Thursday, December 8, 2011

kita tiada siapa sebenarnya.. hanya Diri sendiri & Allah..

Bismillahirrahmanirrahim, 

pada suatu petang 28 November 2011,ku menulis satu ayat dlm FB seperti ini:

orang yang kita kasihi dan sayang
akan datang dan pergi,
keluarga, saudara mara,guru dan sahabat,
akan datang dan pergi..
kerna itu sudah tertulis mereka akan pergi,
diri sendiri juga akan pergi sedikit masa lagi..
bagaimana bekal di kampung akhirat nanti,
berjayakah atau gagalkah?..

Allah..Allah..Allah..

Setelah dilalui hidup ini, sememangnya kita akan didatangkan orang yang baru dan orang lama akan pergi.. samada dia pergi jauh [berpindah] atau pergi ke kampung akhirat duluku.. memang sedih, pertama kali insan yang disayangi iaitu ayah pergi menemui Ilahi semasa Form 4. Rasanya pernah bertanya kepada mak kenapa Allah ambil ayah dulu, sedangkan orang lain masih ada ayah walaupun anak dia dah besar-besar.. waktu tu ku fikir dan sedar bahawa kematian akan datang bila-bila masa,tak kira berapa usia kita. bertitik tolak dari itu, ku bertekad mahu berubah dan mencari ilmu agama dengan lebih mendalam. keranaku sudah tahu kita akan melalui satu lagi fasa dan ke alam yang kekal. 

Perjalanan hidupku memang berwarna-warni.. ada kepayahan dan kegembiraan dalam hidupku.. dari alam persekolahan, kepada alam matrikulasi, kepada alam universiti dan alam separa kerjaya [sebab sambung belajar sambil kerja] 

Alam matrikulasi bermula segala titik tolak, ku berkenalan dengan sahabat-sahabat yang baik [sahabat yang mengamalkan agama] membawa ku ke arah mengenal pencipta.. disitu ukhwah terjalin dan rasa manis sangat.. tetapi terpaksa berpisah jua, kerana mahu mengejar cita-cita masing-masing.. ukhwah sentiasa terjalin. masih berhubung, tetapi banyak diemail dan group sahaja.

Alam universiti menongkah pelbagai rencah, lagilah berwarni warni..4 tahun setengah di alam ini. menangis, meraung,rebah, jatuh, ketawa, suka duka.. kadang-kadang di alam ini yang ku lebih mengingati detiknya.. bersama sahabat yang beriman dalam jangka masa yang panjang, bergerak sama-sama membawa risalah dakwah dibumi pahang. kadang-kadang menjadi 'ghuraba' dibumi kampus. ku belajar banyak benda disini, tentang, dakwah, tarbiyyah, akademik, ukhwah yang mengajar kearah redha Allah yang sebenar-benarnya.. Di akhir semester, ikatan ukhwah kami seolah tidak mahu berpisah, waktu tu rasanya waktu makan, minum, ibadah khusus dan study macam tak nak dilepaskan. banyak kenangan bersama membuat ku menangis dan ketawa sendirian.dimasa ini juga ku dipertemukan Allah seorang adik yang sangat ku sayang. mulanya ku ambil sebagai amanah tetapi lama-lama ia seperti satu kasih sayang yang semulajadi.hanya Allah mengetahui ujian yang ku tempuhi.

Kemudian, bila mengakhiri zaman belajar, zaman berpraktikal/kerjaya pula ku tempuhi.. memang menjadi cabaran untuk ku.. kerana sebelum ini aku rasa gembira dan izzah dikelilingi oleh sahabat yang sentiasa ingat kepada Allah. tetapi waktu ini, menguji samada ku akan terus istiqamah atau lemas dalam dunia yang penuh dosa ni. keranaku tahu diriku jua tidak kuat dan banyak dosa. 

Dalam kesamaran dan tenggelam timbul itu, adikku sentiasa ingatkan ku, yang tiada apa yang didunia ini akan kekal dan akan bersama dengan kita. yang ada hanya kita dan Allah. Hanya Diri sendiri dan Allah yang kesah apa yang berlaku.

Memasuki  alam pengajian sarjana ni lagi bertambahlah kesunyian itu.. dulu zaman degree bersama sahabat2, terasa diri ini sentiasa terisi dengan ilmu dan peringatan. adik ku pun sedang meneruskan pengajian di universitinya.. diakhir semester..ku doa semoga dia berjaya. memanglah.. sahabat yang datang akan pergi.. memang tiada siapa yang kesah tentang kita, melainkan diri sendiri.. tetapi kadang2 terasa diri ni memang sinonim dengan kesunyian.. ditinggal berseorangan.. tak lama lagi sahabat yang jadi teman sebilik akan berpindah ke jepun kerana buat attachment 1 tahun di sana.. 

Kadang-kadang bila ku ada masalah atau kebuntuan, ku akan berhubung dengan adikku, bertanya dan meminta nasihat. kebiasaanya, selalunya kita selalunya menanti nasihat-nasihat bahawa sahabat sentiasa bersamamu, jangan bersedih, tetapi adikku ini akan bagi peringatan nasihat yang lebih berfikiran jauh, sentiasa mengajak mengingati Allah,..bukan mengajak mengingati sahabat!.. huh, sebab itu ku katakan dia adalah adikku dunia dan akhirat! dia melengkapi apa yang tiada padaku. tetapi.. ku selalu membawa masalah kepadanya, membuat dirinya terguris hati akan kata-kataku yang tidak matang. terus terang, aku katakan walaupun adik ku lebih muda 2 tahun dari ku, tetapi dia memang hebat bagiku. doaku semoga kami diletakkan di syurga orang -orang yang mencintai kerana Allah.. yaAllah, biarkan ku tidak banyak sahabat, tetapi biar sahabat yang ada adalah sahabat yang mengingatkan ku kepadaMu. 

Keluarga ku yang kusayangi, walaupun tidak terbaik sempurna, tetapi ia bermakna untuk ku..ada mak, tok, abg2 n kakak.. walaupun tidak berada dekat sentiasa. kadang-kadang keluarga juga sebagai melengkap hidup ini.bila sahabat sudah jauh, keluargalah menjadi peneman. mereka sentiasa mengerti akan kelemahan diri ini. mak, maaf buat dirimu masih bersusah dihari tua, ku akan balas jasamu walauapapun jua. ayah, ku rindumu...walaupun hanya 16 tahun hidup bersamamu, kau tetap ku sayangi.Allah, tempatkanlah ayahku dikalangan orang yang beriman dan bertakwa. ampunilah dosa-dosanya. 

Begitulah perjalanan hidup sehingga sekarang, sehingga detik ini.. masih diberi nikmat bernafas dan memohon ampun dari Allah.. ya Allah, ku punya banyak dosa, ampunilah daku dan insan yang ku sayang... 

#pesanan untuk diri ku.. teruslah melangkah walaupun berseorangan, Allah sentiasa bersamamu.. selain Allah, semua akan datang dan pergi..sayang berpada-pada, benci jangan sekali-kali.. kerana takut kita akan membuat yang Maha Cemburu akan cemburu. selayaknya kepada yang lebih dipeduli dan di sayang adalah kepada yang Maha Kuasa dan Maha Pengasihani. 

Baru-baru ni pergi Forum perdana ustaz kazim dan ustaz roslan che ros sempena minggu karnival usahawan USM.ada persembahan dari student, mereka menyanyi lagu MANA MILIK KITA- rabbani..
waktu tu hanya Allah yang tahu, bahawa selama ni banyak hati ni menidakkan akan pemilik sebenar alam ini.. 
terimalah :

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tajuk Nasyid : Mana Milik Kita
Artis : Rabbani

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails