Risalah Ta’lim Oleh Imam Hasan Al Banna :: (Ringkasan)
Wahai akh yang benar dalam dakwahnya:
Keimanan kamu dengan bai'ah ini mewajibkan agar kamu menunaikan
beberapa kewajipan di bawah sehinggalah kamu menjadi satu sudut
yang kukuh dalam binaan Islam ini. Kewajipan itu adalah:
1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak
kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu
menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak
kurang dari tiga hari.
2. Hendaklah kamu perelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan
mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu
dengan mempelajari sirah yang suci dan juga sejarah para salaf,
paling kurang bacalah kitab `Humatul Islam'. Hendaklah juga kamu
banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang
empat puluh hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis empat puluh
pilihan an-Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul akidah dan
cabang-cabang fekah.
3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan
setiap penyakit yang dihidapi, juga mementingkan unsur-unsur
kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur
pembawa penyakit.
4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain
minuman penyegar, jangan minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Janganlah sekali-kali merokok.
5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada
dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat
kerja. Agama dibina atas asas kebersihan.
6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata.
Janganlah melanggarnya walaupun apa juga keadaan.
8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung
kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang
dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui
kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika
marah.
9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan serius. Kewarakan kamu
tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun suka dalam
senyuman.
10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat
terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan
yang pertama (kebaikan) dan sedih dengan perkara yang kedua
(keburukan). Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam
perkara yang bukan mendatang kehinaan, ketundukan dan pendustaan.
Hendaklah meminta gaji yang kurang dan gaji sebenarnya agar kamu
dapat sampai kepada darjat tawadhuk.
No comments:
Post a Comment