Sesungguhnya hanya Allah yang berhak mengambil dan hanya dialah yang berhak memberi, segala sesuatu telah digariskan ketentuannya di sisinya, maka bersabarlah dan harapkanlah pahalanya (Riwayat Ibnu Majah melalui Usamah Ibnu Zaid r.a.)
Allah SWT berhak mengambil apa yang telah diberikan, kerana semuanya adalah milikNya, samada nyawa, rezeki, harta dan sebagainya. Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa, walaupun sehelai bulu roma sekalipun, ia adalah milik Allah.
Allah SWT juga berhak memberi sesuatu apabila tiba masanya. Maka bersabarlah dalam menanti pemberian Allah SWT. Bersabarlah dan teruskan berusaha dan berdoa. Kesabaran menanti itu pula akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Oleh itu janganlah jemu berdoa kepadanya dalam meminta sesuatu kebaikan, kurniaan, rezeki dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku (Riwayat Imam al-Bukhari).
Semua urusan termasuk urusan rezeki telah ditentukan di markas pentadbiran Allah di langit. Banyak atau sedikit rezeki yang akan diterima juga adalah ketentuan Allah.
Az-Zariyat [22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
Seseorang itu belum mencapai hakikat keimanan selagi dia tidak menyakini bahawa keburukan yang melandanya adalah ketentuan Allah. Begitu juga sekiranya dia dihindarkan daripada sesuatu keburukan, itu juga adalah ketentuan Allah.
Riwayat Imam Ahmad melalui Abu Darda r.a,. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hakikat dan seseorang hamba masih belum mencapai hakikat keimanan sebelum dia mengetahui bahawa musibah yang menimpa dirinya bukanlah suatu kekeliruan dan yang tersasar darinya bukanlah merupakan hal yang seharusnya menimpa dirinya”
Sumber: http://nasbunnuraini.wordpress.com
No comments:
Post a Comment