Friday, February 3, 2012

hati yang disukai Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Taala mempunyai bekas yang berada pada penduduk bumi dan bekas tuhan kamu adalah hati hamba-hambanya yang soleh, dan diantara mereka yang paling disukainya adalah yang paling lemah-lembut hatinya” (Riwayat Thabrani)Amalan dinilai mengikut niat dan keihlasan hati.  Bentuklah hati dan latihlah hati supaya sentiasa mengingati Allah. Allah menyukai mereka yang lemah-lembut hatinya.

Sifat lemah-lembut adalah sifat Allah dan juga para nabi. Dalam sebuah hadith disebut “hampir semua orang yang lemah-lembut menjadi nabi”. Setiap nabi bakal ditentang oleh umatnya dalam menyampaikan dakwah mereka. Para nabi akan dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti gila, ahli sihir, dirasuk jin, penyair, pawang dan sebagainya. Orang yang tidak mempunyai sifat lemah-lembut tidak akan mampu bersabar dengan tuduhan-tuduhan seperti ini.

Ali-Imran [159] : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah Subhanahuwata’ala (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu…

Mereka yang lemah-lembut hatinya juga mempunyai kasihan belas dan bersikap prihatin, walaupun terhadap binatang. Sesiapa yang mengamalkan dan mempraktikkan sifat prihatin ini, ia akan dikasihani Allah SWT dan sesiapa yang tidak mengamalkannya, ia tidak akan mendapat kasihan belas dari Allah SWT. Oleh itu tingkatkanlah sifat keperihatinan kerana ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.



Thursday, February 2, 2012

Alam Semesta- Raihan

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Indahnya alam semesta
Hingga terasa di hati
Yang hidup akan punah
Yang mula ada akhirnya

Oh indah ciptaanNya
Yang ada sementara
Semuanya akan sirna
Yang kekal hanyalah Allah

Telah Dia tentukan
Usia makhluk semua
Yang hidup akan mati
Tiada yang abadi

Hari esok nan melambai
Mentari kan terbit lagi
Semua itu tidak kekal
Kan binasa akhirnya

Kawan tak selamanya
Kasih demikian jua
Bahagia ada batasnya
Suka duka silih berganti

Esok entahkan ada
Terbitkah mentari pagi
Yang pasti kita semua
Menunggu saat binasa
Menunggu ajalkan tiba
Menanti ketentuanNya

nota:
kita selalu leka,
lalai dengan dunia..
terlalu cinta dengan dunia..
hakikatnya semua itu hanya sementara.. 

yaAllah, 
kurniakan daku kekuatan..
lepaskanlah segala yang bermakam di jiwaku..
kembalikan daku kepada fitrahMu..
Hambamu.. 

~Lahawwala quwata illabillah~ 
tiada daya daku melainkan atas kekuasaanMu.. 

Wednesday, February 1, 2012

sabar menanti dan menerima ketentuan Allah

Sesungguhnya hanya Allah yang berhak mengambil dan hanya dialah yang berhak memberi, segala sesuatu telah digariskan ketentuannya di sisinya, maka bersabarlah dan harapkanlah pahalanya (Riwayat Ibnu Majah melalui Usamah Ibnu Zaid r.a.)

Allah SWT berhak mengambil apa yang telah diberikan, kerana semuanya adalah milikNya, samada nyawa, rezeki, harta dan sebagainya. Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa, walaupun sehelai bulu roma sekalipun, ia adalah milik Allah.

Allah SWT juga berhak memberi sesuatu apabila tiba masanya. Maka bersabarlah dalam menanti pemberian Allah SWT. Bersabarlah dan teruskan berusaha dan berdoa. Kesabaran menanti itu pula akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Oleh itu janganlah jemu berdoa kepadanya dalam meminta sesuatu kebaikan, kurniaan, rezeki dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku (Riwayat Imam al-Bukhari).
Semua urusan termasuk urusan rezeki telah ditentukan di markas pentadbiran Allah di langit. Banyak atau sedikit rezeki yang akan diterima juga adalah ketentuan Allah.

Az-Zariyat [22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.

Seseorang itu belum mencapai hakikat keimanan selagi dia tidak menyakini bahawa keburukan yang melandanya adalah ketentuan Allah. Begitu juga sekiranya dia dihindarkan daripada sesuatu keburukan, itu juga adalah ketentuan Allah.

Riwayat Imam Ahmad melalui Abu Darda r.a,. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hakikat dan seseorang hamba masih belum mencapai hakikat keimanan sebelum dia mengetahui bahawa musibah yang menimpa dirinya bukanlah suatu kekeliruan dan yang tersasar darinya bukanlah merupakan hal yang seharusnya menimpa dirinya”

Sumber: http://nasbunnuraini.wordpress.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails