kata-kata hikmah Sayidina Abu Bakar:
1.Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan dengan sesuatu daripada perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.
2.Moga-Moga aku jadi pokok kayu direntas kemudian dimakan.
3.Dia berkata kepada para sahabat:Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu,tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku kalau aku terlaku lurus maka ikutilah aku tetapi aku menyeleweng maka betulkan aku.
kata-kata hikmah Sayidina Umar:
1.Jikalau tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan dengan membawa seekor kambing untuk dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2.Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak dapat dilihat marahnya.Dan barangsiapa takutkan Allah,tidak sia-sia apa yang dia hendak.
3.Wahai Tuhan ,jangan Engkau menjadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku.Wahai Tuhanku,telah lanjut umurku,telah lemah kekuatanku dan telah bertebusan rakyat aku.Genggamkan (matikan) aku kepada-Mu tidak manusia dan tidak melampaui.
kata-kata hikmah Imam Ash-Shafie:
1.Barangsiapa mengkehendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2.Tiada ada sesuatu yang lebih indah pada ulama melainkan dengan kefakiran dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.
3.Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab sesudah kamu menjadi ketua,tiada jalan lagi bagi kamu mencari pengetahuan.
4.Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah(keji).
5.Barangsiapa menyintai bahawa Allah menutupi baginya kebaikan maka hendaklah dia sangka baik dengan manusia.
kata-kata hikmah Omar Ibnu Aziz:
1.Orang yang bertaqwa itu dikekang.
2.Sesungguhnya syubahat itu pada yang halal.
3.Kemaafan yang utama itu ketika berkuasa.
kata-kata hikmah Suffian As Thauri:
1.Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu bapa pada perkara syubahat.
2.Sesungguhnya seorang lelaki itu ada harta di sisinya sedangkan dia zuhud di dunia dan sesungguhnya seorang itu adalah seorang yang fakir sedangkan dia gemar dengan dunia.
3.Menuntut ilmu lenih utama daripada sembayang sunat.
kata-kata hikmah Imam Malik:
1.Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letak dalam hati.
2.Apabila sesorang itu memuji dirinya maka hilanglaah cahayanya.
3.Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahawa dia memiliki kebesaran,ketenangan dan ketakutan.
kata-kata hikmah Abu Hanifah:
1.Tidak aku bersembayang sekali-sekali melainkan aku doakan untuk guruku "Hammat" dan setiap orang yang aku belajar ilmu daripadanya atau aku mengajar padanya (murid-muridnya).
2.Aku menggauli manusia sejak 50 tahun tidak aku dapati seorang pun yang mengampunkan dosaku dan tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutusinya dan tidak ada yang menutup keaiban aku dan tidak aku amahankan diriku akannya apabila dia telah murka.Maka berbimbang-bimbang dengan mereka itu adalah dengan yang besar.
3.Telah sampai kepada aku sesungguhnya tidak ada yang lebih mulia dari seorang alim yang warak.
kata-kata hikmah Imam Ahmad:
1.Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda di dunia di atas ilmunya.

kata-kata hikmah Sufian Bin Uyainah:
1.Dua perkara susah sekali mengubati iaitu meninggalkan loba(tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2.Siapa yang ditambahkan akalnya kuranglah rezekinya.
3.Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4.Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka dia akan membari mudarat padamu.
5.Tidak dianggap orang yang meuntut ilmu sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.
kata-kata hikmah Ali Karramallah Wajhah:
1.Memadai aku merasai mulia bahawa Engkau sebagai Tuhan bagiku dan memadailah aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu.Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai maka berilah aku taufik bagi apa yang Engkau cintai.
2.Hendaklah kamu lebih ambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal maka sesungguhnya sekali-sekali tidak sedikit amal yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.
3.Janganlah mengharapkan seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.
4.Tiada kebaikan ibadah yang tiada ilmu padanya dan tiada kebaikan ilmu yang tidak faham padanya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian kepadanya.
No comments:
Post a Comment