Friday, July 6, 2012

~tiga sungai untuk pendosa~



Allah SWT telah membuat tiga sungai untuk membersihkan tubuh orang-orang yang berdosa. Jika ketiga sungai itu belum cukup maka Allah akan membersihkannya di Sungai Jahannam.

Pertama adalah sungai Taubatan Nasuha iaitu untuk melepaskan segala perbuatan dosa dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Kedua sungai hasanat iaitu kebaikan-kebaikan yang akan mengubur semua bentuk keburukan. 

Dan Ketiga; sungai musibah azimah iaitu bencana atau ujian yang besar yang akan melebur setiap dosa. 

Apabila Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, Ia akan memasukkannya ke dalam salah satu sungai tersebut, hingga ia datang kepadaNya di hari kiamat dengan tubuh yang suci dan bersih.

(Ibnu Qayyim Al Jauziyah Rahimahullah)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails