assalamualaikum wbt,
saya yakin mesti anda semua pernah mendengar hadith ini,
"sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang banyak ingat mati"
tetapi... sejauh mana kita beriman dan beramal dengan hadith ni?..
ya.. orang yang bijak adalah orang yang banyak ingat mati, kerananya kita tidak sesekali
mensia-siakan masa yang tinggal sedikit.
sebenarnya, setiap hari kita semakin mendekati mati kita. tetapi, setiap tahun kita asyik mendoakan agar panjang umur.. hakikinya, itu hanyalah angan-angan semata-mata..
ptg semalam saya membuka inbox ecomm saya, ada berita suka, sedih, neutral pun ada
tetapi ini salah satu memo yang mengingatkan kembali matlamat kejadian diri dan 'destinasi' seterusnya.
kadang-kadang, kejadian yang berlaku kepada orang lain boleh dijadikan sempadan dan tauladan, itupun kalau kita ada hati mati dan mahu berfikir la..
umur bukan penentu panjangnya nyawa kita, mgkin esok lusa atau sebentar lagi kita pula yang telah ditamatkan tugas dan berikan perehatan (syurga) atau penyiksaan (neraka) di hari kelak atas amalan yang ditanam di dunia fana ini.
Fiman ALLAH yang bermaksud,
" Katakanlah! bahawasanya kematian yang engkau hendak lari daripadanya itu akan mendatangi engkau, kemudian kamu semua akan di kembalikan kepada Dzat Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian akan diberi tahu kepada kamu apa-apa yang engkau lakukan".
(Surah al-Jumu'ah,ayat :8)
Maksud Hadith,
" Jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang ( bagi mencari bekal menghadapi mati), jika engkau berada pada waktu petang, janganlah engkau menunggu pagi. Ambillah manfaat sewaktu hidupmu untuk bekal kematianmu, dan ketika engkau masih sehat untuk sakitmu".
( Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)
No comments:
Post a Comment