Showing posts with label mata hati. Show all posts
Showing posts with label mata hati. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

melihat dunia dengan mata hati Allah [2]..

"Ilmu yang difahami dan diingati akan hilang akhirnya, tetapi ilmu yang DIFAHAMI dan DITULIS, maka yang ditulis akan berkekalan sepanjang zaman (Imam as-Syafie) 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillah,
Assalamualaikum,

sebelum tidur nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat minggu ini,
ilmu untuk kita BERSYUKUR,
mungkin biasa saja kot bagi orang lain,

pernah tak kita tuliskan apa yang kita syukur pada hari ini dan hari-hari lalu?
jujurnya...saya tak pernah menulis apa yang kita syukur setiap hari dan konsisten!
tetapi percayalah, ada insan seperti ini..
bila difikirkan semula.. apa yang dia buat sebenarnya dia adalah insan yang bersyukur!

saya fikir-fikir dan muhasabah... ada hikmahnya disebalik yang berlaku
bila kita menulis apa yang kita syukur, kita telah meletakkan minda separa sedar kita supaya bersyukur!
hatta kita membaca buku pun, kalau kita tak menulis apa yang kita baca..kita akan lupa..
bila kita bersyukur..tetapi kita tidak menulis/memorikan kesyukuran kita..
mungkin juga kita akan jadi tidak bersyukur apabila kita lupa/lalai..

nota:

jom! bermula pada saat ini,
ambil sehelai kertas/ buku nota kecil,
ambil sebatang pen,
mulalah kita menulis segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita sehingga saat ini.
biar sekecil-kecil nikmat pun tak apa,
agar kita tidak lupa akan sekecil-kecil nikmat yang Allah beri...

wassalam...

selamat malam dan selamat beramal. =)

eksperesi minda

Assalamua'laikum,
just nak share sedikit kata-kata yang diambil di facebook sahabat-sahabat saya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yakinlah bahawa ujian itu adalah EKSPRESI CINTA ALLAH kepada hamba-Nya.
·
Yakin bahawa makin BESAR ujian yang Allah beri, makin BESAR PAHALA dan SAYANG Allah SWT kepada kita.Dengan syarat menyelesaikan ujian itu dengan baik.
·
Yakin bahawa ujian itu akan MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA yang pernah kita lakukan.
·
Berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku ada HIKMAHNYA.
·
Yakin bahawa setelah ditimpa kesulitan, maka akan ada KEMUDAHAN.
·
Selalu OPTIMISTIK bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
·
Menghadapi ujian dengan USAHA dan DOA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri.
Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah
berserta kekuatan sebenar seorang insan

nota:

ingin berkongsi pengalaman saya, jika saya terasa kosong especially
'hati kosong'...
saya perlu cepat-cepat mencari ketenangan semula,
kadang-kadang perasaan 'pelik' @ mudah tersentuh/ sensitif itu datang,
nak halang tak boleh..
tetapi kita boleh mengubatinya perlahan-lahan,
ingat pada Allah banyak-banyak, 
berzikir sebanyak-banyaknya.. 
baca surat cintaNYA [Al-Quran]
kerana itulah sumber ketenangan yang sebenar.. cubalah..
teruslah bermujahadah [perbaiki dan tingkatkan diri]
kasih sayang Allah sangat luas,
bila Allah sayang, kerja lain jadi mudah.. insya Allah.. =)

Thursday, March 22, 2012

melihat dunia dengan mata hati Allah [1]..

Assalamua'laikum wbt,

Apa khabar iman dan jasadi?.. semoga dalam kasih sayang dan rahmat Allah..
Alhamdulillah11x. pujian dan syukur hanya untukNya..pemberi Nyawa, roh, iman, Islam dan Ihsan kepada Kita..

Hari ini, merupakan hari raya mingguan bagi seorang muslim iaitu hari Jumaat, penghulu segala hari.
Alhamdulillah11x..

Sebenarnya dah lama nak menulis tentang apa yang saya lalui dalam hidup saya..
Apabila kita pandang apa yang terjadi kepada kita dan sekeliling dengan mata hati, kita ada redha dan terus berusaha melakukan yang terbaik.

-pernahkah kita terpikir tentang insan lain yang mungkin lebih menderita daripada kita..
bila kita fikir tentang ini. ya, kita akan jadi insan yang paling bersyukur.

-pernahkah kita mengalami atau melihat insan lain mengadu tentang ujiannya?..

kata pada hati ini.. 'jika saya diuji seperti kamu, tentulah saya tidak sekuat kamu.. kamu sangat kuat sebab itu Allah uji, yakinlah Allah akan berikan ganjaran rahsia hikmahNya atas kesabaran kamu selama ini.apa yang saya rasa adalah kekuatan dalam diri kamu saya sedang pinjam kekuatan kamu' sedang mengambil semangat dari kecekalan kamu'...

ingatlah, bila kita melihat kesusahan orang lain,bukanlah kita mentertawakan/mengejinya/merendahkan dirinya.. sedangkan Allah tahu dia lebih kuat jika dibandingkan diri kita sendiri diuji...Allahurabbi... Astagfirullahal'azim11x..

*sebenarnya untuk mendidik diri dan cara pemikiran bukan mengambil masa satu dua hari.. tiada cara lain melainkan mendidik hati agar lebih dekat dengan Allah dan terus menerus mujahadah. tiada istilah lewat atau terlambat untuk kembali kepada Allah.

P/S- banyak lagi nak share, tetapi kekangan masa dan kerja yang perlu dihantar dalam masa terdekat hanya mampu memberikan sedikit sahaja perkongsian kali ini.. dateline menghantar draft thesis sudah dekat, maka menepati janji juga perkara yang disukai Allah. semoga kita istiqamah melaksanakan akhlak yang disukai Allah dan RasulNya. insyaAllah..AminAllahumma amin.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails