Thursday, December 1, 2011

bahasa jiwa, siapa yang mengerti?

Tidak semua insan yang bersama kita mengerti perasaan yang ada dalam diri ini
Juga tidak memahami akan gelora jiwa yang ada pada diri ini
Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaan diri ini
Hatta dia adalah teman paling rapatmu..

Kerana perasaan adalah bahasa hati
Yang dapat berubah setiap masa dan ketika

Hari ini,
Mungkin dia adalah teman yang sangat mengerti akan perasaan hatimu
Hari esok,
Mungkin esok ia adalah orang yang paling tidak memahamimu

Janganlah memaksa
Kerana dia juga hanyalah seorang manusia biasa
Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati
Tumpahkanlah segala perasaan yang ada di jiwa
Tidak semua manusia mengerti segala perasaan yang ada di hati kita
Bahasa hati adalah bahasa jiwa,
Hanya yang Maha Hidup mengerti... 

[biarlah titisan air mata menjadi nilaian kasih sayang kerana Dia] 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails