Wednesday, January 12, 2011

kusyukkah solat??




Bismillahirrahmanirrahim..

sekadar perkongsian dan untuk muhasabah diri kita sama-sama..

Ramai ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru sering menekankan peri pentingnya kusyuk di dalam solat. Banyak cerita-cerita tentang betapa kusyuknya sahabat-sahabat nabi zaman dahulu. Saidina Ali kalau tak salah pernah diceritakan dipanah dan panah itu terlekat di salah satu anggota badannya. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat, panah itu tidak dapat dikeluarkan dari badannya pada ketika biasa. Jadi, Saidina Ali bangunmengerjakan solat. Oleh kerana kusyuknya beliau dalam solatnya, anak panah tersebut telah berjaya dikeluarkan ketika dia sedang mengerjakan solat tersebut.

Adakah tahap sebegini boleh dicapai di zaman sebegini? Jauh di sudut hati, mungkin ada yang mengatakan cerita sebegini semacam mitos. Mana mungkin manusia mampu melakukan demikian. Akan tetapi, kita akur minda manusia mampu melakukan banyak perkara yang mustahil dan tak masuk akal, di zaman sekarang pun kita boleh melihatnya.

Sebagai seorang yang hidup di zaman ini, saya ingin cuba mendekati permasalahan dengan cara analisa logistik kerana itulah yang saya tahu sedikit sebanyak pun. Kalau dari pandangan teologi, memang saya tak pandai. Dari pandangan saya yang tak begitu berilmu ini, kusyuk dalam solat memerlukan beberapa faktor, seperti:

i) konsentrasi yang tak berbelah bagi terhadap perbuatan dan bacaan dalam solat.
ii) rasa rendah diri yang tak berbelah bagi ketika berhadapan Allah ketika solat.
iii) hidayah dan rahmat dari Allah. (Boleh tambah lagi kalau anda lebih berilmu)

Faktor ketiga adalah satu perkara yang di luar kawalan kita, faktor kedua menarik tetapi tetapi marilah kita memfokus kepada faktor pertama yang mana akan secara tak langsung akan membawa faktor kedua.

Faktor pertama adalah faktor yang melibatkan konsentrasi. Minda manusia adalah amat kreatif. Ianya selalu merayau-rayau jika manusia tersebut tidak menumpukan perhatian.

Solat boleh jadi sesuatu yang begitu rutin dalam hidup, jadi untuk memberi penumpuan 100% amat mencabar. Bacaan-bacaan dalam solat secara umum adalah dihafal, jadi secara semula jadi, ianya tidak perlu banyak perhatian dan tumpuan.

Perbuatan dalam solat bukanlah seperti mengukir, bermain badminton dsbgnya. Ianya pergerakan mudah duduk bangun dan tunduk.Ianya tidak memerlukan konsentrasi seperti mengawal bola dengan kaki sambil berlari. Malah anda boleh sembahyang 100% sempurna dari segi fizikal dan bacaan sedang minda anda mungkin 90% berada di tempat lain. Itu amat susah dilakukan kalau anda bermain badminton, terutama kalau anda mahu menang.

Jadi secara realitinya jelaslah amat susah untuk melakukan konsentrasi ketika bersolat, walaupun itu bukan bermaksud ianya mustahil, kerana ianya telah berjaya dilakukan ramai orang zaman silam dan mungkin zaman sekarang juga.

Jadi adalah wajar bagi para pendidik agama kita, ulama hadhari atau tidak, untuk memberi panduan-panduan yang lebih spesifik & praktikal kepada para penuntut dan pencari ilmu, bukan sekadar gambaran-gambaran kabur tentang cara mendapatkan kusyuk dalam sembahyang ini atau cuma saranan-saranan kosong..

Kajian-kajian baru juga harus juga dijalankan, kerana umum mengetahui cabaran zaman moden ini dengan pengaruh media elektronik dsbgnya adalah lebih daripada zaman dahulu, jadi mungkin kalau kita menggunakan pedoman ulamak silam, ianya tidak begitu berkesan lagi. Jika dengan kaedah iqrak, kanak-kanak kecil sudahpun boleh membaca al quran dengan lancar, kenapa tidak kita perkenal kaedah untuk menguatkan minda mengasah konsentrasi semasa solat? Sediakan program latih tubi minda untuk latihan peningkatan konsentrasi secara sedikit sedikit sehingga mencapai total concentration atau satu tahap yang optimum.

Sediakan cara-cara atau tentukur untuk menilai tahap konsentrasi dalam solat agar para pencari ilmu dapat gunakan untuk menilai progress masing-masing. Setup milestones dsgbnya. Adakah ini impossible? Allah menjanjikan bahawa solat yang bermutu akan mencegah dari melakukan kemungkaran. Tidakkah ini satu insentif untuk kita melabur dalam bidang solat education.

Para pakar harus menggubal Quality Solat Policy untuk panduan orang ramai. Kalau lebih ramai individu islam mengerjakan solat yang berkualiti, ianya pasti akan menyumbang ke arah kesejahteraan negara, kerana rakyat muslim yang berkualiti solatnya tidak akan mendekatkan diri dengan zina, dadah, minum arak, pecah amanah, rasuah dsgbnya dan akan mengurangkan masalah negara.

Kempen Solat Berkualiti Negara? Malah Allah berkata dalam al Quran, orang yang solat tapi lalai akan dihumban ke dalam neraka wail. Bagi saya, mereka yang lalai dalam solatnya di dunia inipun seperti dalam neraka juga kerana dia bersolat secara cincai dan tidak dapat menikmati keindahan solatnya, yang merupakan anugerah besar dari Allah kepada setiap individu muslim. Bagaimana nak menilai solat anda berkualiti? Susah tu. Biar saya cuba.

Mungkin satu cara menilai kualiti solat anda adalah :

jika anda bersolat tanpa perlu memaksa diri, malah tak sabar-sabar mahu mengerjakan solat dan terbayang-bayang hendak melakukan solat yang akan datang (macam nak pergi dating dengan makwe)

Apa pendapat anda?
sumber: sahabat forum

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails