Thursday, November 8, 2012

cerita hati~ cinta makhluk, cinta Allah

Bismillahirrahmanirrahim,
Sekadar perkongsian satu cerita hati, buat pedoman..

Sabtu petang yang mendung, Siti duduk seorang diri merenung masa depan dan silam di bilik asramanya. Rasa diri lemah dan tidak bersemangat sekali. kepala penuh dengan masalah-masalah yang tiada kesudahan dan serabut sekali, sakit kepala mula berdenyut-denyut. secara automatik, air mata ini jatuh berderai dan laju. Ingin meratap dan meraung, 'kenapa daku dijadikan begini, kenapa daku diuji seperti ini, kenapa tiada siapa yang mengasihaniku, kenapa tiada siapa yang sudi bersama ketika daku kelukaan dan kesusahan!'. Hati Siti menjerit kuat dengan pelbagai persoalan-persoalan yang kadang-kadang seperti orang yang dalam kekecewaan yang amat sangat. iman sudah terbang jauh rasanya. tangisannya di bilik asrama dirasakan kuat sekali, tetapi nasib baik tiada sesiapa yang tahu, melainkan Allah dan Siti sendiri sendiri.


sayup-sayup azan asar berkumandang dari pusat islam kampusnya,

bagaikan mendapat kekuatan untuk terus ke bilik air dan terus menunaikan solat. solatnya penuh dengan hiba dan sendu sedan. cuba difokuskan solat itu dan cuba sekusyuk mungkin.. usai solat, air mata tumpah lagi. kini cuba dicapaikan al-quran di rak mejanya. cuba dibaca, tetapi penuh dengan sebak dan sendu. dipandang sahaja ayat-ayat al-quran itu..'ya Allah, kenapa engkau uji daku sebegini.. ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini, tabahkan dan kuatkan hatiku ini', bisik hati Siti. hatinya terus beristighfar.

Dicapainya telefon dan cuba mendail adiknya yang paling rapat, tetapi tidak jadi.. kerana hati siti sudah tidak sanggup menyusahkan adik itu lagi, teman rapatnya itu, kerana siti tahu, adiknya juga ada masalah tersendiri. lalu teringatkan pada sahabat yang selalu berkongsi rasa hati dan pendapat. kerana mereka mempunyai masalah yang sama, dan sekarang siti cuba berubah menjadi seperti dia. sahabatnya semakin kuat dan sentiasa tidak jemu memberi kata-kata nasihat dan motivasi. lalu telefon diambil lagi :


Siti: 'salam, anis.. apa khabar?.. saya rasa sedih sangat, kepala sangat berdenyut-denyut ni..hati ni rasa sedih sangat.. kalau awak ada kat sini, mesti dah lama saya pergi dekat awak...hmmm T_T'


Anis:'Wassalam, Alhamdulillah bi khair, =) kenapa sedih-sedih?..


Siti: kenapa saya diuji dengan ujian perasaan ini, kenapa saya asyik ingat kat adik saya..dia tak ingat kat saya pun.. saya rasa seperti tidak diendahkan dan ditinggalkan..


Anis: Allahurabbi, selawat atas Nabi S.A.W, ujian selayaknya untuk awak dengan penuh alhikmah disebaliknya. Siti, saya suggest untuk siti jangan hubungi dia boleh?


Siti: Anis.. saya tengah cuba.. cuma bila berbicara sahaja mesti ada yang tak kena. selalunya saya yang akan rasa sedih.. saya terasa dengan kata-kata adik saya. tapi jauh sudut hati saya, saya rasa adik saya berubah dan dalam keadaan tertekan. saya juga tertekan bila dia buat macamni kat saya..


Anis: Siti, sebab siti tahu dia tertekanla siti kena stop hubungi dia, dia nak siti tak hubungi dia lagi, ada masa perpisahan itu adalah yang terbaik.. ada dalam hadis, saya tak igt sepenuhnya. kalau siti sendiri tertekan macamana siti nak bantu dia, siti kena tahu 5 bahasa kasih sayang, ada caranya mengikut orang yang berbeza. siti, saya duduk ditempat siti, exactly the same, memang saya tahu apa yang siti rasa, tapi percayalah ada solusi semua ini, jangan sampai siti zalimi diri sendiri, zalimi iman, dan amal siti kepada Allah disebabkan masalah ini. takde cara lain, stop hubungi dia for a while, cari ilmu dan kekuatan, menangis menatap rindu takde yang abadi siti.. Im talking from my heart, if i can be there for u..Subhanallah..


Siti menangis teresak lagi, seperti mendapat sekali lagi siraman tarbiyah dari Allah... duduk berteleku dan bermunajat kepadaNya sebanyak-banyaknya.


usai Solat Isya', dicapai telefon sekali lagi,


Siti: Assalamua'laikum, Alhamdulilllah syukur.. saya bersyukur Allah ingatkan semula apa yang saya lupa melalui awak.


Anis: Waalaikumussalam, insya Allah, ada hikmahNya. just give everything for Him, He will give everything for u.. jom cari ilmu dan kekuatan. jangan sedih-sedih lagi yer.. awak bantu diri awak, baru dapat bantu orang lain.. sharing is caring. (^_^)


Siti: =')


nota:


-mujahadah itu semestinya pahit, semestinnya kemanisan akan dicapai pada penghujungnya.

mungkin apa yang baik bagi kita, tetapi tidak baik disisi Allah..

-Dalam melahirkan kasih sayang perlu ada cara dan cara Rasulullah SAW ada qudwah terbaik untuk kita.

mari kita kaji dan amalkan segala sunnah Baginda S.A.W.

-akhir kata, KESEDERHANAAN itu adalah lebih baik, kerana disitu ada nilai dan hikmah yang tersendiri.


-ok, nasihat kat diri sekali lagi, jangan sedih-sedih.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. ada yang masih sayang, Allah..


(^_^)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails