Sunday, December 11, 2011

Fajar Kemenangan kian menyinsing...

Hamba berhajat untuk menjaga hablum minannas dan tunjangnya ingin melamar redha Yang Esa , jadi lihatlah apa yang disampaikan (what), jangan dilihat pada diri yang menyampaikan (who). Jika baik ambillah, jika salah bicaralah secara beriman.

Assalamualaikum, alhamdulillah segala pujian bagi Allah dan rasulNya.
sedikit perkongsian tentang apa yang telah berlangsung di IJTIMAK TARBAWI PILIHANRAYA 2011-
10 Disember 2011.
antara yang telah berlangsung adalah:
1-ucaptama tuan guru nik aziz-teguhkan jamaah, teruskan jihad
2-kertas kerja 1- peranan tarbiyyah kepada petugas piihan raya- ustaz idris ahmad
3-kertas kerja 2- jihad dan penghayatannya-bertekad memenangi PRU13- YB Dato' ustaz haji abdul halim abd rahman
4-amanat presiden.
5-majlis bai'ah

1-ucaptama dari YAB Tuan Guru Nik Aziz. 'teguhkan jemaah,teruskan jihad'

Bismillah,surah yang pertama disebut adalah surah (at-taubah 41-42) yang bermaksud,
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)...Allahurabbi..
>>kewajipan jihad dijalan Allah SWT,ia merangkumi jihad harta benda, pendidikan,kenegaraan, dakwah dengan lisan, penulisan dan sbgnya. dalilnya
al-baqarah-249,251,-al-maidah- 24
>>perjuangan PAS adalah jihad. hari ini kita dihadapkan sistem demokrasi pada yang asasnya tidak wujud pada zaman Rasulullah SAW. ruang yang ada dalam demokrasi memberi ruang bagi terlaksananya cita-cita perjuangan PAS iaitu menegakkan agama Allah SWT.contohnya perlaksanaan pengharaman judi dan arak di Kelantan..
>>teguhkan jemaah, bersiap menuju Putrajaya
apa yang penting pada hari ini, marilah kita sama-sama meneguhkan komitmen kita kepada jemaah, dan meneruskan perjuangan untuk menegakkan syariat Islam. fajar kemenangan semakin menyinsing. sekular yang menguasai umat islam dinegara ini semakin sesak bernafas.bekalan oksigen hanya pada huluran wang diberikan menjelang musim pilihanraya. mereka umpama bahtera yang sedang retak berlayar ditengah lautan ombak yang mengganas. lambat laun bahtera ini pasti akan tenggelam.tinggal lagi kita adakah kita bersiap sedia untuk muncul bahtera pengganti. jika tidak ada dikalangan kita yang menebuk kapal,insya Allah perjuangan ini pasti akan berjaya. semoga perjuangan PAS menggantikan UMNO selaku parti tunjang Melayu dan ISLAM dibumi malaysia ini diberikan kejayaan oleh Allah SWT.

2.kertas kerja 1 - Ustaz Idris Hj Ahmad [ Peranan Tarbiyyah kepada petugas pilihan raya]

antara isi penting dala kertas kerja ini-
1-beriman dengan fikrah perjuangan Islam, [al-ankabut: 1-3]

2-memahami agama ISLAM dengan baik.
mesti memahami agama islam dengan baik, maka dapat memberi petunjuk kepada orang lain.justeru perlu menguasai tentang agama Allah kerana ia tidak akan dapat memberikan petunjuk ke jalan Allah, jika ia sendiri gagal memahami Islam yang sebenar. sekurang-kurangnya perkara asas ia mesti mengetahui kerana ia hendak meyakinkan orang kepada yang kita bawa adalah perjuangan suci yang bukan menjanjikan kebendaan,sebaliknya menjanjikan perkara sam'iyat.

3-bersifat IKHLAS

Allahurabbi...
kerja pilihanraya tidak boleh bergerak seandainya tidak ada semangat ikhlas dikalangan anggota dan pimpinan. semangat ikhlaslah yang berjaya dilahirkan dalam tarbiyyah PAS  sehingga mereka berjuang bukan kerana individu tetapi kerana islam dan jamaah. seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli Mohammad pada 1964:

'saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dalam dapat dilaksanakan. tidak ada gunanya kita cerdik, pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. kita sucikan tujuan kita kepada itu. kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. keikhlasan yang tidak ada belah bahaginya lagi. keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya adalah pada keikhlasan. amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita'
[mewarisi kepimpinan anbiya' 1991: 7]

4-muraqabah dengan Allah SWT.
melalui amalan-amalan sunat, beruzlah dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam perjalanan dakwah. memperbanyakkan amalan fardiah supaya dalam membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-quran, berzikir, solat sunat kesemuanya ini akan membuahkan keikhlasan dalam diri ahli.

5-qudwah hasanah
kisah seorang yahudi zaid b saanah yang memberi hutang kepada Rasulullah SAW. sebelum 2 3 hari tempoh pembayarannya,beliau datang bersama sahabat dan bertindak kasar dan caci nista untuk meminta hutang. saidina umar yang ada waktu itu mahu memancung si lelaki tersebut, baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh saidina umar menjelaskan hutang dan ditambah dengan 20 gantand tamar. yahudi itu hairan n bertanya kenapa.saidina umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatan yang membuatkan yahudi itu gerun. akhirnya, yahudi itu memeluk islam dan sebahagian hartanya disedekahkan kepada umat muhammad SAW.

kita pernah dengar kisah seorang masuk PAS kerana melihat al-marhum ustaz Fadhil Nor sebagai presiden PAS berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

[al-baqarah: 44]
sabda Rasulullah SAW.
'beberapa orang dari penghuni syurga pergi (menemui) beberapa orang penghuni neraka, lantas mereka (penghuni syurga) bertanya: kenapa kamu masuk neraka, demi Allah kami tidak masuk syurga kecuali dengan apa yang kami pelajari dari kamu' mereka (penghuni neraka)pun menjawab: kami berkata (menyuruh) tetapi kami tidak buat'
Allahurabbi...

6-bekerja secara berjamaah

7-sabar
menarik manusia kepada bukan suatu perkara yang senang, kesemua itu memerlukan kesabaran..

perlu bersabar, almaklumlah semuanya bertugas secara sukarela, mungkin ada yang tercakap kasar, tersilap arahan, arahan yang disuruh tetapi tidak dilaksanakan dan lain-lain lagi perkara yang mendatangkan perasaan terguris..

8-meletakkan kepentingan jamaah melebihi kepentingan peribadi.
[al-ankabut:1-2]

9-bersifat tawadhu'
sifat yang terpenting yang membuatkan kita mudah untuk mendekati dengan masyarakat ialah rendah diri. kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia malahan menjadi asing dikalanangan masyarakat.
tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk:
-tidak mahu bergaul dengan orang miskin, sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan
-mengambil berat secara berlebihan dalam berpakaian
-tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri orang ramai
-menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami.
-kagum dengan diri sendiri dna membodohkan orang lain.

10-Disiplin dalam jamaah
saidina ali menyatakan 'kebenaran tanpa penyusunan akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun'

11- lemah lembut dan pembelas kasihan
[al-imran :134]
'imam hassan al-banna: jadilah seperti pokok, manusia melontarkannya dengan batu tetapi dia melontar dengan buah'

12-memudahkan bukan menyusahkan
menerangkan islam dalam bentuk yang mudah supaya ia nampak rahmatnya Islam.
sabda nabi SAW:
'berjalanlah mengikut perjalanan orang yang paling lemah dikalangan kamu'
sabda nabi SAW:
'kamu permudahkan dan jangan persusahkan, berilah khabar gembira dan jangan kamu liarkan'

13- manis muka

14-pemurah

15- memberi khidmat kepada orang lain
Rasulullah SAW adalah orang yang duduk bersama dengan orang ramai dan mendengar percakapan mereka supaya dapat mengetahui permasalahan dan kemusykilan mereka. baginda bersabda:
'antara perkara yang memastikan dapat keampunan (dari Allah) ialah dengan engkau memasukkan kegembiraan kepada saudaramu yang muslim' -riwayat at-tabrani...

penutup- apa yang dibincangkan dalam kertas ini hanya 1% sahaja, manakala 99% adalah perlaksanaannya. semua ini hanya tinggal dalam bentuk tulisan sahaja jika kita tidak berusaha untuk mencapainya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails