Semua ini sebagai peringakat agar manusia memikirkan balik apakan kesalahan dan dosa yang telah mereka lakukan.

Bagi orang-orang yang beiman setiap kejadian alam berupa musibah akan dijadikan sebagai pengajaran supaya mereka boleh bermuhasabah diatas kelemaham diri sendiri,(banyak melakukan dosa) tetapi bagi orang kafir atau mereka yang lemah imannya semua peristiwa hanya dikaitkan dengan bencana alam tanpa dihubungkan dengan kemurkaan Allah SWT.

Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada para hamba-Nya masih menerima dan membuka pintu taubat bagi hamba-hambaNya yang ingin kembali bertaubat walaupun puluhan tahun melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Dalam masa yang lama Allah SWT masih menutup aib hamba-Nya dan diberi peluang untuk bertaubat.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dia tidak pernah dia meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.
Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.

Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa a.s. : "Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan."

Maka Nabi Musa a.s. pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama : "Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."

Hujan masih jua belum turun. Nabi Musa a.s.selanjutnya berbicara dengan Allah : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"

Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : "Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yg telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku menahan hujan dari turun."

Maka Nabi Musa berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"

Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."

Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"

Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.

Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah : "Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."

Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.
Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."

Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."

Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."
Kata Allah SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"

Sahabat yang dikasihi,
Jika Allah SWT telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama 40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ? Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain walaupun kita mengetahui mendedahkan aib adalah satu dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Mungkin orang yang memiliki aib itu telah bertaubat kepada Allah SWT tetapi kita masih seronok mengaibkannya.
Allah SWT tidak suka kita membuka aib orang lain dan juga membuka aib kita sendiri . Ada dikalangan kita suka menceritakan kejahatan-kejahatannya dimasa yang lampau dan merasa megah pula dengan perbuatan maksiat tersebut.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sekiranya kita sendiri melakukan kesalahan atau maksiat, sesuatu yang aib kerana kelalaian, maka sembunyikanlah dan jangan membicarakannya pada orang lain. Membicarakannya kepada orang lain juga merupakan suatu perkara yang dosa. Apatah lagi jika ia membuat diri ini menjadi popular kerana kesalahan itu. Yang demikian itu akan menjadi penghalang pintu menuju Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Semua umatku (yang bersalah) pasti dimaafkan, kecuali orang-orang yang membeberkan (menceritakan kesalahannya kepada masyarakat tanpa perasaan bersalah). Orang yang membeberkan kesalahannya adalah orang yang melakukan satu perbuatan (dosa) di malam hari, kemudian masuk pagi hari dan Allah menutupi kesalahannya. Namun kemudian dia bercerita kepada orang lain, ‘Wahai Fulan, aku telah melkukan ini dan itu tadi malam.’ Allah menutupi perbuatannya itu dan dia membuka tutup itu di pagi hari.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berhati-hatilah bila kalian berbicara jangan sampai bicara kalian boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan boleh mencampakkan diri kalian ke neraka. Displinkanlah diri kalian dan lidah kalian supaya tidak mudah membicarakan sesuatu yang boleh membuka aib orang lain hatta aib diri sendiri . Jika tidak perlu berkata-kata maka lebih baik diam (berzikir di hati) dan bersikap tawaduklah kerana sifat tawaduk adalah ciri-ciri orang bertakwa.


sumber: abubasyer.blospot.com

Saturday, March 24, 2012

eksperesi minda

Assalamua'laikum,
just nak share sedikit kata-kata yang diambil di facebook sahabat-sahabat saya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yakinlah bahawa ujian itu adalah EKSPRESI CINTA ALLAH kepada hamba-Nya.
·
Yakin bahawa makin BESAR ujian yang Allah beri, makin BESAR PAHALA dan SAYANG Allah SWT kepada kita.Dengan syarat menyelesaikan ujian itu dengan baik.
·
Yakin bahawa ujian itu akan MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA yang pernah kita lakukan.
·
Berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku ada HIKMAHNYA.
·
Yakin bahawa setelah ditimpa kesulitan, maka akan ada KEMUDAHAN.
·
Selalu OPTIMISTIK bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
·
Menghadapi ujian dengan USAHA dan DOA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri.
Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah
berserta kekuatan sebenar seorang insan

nota:

ingin berkongsi pengalaman saya, jika saya terasa kosong especially
'hati kosong'...
saya perlu cepat-cepat mencari ketenangan semula,
kadang-kadang perasaan 'pelik' @ mudah tersentuh/ sensitif itu datang,
nak halang tak boleh..
tetapi kita boleh mengubatinya perlahan-lahan,
ingat pada Allah banyak-banyak, 
berzikir sebanyak-banyaknya.. 
baca surat cintaNYA [Al-Quran]
kerana itulah sumber ketenangan yang sebenar.. cubalah..
teruslah bermujahadah [perbaiki dan tingkatkan diri]
kasih sayang Allah sangat luas,
bila Allah sayang, kerja lain jadi mudah.. insya Allah.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails