Monday, May 14, 2012

Menutup Pintu Maksiat~


Pintu taubat selalu terbuka seperti yang yang di sebut dalam hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: “Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada-NYA.”(Riwayat Al-Tarmizi)

Bagi mereka yang ingin bertaubat, tip dibawah diharap dapat membantu,Insya-Allah.

Ikhlas & menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH
Inilah perkara yang paling utama. Jika seorang hamba ikhlas bertaubat kerana ALLAH, ALLAH pasti akan menerima taubatnya. Seorang hamba tidak pernah meninggalkan kekasih yang dicintainya kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau kerana ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.
Apabila hati seorang hamba telah bersih & ikhlas dalam beribadah kepada-NYA, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkitpada hati mereka yang kosong.

Mujahadah (Bersungguh-sungguh)
Nafsu ialah makhluk ALLAH yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu daripada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlulah berterusan kerana ALLAH. Apabila sesorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan kerberkatan akan datang kepadanya.

Banyak Mengingati Akhirat
Tidak banyak berangan tentang dunia sebaliknya banyak mengingati mati serta alam pengakhiran seperti nikmat abadi di dalam syurga serta azab dan derita di neraka. Ini akan menyebabkan timbul rasa untuk melakukan taubat nasuha dan mengganti semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.

Sibuk Dengan Hal yang Bermanafaat
Senggang masa yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang mengheret kepada gejala-gejala yang tidak sihat. Apabila masa terisi dengan aktiviti yang bermanafaat, maka tidak ada ruang masa lagi untuk berbuat maksiat.

Menjauhi Punca Kembali Semula Kepada Maksiat
Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan yang tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di Facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.

Menundukkan Pandangan
Dari mata turun ke hati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditindukkan pandangan, hati juga mampun menundukkan syahwatnya.

Bergaul Dengan Orang Baik
Seorang teman yang baik akan membantu membawa kita ke jalan ketaatan kepada ALLAH. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada ALLAH. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat oleh ALLAH.

Banyak Berdoa
Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada ALLAH supaya diberi kesempatan untuk bertaubat NASUHA, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan dan iqamat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails